UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :JA Political science (General)
Main Author :Siti Noranizahhafizah Boyman
Title :Pola pengundian orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum 2008 di Selangor (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tesis ini mengkaji pola pengundian orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di Selangor dengan memfokuskan pengundi di bandar dan luar bandar. Objektif kajian yang pertama adalah untuk menjelaskan pola pengundian pengundi Melayu di Selangor pada PRU 2008. Kedua, kajian ini akan menjelaskan sentimen pengundi Melayu yang tinggal di bandar dan luar bandar semasa PRU 2008 di Selangor. Ketiga, kajian ini juga akan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pola pengundian pengundi Melayu di Selangor pada PRU 2008. Kaedah kajiselidik dan temubual digunakan untuk menjawab segala objektif dalam kajian ini. Data-data yang digunakan adalah lebih terperinci kerana merangkumi aspek empirikal dan kualitatif yang melibatkan kajian lapangan. Kajian ini menggabungkan ketiga-tiga teori iaitu identifikasi parti, pilihan rasional dan asas-asas sosiologikal untuk menjelaskan pola pengundian orang Melayu di Selangor. Dapatan kajian ini menemukan lima perkara. Pertama, hasil analisis menunjukkan kawasan-kawasan majoriti Melayu telah berubah dengan sokongan padu kepada PR pada PRU 2008. Berdasarkan kajian empirikal yang dilakukan, daripada 37 kawasan majoriti pengundi Melayu, 19 kawasan telah dimenangi oleh PR (8 PAS, 11 PKR). Selebihnya 18 kawasan majoriti Melayu dimenangi oleh BN. Namun, 16 kawasan majoriti Melayu yang dimenangi tersebut mengalami penurunan undi majoriti jika dibandingkan dengan PRU 2004. Kedua, dapatan kajian menggambarkan sentimen pengundi Melayu berpihak kepada PR pada PRU 2008. Terdapat perbezaan sentimen pengundi di bandar dengan pengundi di luar bandar. Pengundi di bandar lebih berpihak kepada PR berbanding pengundi luar bandar. Ketiga, faktor yang menyebabkan perubahan pola pengundian ini berlaku mengikut kedudukan yang utama iaitu parti, calon, ekonomi, isu semasa dan media. Keempat, keputusan empirikal mendapati terdapat perbezaan keutamaan faktor-faktor yang mempengaruhi pengundi di bandar dan luar bandar. Di bandar, pilihan utama mereka ialah calon, parti, isu semasa, ekonomi dan media. Manakala di luar bandar parti, ekonomi calon, isu semasa dan media. Akhir sekali, latar belakang responden juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pol a pengundian. Secara keseluruhannya, kajian yang dilakukan di dalam tesis ini telah menemukan beberapa dapatan penting yang mengisi lacuna kajian-kajian lepas dengan lebih terperinci menggunakan data-data kuantitaf dan kualitatif serta gabungan beberapa teori. Apa yang jelas ialah dengan penemuan tersebut, tesis ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik, iaitu menjelaskan apa dan kenapa pola pengundian Melayu berubah di Selangor pada PRU 2008.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)