UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kebolehan guru pelatih dalam merancang aktiviti pengajaran yang berkesan adalah amat penting bagi memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan sempurna. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan unit pengajaran topik Haba menggunakan perisian dalam talian Genially bagi membantu para guru pelatih untuk merancang pengajaran dengan lebih baik dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih. Reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan. Model ADDIE telah diguna pakai semasa pembangunan unit pengajaran. Instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Seramai 30 orang guru pelatih Fizik daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terdiri daripada semester enam dan tujuh telah terlibat dalam kajian ini. Teknik persampelan yang digunakan adalah teknik persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehgunaan unit pengajaran topik Haba berasaskan perisian Genially ini adalah amat baik dalam kalangan guru pelatih berdasarkan konstruk kebergunaan (min = 3.71, SD = 0.43), mudah guna (min = 3.68, SD = 0.38) dan kepuasan (min = 3.73, SD = 0.40). Penggunaan model unit pengajaran secara dalam talian ini dilihat mampu meningkatkan kebolehupayaan dan prestasi guru pelatih dalam merancang pengajaran mereka dengan lebih efisien dan secara tidak langsung menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Fizik.
|
References |
Abdul Hadi Mat Dawi (2012). Pemerolehan pembelajaran bermakna berasaskan teori kognitif pembelajaran multimedia. Jurnal Research and Issues in Technology based Education (RITE), 1(1), 1-5. Alias, S.N. & Ibrahim, F. (2016). Rapid Prototyping of Newton’s Law Educational Games. International Journal of Education and Research, 4(10), 83-92. Arkorful, V. & Abaidoo, N. (2014). The role of e-learning, the advantages and disadvantages of its adoption in higher education, International Journal of Education and Research, 2(12), 397-410. Ekici, E. (2016). " Why Do I Slog through the Physics?" Understanding High School Students' Difficulties in Learning Physics. Journal of Education and Practice, 7(7), 95-107. Davis, F. (1989). Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use, and User Acceptance of Information Technology. MIS Quarterly, 13(3), 319-340. Faezah Abd. Ghani & Mazlan Arisa (2012). Pembinaan, Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Kemahiran Mengawal Stress Kehidupan Guru. Sains Humanika, 58(1), 45-50. Lilia Ellany Mohtar, Seth Sulaiman, Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim & Marlina Alia (2013). Ciri-Ciri Kreativiti Bakal Guru Fizik Semasa Menjalankan Dua Aktiviti Pembelajaran Fizik Berasaskan Amali. Kertas kerja yang dibentangkan di International Seminar on Quality and Affordable Education. Abstrak diperoleh daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/37389/. Mohamad Izzuan Mohd Ishar & Mohd Khata Jabor (2016). Pembentukan Kemahiran Kepimpinan Guru Pelatih Melalui Latihan Mengajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(3), 99-110. Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Sazali yusof, & Mohd Sofian Omar Fauzee (2009). Pembelajaran Pasukan dan Kepimpinan Pengetua Dalam Mewujudkan Organisasi Pembelajaran. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 19(02), 67-95. Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir, Mohd Mustamam Abdul Karim & Nurulhuda Abd. Rahman (2016). Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Fizik dan Hubungannya dengan Pencapaian dalam Kalangan Pelajar Sains. Jurnal Personalia Pelajar, 19(1), 23-38. Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof & Zurinah Tahir (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan IPTA. e-Bangi, 12(3), 1-10. Muhson, A. (2010). Pengembangan media pembelajaran berbasis teknologi informasi. Jurnal Pendidikan Akuntansi Indonesia, 8(2), 1-10. Noradilah Aziz & Lai, W. S. (2019). Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi Terhadap Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 22(1), 69-75. Nur Maizatul Azra Mukhtar, Faizal Hashim, Marina Mokhtar, Nor Aimi Abdul Wahab, Noorezal Atfyinna Mohd Napiah & Suhaiza Hasan (2017). Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Fizik: Satu Sudut Pandangan. International Academic Research Journal of Social Science, 3(1), 195- 201. Oliveira-Filho, A. D., Morisky, D. E., Costa, F. A., Pacheco, S. T., Neves, S. F. & Lyra, D. P., Jr. (2014). Improving post-discharge medication adherence in patients with CVD: a pilot randomized trial. Arquivos brasileiros de cardiologia, 103(6), 503–512. Rohayu, S. H., Puspitasari, I. & Lilia Ellany Mohtar (2021). Ciri Kefahaman Pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri Menggunakan Teknik Kartun Konsep Dalam Topik Haba. Journal of Science and Mathematics Letters, 9(2), 33-42. Sözbilir, M. (2003). A review of selected literature on students’ misconceptions of heat and temperature. Boğaziçi Üniversitesi Eğitim Dergisi, 20(1), 25-41. Tuckman, B. W. & Waheed, M. A. (1981). Evaluating an Individualized Science Programme For Community College Students. Journal of Research in Science Teaching, 18(6), 489-495.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |