UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan menjelaskan penggunaan eufemisme dan disfemisme dalam komunikasi berdasarkan Prinsip Kesantunan Leech (1993). Kajian ini merupakan suatu tinjauan yang menggunakan kaedah kualitatif. Proses pengumpulan data melibatkan dua kaedah, iaitu kaedah kepustakaan dan pemerhatian dengan bantuan instrumen seperti buku catatan, alat perakam dan borang maklum balas. Responden kajian merupakan 30 orang pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Hasil kajian menunjukkan pelajar mempunyai pengetahuan mengenai eufemisme dan disfemisme, serta boleh menggunakannya mengikut situasi tertentu. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat dua maksim yang dominan yang digunakan oleh pelajar iaitu maksim penghargaan dan maksim kerendahan hati. Dari segi implikasi, kajian ini bertujuan mengetengahkan kepentingan penggunaan bahasa yang santun ketika berkomunikasi.
|
References |
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra’in Shaari. (2009). Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd. Abdul Mua’ti. (2001). Santun Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Arina Johari & Indirawati Zahid. (2016). Manifestasi Kesantunan Melayu Dalam Ujaran Memberi Dan Meminta Nasihat. Gema Online® Journal Of Language Studies, Vol. 16 (2), 73-94. Cresswell J. W. & Garret A. L. (2008). The “Movement” Of Mixed Methods Researchand The Role Of Educators. South African Journal Of Education, 28, 321-333. Elisa Nurul Laili. (2017). Disfemisme Dalam Perspektif Semantik, Sosiolinguistik Dan Analisis Wacana. Lingua Vol. 12, No. 2. 110-118. Gómez M. C. (2012). The Expressive Creativity Of Euphemism And Dysphemism. Lexis Journal In English Lexicology 7, 43-64. Hamidah Abdul Wahab, Khazriyati Salehuddin, Mohammed Azlan Mis & Imran Ho Abdullah. (2020). Eufemisme Perceraian Dalam Masyarakat Melayu Sarawak: Analisis Semantik Kognitif. Gema Online® Journal Of Language Studies, Vol. 20 (4), 74-94. Lailatul Wahidah & Hendriana Wijaya. (2017). Analisis Kesantunan Berbahasa Menurut Leech Pada Tuturan Bahasa Arab Guru Pondok Pesantren Ibnul Qoyyim Putra Yogyakarta Tahun Ajaran 2016/2017 (Kajian Pragmatik). Jurnal A- Bayan, Vol. 9, No. 1, 1-16. Leech, G. (1983). Principles Of Pragmatics. New York: Longman. Leech, G. (1993). Prinsip Pragmatik. (Terj). Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohammad Idris. (2000). Kesantunan Berbahasa Dalam Perbualan Keluarga Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Nafisah Abdul Hamid. (2015). Kesantunan Bahasa: Penggunaan Sistem Sapaan Dan Eufemisme Dalam Komunikasi. Jurnal Pusat Bahasa Melayu Singapura, 1, 6-35. Noraiti A. Rashid. (2005). Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Norshariza Mohamed Faizal, Siti Saniah Abu Bakar & Hasrina Baharum. (2020). Seni Penolakan Melayu Antara Pemimpin Berdasarkan Teks Sulalat Al-Salatin. Pendeta Journal Of Malay Language, Education And Literature. Jilid 11, No.2. 33-43. Sara Beden & Indirawati Zahid. (2014). Analisis Kesopanan Bahasa Leech & Grice: Manifestasi Struktur Dalam Peristiwa Melunas Rindu. Jati. Vol. 19, 151-168. Tenas Effendy. (2011). Kesantunan Dan Semangat Melayu. Pemerintah Kota Pekanbaru & Tenas Effendy Foundation: Pekanbaru. Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2012). Penggunaan Strategi Ketidaksantunan Dalam Kalangan Remaja Di Sekolah. Jurnal Linguistik, 16, 62-74. Zarien Nurlieyana Aminuddin, Azhar Md. Sabil & Abdul Rasid Jamian. (2020). Teknik Interaksi Lisan Dalam Pengajaran Kursus Bahasa Melayu Di Institusi Pendidikan Guru (Ipg). Pendeta Journal Of Malay Language, Education And Literature. Jilid 11, No.2. 18-32. Zuraini Ramli, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Dahlia Janan & Khairul Azam Bahari (2014). Amalan Kesantunan Berbahasa Sebagai Cerminan Santun Budaya Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu. Bahasa Ibu: Pelestarian Dan Pesona Bahasanya. Bandung: Unpad Press, Gedung Rektorat Lantai IV Jalan Raya Jatinang DK, Semedang.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |