UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :P Language and Literature
Main Author :Rosmah Derak
Additional Authors :Nor Ain Manap
Arfah Ahamad
Title :Impak pandemik COVID-19 dalam penulisan puisi di Malaysia
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Saranan daripada kerajaan untuk sentiasa kekal berada di rumah (Just stay at home) bagi mengekang penularan jangkitan pandemik COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan menjadi satu titik tolak kepada lahirnya karyakarya sastera khususnya puisi tentang COVID-19 di Malaysia. Puisi-puisi ini bukan sahaja ditulis oleh golongan pengarang yang berkecimpung dalam bidang kesusasteraan, tetapi juga ditulis oleh golongan masyarakat yang cukup terkesan dengan pandemik ini. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu tentang pandemik COVID-19 dan menganalisis impak pandemik ini terhadap kehidupan manusia sebagaimana yang tergambar dalam kumpulan puisi atau antologi puisi tentang COVID-19 yang terbit pada tahun 2020. Kajian ini ialah kajian kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan, analisis kandungan dan analisis deskriptif terhadap kumpulan puisi/antologi puisi tentang COVID-19. Hasil kajian mendapati, isu-isu tentang COVID-19 telah mendapat tempat dalam kalangan penyair dan masyarakat seterusnya merancakkan lagi aktiviti sastera ketika dunia sedang berdepan dengan pandemik ini. Para penyair telah berjaya mengungkapkan impak pandemik COVID-19 terhadap kehidupan masyarakat sama ada dalam aspek psikologi, sosial, agama, budaya, pendidikan, kesihatan dan ekonomi. Oleh hal yang demikian, penerbitan kumpulan puisi atau antologi puisi COVID-19 ini dapat menjadi rujukan penting pada masa yang akan datang kerana berjaya merakam pelbagai peristiwa pahit getir yang dilalui masyarakat akibat pandemik COVID-19.  

References

Abdul Halim Ali. (2006). Mendekati puisi Melayu tradisional. Tanjong Malim: Penerbitan Profesional Baharu.

Abdul Halim Ali. (2013). Di sekitar puisi Melayu moden. Tanjong Malim. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ani Omar. (2012). Nukilan sajak merdeka dalam membangunkan bahasa, sastera dan budaya bangsa melalui pengajian kesusasteraan Melayu. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 3, 195-213.

Beden, S. (2019). Prinsip kehadiran dalam novel-novel Jong Chian Lai: Analisis teksdealisme. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 10, 36-56. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol10.4.2019

Junaidi, R., Tengku Mohd Ali, T. I. M., & Mamat@Mustaffa, M. (2020). Pandemik COVID-19 dalam persekitaran kanak-kanak menerusi Engkaulah Adiwiraku. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 31-45. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.3.2020

Lim Swee Tin. (2020). Kumpulan puisi Merentas Gempita Pandemik 2020. Penerbit UTeM.

Ludwig Stephan & Alexander Zarbock (2020). Coronaviruses and SARS-CoV-2: A brief overview. Journal Wolters Kluwer Public Health Emergency Collection. 1-4. doi: 10.1213/ANE.0000000000004845

Mohd Asri Zainul Abidin. (2014). Penawar duka pengubat sengsara. Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd.

Munsyi Mohamad Musip & Ahmad Fadli Mohd Fuzi (penyelenggara). (2020). Antologi Puisi Petaka Virus puisi-puisi tulus tentang kisah di sebalik wabak korona @ Covid-19. Melaka: Wacana MBM.

Munsyi Mohamad Musip & Ahmad Fadli Mohd Fuzi (penyelenggara). (2020). Antologi Puisi Betapa Berat puisi-puisi sendu bertemakan wabak korona @ Covid-19. Melaka: Wacana MBM.

Nooraini Sulaiman, Zawiah Mat & Sazelin Arif. (2020). Aplikasi kaedah fiqh dalam menghadapi pandemik COVID-19. Dalam Sazelin Arif, Norain Ismail & Zawiah Mat. Pandemik COVID-19 di Malaysia isu dan cabaran. (hlm 93-105). Melaka: Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Sarudin, A. (2020). Ulasan buku: “Engkaulah adiwiraku: Bagaimana kanak-kanak boleh melawan COVID-19!”. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(1), 48-57. https://doi.org/10.37134/jpak.vol9.1.5.2020

Sazelin Arif, Norain Ismail & Zawiah Mat. (2020). Pandemik COVID-19 di Malaysia isu dan cabaran. Melaka:Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Shahul Hamid, M. N., Md Ali, R. & Ramli, M. W. (2021) Impak perintah kawalan pergerakan terhadap golongan miskin: Satu analisis cerpen ‘Kuncitara’. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 1-8. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.645.

Shahnon Ahmad. (2006). Setitis embun semarak api. Selangor: Alaf 21 Sdn. Bhd.

Suliman, M. S., Hiroyuki, Y., Ab. Jabar, N., Xuan, L. Y., & Mat Daud, M. S. (2021). Impak Pandemik COVID-19 terhadap bidang bahasa, sastera dan budaya di Malaysia. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12, 10-20. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.2.2021

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.