UPSI Digital Repository (UDRep)

Impak pandemik COVID-19 terhadap bidang bahasa, sastera dan budaya di Malaysia

AVAILABLE Article 878 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Impak pandemik COVID-19 terhadap bidang bahasa, sastera dan budaya di Malaysia
Type
Article
Main Author
Mohd Saipuddin Suliman
Additional Authors
  • Hiroyuki, Yamamoto
  • Nordiana Ab. Jabar
  • Lim, Ying Xuan
  • Mimi Suriani Mat Daud
Subject
P Language and Literature
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2021
Degree Type
Not related
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Artikel ini meneliti impak serta cabaran yang dihadapi dalam bidang bahasa, sastera dan budaya akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui teknik bacaan rapi (close reading) berdasarkan artikel penyelidikan terkini yang berkaitan dengan pandemik COVID-19. Menerusi dapatan kajian, didapati pemakaian istilah baharu seperti 'norma baharu', 'normal baharu' atau 'kebiasaan baharu' banyak digunakan oleh media massa tanpa sebarang standarsasi yang konsisten. Sementara itu, bagi aspek kesusasteraan, pandemik COVID-19 seperti memberi harapan baharu dalam lapangan ini. Banyak pertandingan, pendeklamasian dalam talian dan penerbitan antologi puisi dianjurkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Akhir sekali, cabaran yang dihadapi dalam aspek budaya bagi setiap masyarakat di negara ini adalah penyesuaian kehidupan dengan norma baharu. Umpamanya tidak berjabat tangan, mengamalkan penjarakan sosial, mematuhi etika batuk atau bersin, mengelakkan tempat yang sesak, memakai pelitup muka dan perkara yang paling penting iaitu mematuhi perintah kuarantin 14 hari jika diarahkan oleh pihak berkuasa. Secara kesimpulannya, pandemik COVID-19 telah mencipta suatu paradigma baharu menerusi kepelbagaian peristilahan bahasa, kepelbagaian kaedah penganjuran aktiviti sastera serta perubahan norma budaya dalam kehidupan seharian.  

References

Ali, T.I.M. & Mustaffa, M.M. (2017). Program Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya: Pelaksanaan Dan Cabaran. Jurnal Melayu, 16(1), 19-31.

Basir, N., Ab Rahim, I.S. & Abdul Halim, M.Z. (2020). Analisis Tingkah Laku Sosiologi Masyarakat Berasaskan Teori Interaksionisme Melalui Perangkaan Data Kes COVID-19 di Malaysia. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 11-30. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.2.2020

Brookhart, S.M. (2018). Appropriate Criteria: Key to Effective Rubrics. Front. Educ, 3(22), 1-12.

Citrawati, N.K., Sukraandini, N.K., Mirayanti, N.K., Candrawati, S.A.K. & Putri, N.L.N. (2020). Tingkatkan Pengetahuan dan Kesadaran Masyarakat Dalam Memutus Rantai Penularan Virus Covid -19 Di Wilayah

Desa Tumbu Karangasem. Journal of Community Engagement in Health, 3(2), 147-150.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi keempat.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Elengoe, A. (2020). COVID-19 Outbreak in Malaysia. Osong Public Health Res Perspect. 2020, 11(3), 93-100.

Fabeil, N., Langgat, J. & Pazim, K. (2020). Strategi Kesinambungan Perniagaan Semasa Krisis Pandemik COVID-19: Kajian Rantaian Pengagihan Produk Pertanian Pekebun Kecil. Conference: 2nd ASNet International Multidisciplinary Academic Conference (AIMAC 2020), Kuala Lumpur, 04, 108-115.

Fisher, D. & Frey, N. (2013). Annotation: Noting evidence for later use. Principal Leadership, 13 (6), 49-52.

Jiang, X., Niu, Y., Li, X., Li, L., Cai, W., Chen, Y., Liao, B. & Wang, E. (2020). Is a 14-day quarantine period optimal for effectively controlling coronavirus disease 2019 (COVID-19), MedRxiv, 3(15), 1-12.

Kasdan, J., Baharuddin, R. & Shamsuri, A.S. (2020). COVID-19 dalam Korpus Peristilahan Bahasa Melayu: Analisis Sosioterminologi. GEMA: Jurnal of Language Studies, 20(3), 221-241.

Mansur, K. (2020). COVID-19. Impak Kepada Ekonomi dan Peranan Institusi Waqaf (endowment). Mendepani Kegawatan Sosio-ekonomi Ummah. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

Prensky, M. (2001). Teaching Digital Natives: Partnering for Real Learning. New York: SAGE Publications.

Shahbudin, M.S.I. (2020). Kepanikan Pengguna Media Sosial Terhadap Virus Covid 19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 1-10. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.1.2020

Wallace, S. (2020). COVID-19 Speech and Language Therapy Rehabilitation Pathway. London: College of Speech and Language Therapists.

Yunus, N.R. & Rezki, A. (2020). Kebijakan Pemberlakuan Lock Down Sebagai Antisipasi Penyebaran Corona Virus COVID-19. Salam: Jurnal Sosial Dan Budaya Syar-I, 7(2), 227-238.

 


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.