UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kertas kerja ini meninjau tentang aspek kohesi, khususnya kehadiran kata penghubung dalam teks ucapan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kohesi ialah hubungan antara bahagian dalam sesebuah teks yang ditandai oleh penggunaan unsur bahasa yang mengikatnya. Penggunaan teks ucapan Tunku sebagai data kajian dilakukan kerana ada kelompangan dengan kebanyakan kajian lalu lebih memberikan tumpuan terhadap pemikiran, gaya kepimpinan dan gaya bahasa dalam ucapan beliau, namun kurang memberikan tumpuan kepada aspek linguistik. Kajian kualitatif ini menggunakan huraian oleh Nik Safiah et al. (2008) dan Sanat (2002) yang berpaksikan kerangka teori linguistik yang digagaskan oleh Halliday (1975), iaitu nahu fungsional. Nahu fungsional melihat bahasa sebagai bentuk perilaku yang bersifat fungsian, iaitu bahasa digunakan untuk memenuhi tujuan tertentu, serta turut dipengaruhi oleh konteks sosiobudaya penutur. Penggunaan kerangka ini dirasakan wajar kerana kajian ini meneliti penggunaan ayat, serta fungsi dan proses yang dimainkan oleh kata penghubung. Analisis terhadap enam teks ucapan Almarhum Tunku dilakukan dengan menggunakan huraian kata penghubung Nik Safiah et al. (2008) dan Sanat (2002) yang disesuaikan berdasarkan kerangka asas kohesi Halliday dan Hassan (1976, iaitu kata hubung tambahan, pertentangan, sebab dan masa. Dapatan menunjukkan bahawa kata hubung tambahan sebagai jenis kata hubung yang paling produktif dalam data. Hal ini demikian kerana pewacana perlu memberikan maklumat tambahan kepada khalayak bagi menyampaikan ideologi serta hala tuju kepimpinan beliau. Dapatan ini dapat dilihat sebagai bukti bahawa penggunaan bahasa berkait dengan fungsi bahasa yang diperlukan oleh penutur. Hasil kajian diharapkan dapat menambahkan lagi khazanah ilmu linguistik, khususnya bidang analisis wacana dan tatabahasa wacana bahasa Melayu.
|
References |
Abdul Rahman Aziz & Mustapa Kassim. (2009). Amanat Presiden: Demi Agama, Bangsa Dan Negara (1951-1971-Tunku Abdul Rahman). Kuala Lumpur: Berita Publishing. Asmah Haji Omar. (1980, Mac). Analisa Wacana (Bahagian Pertama). Dewan Bahasa. 24(3), 11-25. Asmah Haji Omar. (1980, April). Analisa Wacana (Bahagian Akhir). Dewan Bahasa. 24(3), 9-25. Asmah Haji Omar. (1991). Bahasa Melayu Abad Ke-16: Satu Analisis Berdasarkan Teks Melayu Aqa’id Al-Nasafi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Baker, M. (1992). In Other Words: A Course Book on Translation. Routledge: London. Brizuela, M., Andersen, E. & Stallings, L. (1999). Discourse markers as indicators of register. Hispania, 82 (1) 128-141. Dabs, J.M. (1982). Varieties of Reseach. California: SAGE Publications. Gay, L.R., & Airasian, P. (2003). Educational Research: Competences for Analysis and Application (7th ed). Columbus, OH: Charles Merrill. Halliday, M.A.K. (1973). Explorations İn The Functions Of Language. London:Edward Arnold. Halliday M.A.K. (1975). An Introduction To Systemic Functional Linguistic. London: Edward Arnold. Halliday, M.A.K. (1978). Language as Social Semiotics: The Social Interpretation of Language and Meaning. London: Edward Arnold. Halliday, M.A.K, & Hassan, R. (1976). Cohesion in English. London: Longman. Hasmidar Hj Hassan. (2006). Kata Hubung ‘Dan’ Dan ‘Tetapi’: Satu Analisis Perbandingan Nahu Dan Pragmatik. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasmidar Hj. Hassan. (2009). Kata Hubung ‘Dan’: Satu Analisis Semantik Dan Pragmatik, dalam Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah & Idris Aman (Eds.) Linguistik: Teori & Aplikasi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Henry Guntur Tunku Abdul Rahmanigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Idris Aman, 2001. Analisis Wacana Kritis Perutusan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Malaya. Idris Aman. (2008). Bahasa Dan Kuasa: Analisis Wacana Barisan Nasional Dalam Pilihan Raya Umum Ke-11. Akademika, 72, 69-96. Idris Aman. (2009). Mengurus Wacana Dan Kepimpinan: Analisis Ucapan Sulung Perdana Menteri Malaysia Keenam. Jurnal Bahasa, 11 (2), 235-272. Mohammad Fadzeli Jaafar. (2006). Gaya Hipotaksis Dan Parataksis: Suatu Analisis Stilistik. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Mohammad Fadzeli Jaafar. (2006, Disember). Gaya Hipotaksis Dan Parataksis Dalam Kerangka Nahu Fungsian-Sistemik. Jurnal Bahasa, 6 (4) 610-627. Muhammad Faizul Abd Hamid, Mohd. Azidan Abdul Jabar, & Muhammad Alif Redzuan Abdullah. (2019). Unsur Penanda Wacana Dalam Teks Ucapan Belanjawan 2019. Jurnal Bahasa, 19 (1), 41-65. Muhammad Faizul Abd. Hamid, & Mohd. Azidan Abdul Jabar. (2020). Penghuraian Strategi Wacana Teks Ucapan Belanjawan 2019. GEMA Online® Journal of Language Studies, 20 (2), 244-263. Muhamad Fauzi Jumingan. (1995). Penanda Wacana Dalam Terjemahan Arab-Melayu: Satu Analisis. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Mohd. Isa Osman. (1995).Penggunaan Penanda Wacana Dalam Kemahiran Menulis Murid-Murid Tahun Enam Sekolah Rendah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noresah Baharom (Ed.). (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Normala Othman. (2000). A Comparative Analysis of Malay and English Contrastive Discourse Markers. Phd Thesis, Boston University Sanat Md. Nasir. (1996). Kewacanaan Za’ba, dalam. Wan Abdul kadir (Ed.). 100 Tahun Za’ba, Za’ba: Pejuang Bangsa. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 39-48. Sanat Md. Nasir. (2002). Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sarjit Singh & Zahid Emby. (2010). Pengantar Sains Sosial. Kuala Lumpur: Meteor. Wong Shia Ho. (2013). Bahasa Figuratif Sebagai Wahana Pemikiran: Satu Analisis Pragmatik. Jurnal Bahasa, 39-63. Wong Shia Ho. (2014). Penggunaan Simbol Dalam Teks Ucapan Tunku Abdul Rahman: Analisis Teori Relevans. Jurnal Bahasa, 14 (1), 60-96. Zainal Abidin bin Ahmad (ZA'BA). (2000). Pelita bahasa Melayu I, II, III. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |