UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :P Language and Literature
Main Author :Aminnudin Saimon
Additional Authors :Lisa Licson
Nur Aisyah Mohamad Taufek
Siti Hajar Japar
Siti Nor Asmira Razali
Title :Lakuan bahasa arahan dalam teks ucapan Perdana Menteri berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Teks ucapan merupakan wahana yang menggabungkan penyampaian idealogi dan pemikiran melalui penggunaan bahasa supaya dapat difahami oleh pendengar. Kejayaan menyampaikan sesuatu ucapan bergantung pada penggunaan lakuan bahasa yang meyakinkan pendengar. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan lakuan bahasa sebagai satu strategi penghujahan yang berkesan dan lakuan bahasa hanya ditumpukan kepada lakuan bahasa arahan (LBA). Objektif kajian ini adalah menganalisis lakuan bahasa arahan yang terdapat dalam teks ucapan Perdana Menteri. Data utama kajian merupakan teks ucapan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin berkaitan PKP. Sebanyak empat teks ucapan diambil, iaitu pada fasa PKP pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis penggunaan aspek lakuan bahasa arahan dengan bersandarkan kerangka teori Bach dan Harnish (1979). Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan kategori lakuan bahasa arahan yang dinyatakan oleh Bach & Harnish (1979), iaitu permintaan, keperluan, pertanyaan, larangan, nasihat dan permisif diaplikasikan oleh penutur. Hasil dapatan mendapati ujaran paling banyak ialah LBA Keperluan, iaitu sebanyak 21 kali. Hal ini selari dengan intipati ucapan yang sememangnya berkisar tentang keperluan menurut perintah. Kemudian diikuti pula oleh LBA nasihat 15 kali, LBA permintaan (10), LBA larangan (7) dan bagi LBA pertanyaan dan permisif masing-masing hanya satu. Secara keseluruhannya, sebanyak 55 lakuan bahasa arahan yang terdapat dalam teks ucapan YAB PM berkaitan PKP untuk fasa pertama, kedua, ketiga dan keempat. Dapatan kajian mendapati ucapan PM mengandungi lakuan bahasa arahan yang menunjukkan kekuasaan yang ada pada dirinya untuk menuntut dan mengubah pendengar sejajar dengan niat komunikatifnya. Setiap ucapan yang dikenal pasti menunjukkan satu bentuk arahan yang menuntut pendengar untuk melakukan tindakan seperti niat komunikatifnya.  

References

Abd. Ganing Laengkang. (2018). Analisis Lakuan Bahasa Terhadap Teks Khutbah Jumaat Negeri Selangor. Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor, 2(1), 1–18. Dimuat turun pada 27 November 2020 dari http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/84902/1.pdf

Abd. Ganing Laengkang, Ab Razak Ab Karim & Riduan Makhtar. (2019). Lakuan Bahasa Kritikan dalam Forum Wacana Sinar Harian. Jurnal Melayu, 18(2), 147-163.

Abd. Ganing Laengkang, Rohaidah Haron, & Ab Razak Ab Karim. (2019). Lakuan Bahasa Ekspresi Tun Dr. Mahathir: Kajian Kes Terhadap 40 Artikel Chedet.CC. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019. 24 – 25 April 2019 Kolej Universiti Islam Selangor.

Abdulkarim Fadhil. (2018). A Pragmatic Study of Speech Acts in School Speeches. Journal of Al-Ustath. 13 – 24. Dimuat turun pada 25 Disember 2020 dari https://www.researchgate.net/publication327230905_A_Pragmatic_Study_of_Speech_Acts_in_School_Speeches

Amir Juhari & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2015). Penggunaan Lakuan Pertuturan dalam Mesyuarat. Jurnal Linguistik, 19(1), 48–57. Dimuat turun pada 27 November 2020 dari http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35692/.

Aminnudin Saimon (2019). Lakuan Bahasa dalam Filem Melayu Terpilih. Tesis PhD. Universiti Putra Malaysia. Selangor.

Aminnudin Saimon & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2019). Penggunaan Kiasan dalam Plot Konflik Filem: Satu Analisis Pragmatik. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 10, 57-74. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol10.5.2019

Amir Juhari dan Noor Zila Md Yusuf. (2015). Penggunaan Lakuan Pertuturan dalam Mesyuarat. Jurnal Linguistik, 19(1), 48-57.

Asmah Haji Omar. (2014). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Austin, J. L. (1962). How To Do Things With Words. Oxford: Clavendon Press.

Bach, K. & Harnish, R. M. (1979). Linguistics Communication and Speech Acts. Cambridge & London: The MIT Press.

Cerny, M. (2007). On The Function Of Speech Acts In Doctor – Patient Communication. Linguistica ONLINE. Published: August 3rd, 2007. 1 – 15. http://www.phil.muni.cz/linguistica/art/cerny/cer-001.pdf

Dylgjeri, A. (2017). Analysis Of Speech Acts In Political Speeches. European Journal of Social Sciences Studies. 2 (2), 19-26. http://dx.doi.org/10.5281/zenodo.344518

Hanna. N, & Richards, D. (2019). Speech Act Theory as an Evaluation Tool for Human–Agent Communication. Algorithms. 12 (79), 1 – 17. http://dx.doi.org/10.3390/a12040079

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif. Dimuat turun pada 3 November 20, 8 daripada,https://www.researchgate.net/profile/Kamarul_Azmi_Jasmi/publication/293097563_Metodologi_Pengumpulan_Data_dalam_Penyelidikan_Kualitatitif/links/5c0234e0a6fdcc1b8d4d2e10/Metodologi-Pengumpulan-Data-dalam-Penyelidikan-Kualitatitif.pdf

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerlinger, F. N. (1986). Foundation of behavioral research. 3rd Ed. Orlando: Harcourt Brace Jovanovich College Publisher. Lai Che Ching @ Abd. Latif. (2006). Memetakan Kaedah Analisis Kandungan: Satu Tinjauan Awal. Dimuat turun pada 24 Oktober 2018 daripada, http://www.ums.edu.my/fksw/images/files/BIL122006/Memetakan%20Kaedah%20%20Kandungan.pdf

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriha Basir, Ina Suryani Abd. Rahim & Mohamad Zaki Abdul Halim. (2020). Analisis Tingkah Laku Sosiologi Masyarakat Berasaskan Teori Interaksionisme melalui Perangkaan Data Kes COVID-19 di Malaysia. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature. 11, 11-30. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.2.2020

Nurul Syuhada & Maslida Yusof. (2019). Lakuan Bahasa dalam Ceramah Agama. Akademika, 89, 41-53 (Isu Khas/Special Issue). https://doi.org/10.17576/akad-2019-89SI-05

Prime Minister’s Office of Malaysia. (2020). Teks Perutusan Khas Perdana Menteri, dimuat turun pada 20 Disember 2020, daripada https://www.pmo.gov.my/2020/04/teks-perutusan-khas-perdana-menteri-23-april-2020/

Ramanathan, R., Paramasivam, S., & Hoon, T. B. (2020). Discursive Strategies and Speech Acts in Political Discourse of Najib and Modi. SHANLAX. International Journal of Education. 8 (3), 33-44. https://doi.org/10.34293/education.v8i3.3168

Roth, A. R. (1986). New Composition for Javanese Gamelan. Durham: University of Durham.

Searle, J. (1969). Speech Act: An Essay in the Philosophy of Language. London: Cambridge University Press.

Searle, J. R. (1969). Speech Acts: An Essey in the Philosophy of Language. New York: Cambridge University Press. dicapai dari https://www.britannica.com/biography/John-Searle#ref1117058

Tenas Effendi. (2013). Kearifan Pemikir Melayu. Riau: Tenas Effendi Foundation.

Zanariah Ibrahim, Maslida Yusof, & Karim Harun. (2017). Analisis Lakuan Bahasa Direktif Guru Pelatih. Jurnal Melayu, 16(2), 163–178. Dimuat turun pada 27 November 2020 dari http://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/21449/6620

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.