UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Cerita lisan merupakan sebuah khazanah yang berharga dan seharusnya dipelihara sebagai pedoman kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana, kisah-kisah yang berkisar dalam cerita lisan sangat kaya dengan nilai termasuk nilai-nilai kemanusiaan yang menggambarkan corak hidup masyarakat Melayu terdahulu. Kajian ini berpaksikan dua objektif, iaitu mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam cerita lisan. Seterusnya, nilai-nilai kemanusiaan akan diaplikasikan dengan teori Takmilah. Pengaplikasian teori Takmilah dilakukan dalam kajian ini bagi memantapkan hujah analisis kajian. Kajian ini dapat memberi kesedaran kepada pembaca untuk lebih menghargai cerita lisan. Seterusnya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan kaedah kepustakaan dan teks bagi memastikan data yang diperolehi adalah tepat dan sistematik. Kajian ini akan memberi pencerahan mengenai nilai-nilai kemanusiaan seperti baik hati, rendah diri, murah hati, sedia memaafkan dan hormat menghormati. Hasil kajian ini membuktikan cerita lisan sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan yang mampu mendidik khalayak ke arah lebih baik dan bertamadun.
|
References |
Achmad D. Marimba. (1981). Pengantar Filsafat Pendidikan Islam. Bandung: Penerbit Al-Maruf. Azhariah Abdul Kadir. (2010). Ketaatan Rakyat Malaysia Terhadap Kepimpinan Negara Ditinjau Menurut Perspektif Teori Ulu Al-Amr. Ijazah Sarjana Syariah. Jabatan Siasah Syar’iyyah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Azmin Yusoff dan Muhamad Ismail Abdullah (2017). Adab Unggul Islam dalam Persahabatan Antara Islam. Malaysian Online Journal of Education. 1 (2), 102-112. Hashim Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Selangor. Kamariah Kamaruddin, Tengku Intan Marlina Tengku Mohamad Ali & Mawar Safei. (2016). Takmilah, Semiotik & Intertekstualiti dalam Karya Melayu. Kuala Lumpur: Visual Print Sdn. Bhd. Kamus Dewan. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim, (2014). Cerita Rakyat Membentuk Moral Positif Kanak kanak Melalui Nilai Murni. Journal of Business and Social Development. 2 (2), 74-85. Mohd Firdaus Che Yaacob. (2015). Seuntai Nilai-Nilai Murni dalam Himpunan 366 Cerita Rakyat di Malaysia. Tesis Sarjana Sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Selangor. Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim, (2016). Nilai Baik Hati Menerusi Cerita Rakyat Melayu Terhadap Masyarakat Melayu Suatu Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu. Journal Of Business and Social Development. 4 (2), 48-57. Mohd Firdaus Che Yaacob. (2018). Nilai-Nilai Murni dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pengkaedahan Melayu. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan. Universiti Malaysia Kelantan. Mohd Taib Osman. (1965). Kesusasteraan Melayu Lama. Petaling Jaya: Penerbit Federal Berhad. Normaliza Abd. Rahim, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi & Awang Azman Awang Pawi, (2016). Disemination of Values through the E-Folklore. TOJET: The Turkish Online Journal of Education Technology. 16 (1), 32-36. Rezki Perdani Sawai, Salhah Abdullah, Dini Farhana Baharuddin & Noranis Ismail. (2009, Julai). Penerapan Nilai-Nilai Islam Melalui Penggunaan Media dalam Pendidikan. Seminar Kebangsaan Media dan Pemikiran Islam. Hotel Equatorial, Bangi. Rosmani Omar, Md Sidin Ahmad Ishak & Siti Ezaleila Mustafa. (2019). Daripada Cetak Kepada Digital: Rekonstruksi Cerita Rakyat Di Malaysia. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. 12(2), 291-319. Shafei Abu Bakar. (1997). Estetika dan Takmilah dlm. Mana Sikana. Pembangunan Seni dan Sastera. Bangi: Jabatan Persuratan Melayu FSKK. Sujud, A., Bt Razali, L. S., & Nik Muhammad Affendi, N. R. (2011). Fenomena Sosial dalam Cerita Rakyat Kanak-Kanak. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 2, 138-151 Surina Nayan. (2001). Nilai Hormat di Kalangan Pelajar UITM Perlis Terhadap Penyarah (dari Perspektif Pensyarah. Jurnal Intelek. 6 (1), 132-141. Zainariah Abdul Wahab, Nur Syafiqa Yusoff & Fatimah Abdul Nasir. (2017). Koleksi 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Edukid Publication Sdn. Bhd. Zakeria, S. Z., & Nik Muhamad Affendi, N. R. (2014). Konflik dalam Cerita Rakyat dan Kesannya kepada Kanak- Kanak. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 5, 185 - 206
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |