UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan domain afektif untuk membentuk keberkesanan perwatakan yang baik. Domain ini merangkumi perasaan, rohani, tanggungjawab, keinginan, menghargai dan memahami dalam kalangan pelajar di institut pendidikan tinggi. Pensyarah memainkan peranan penting untuk menghasilkan kemenjadian pelajar agar seimbang dengan penghayatan pengajaran dan pembelajaran di universiti. Responden kajian melibatkan tujuh kumpulan, iaitu lima orang pelajar bacelor pendidikan tahun akhir bagi setiap kumpulan dengan mengambil kira tujuh program dalam bidang di Fakuti Pengajian Pendidikan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kes dengan satu lokasi dan menggunakan kaedah kualitatif, iaitu temu bual berkumpulan secara separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan, pelajar bacelor pendidikan mempunyai domain afektif secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan kemahiran insaniah, iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah, kerja berkumpulan, pembelajaran berterusan dan pengurusan, keusahawanan, etika dan moral dan juga kepimpinan. Hasil analisa temu bual menunjukkan bahawa mereka memahami dan menerapkan kemahiran insaniah dan domain afektif dalam diri sewaktu dalam kuliah dan di kolej kediaman bagi pengurusan diri, pembelajaran dan kerja berpasukan. Implikasi kajian ini mendapati pelajar bacelor pendidikan berupaya melahirkan pelajar universiti yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
|
References |
A. Azman & Harina .(2008). Penerapan kemahiran generik dalam pengajaran program pendidikan kejuruteraan di politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Amin M. H, Saad. S & Hood Z. (2013). Penerapan Insaniah Pelajar Prasiswazah,: Analisis Perbezaan Jantina . Jurnal Teknologi www.researchgate.net Aminuddin, Z. N. L., Md. Sabil, A., & Jamian, A. R. (2020). Teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru (IPG). PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11(2), 18-32. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.2.2.2020 Azman, N. A. (2007). Peranan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum Di Sekolah menengah Daerah Mersing. Jurnal Teknologi www.researchgate.net Centre of Acedemic Development (Cade) .(2013). Assesment of Learning Outcomes –The Guidebook, Centre for Academic Development (CADe) UPM, (2013), Office of the Deputy Vice Chancellor (academic and International), University Putra Malaysia. Ezaida J. & Juliza .(2014). Penguasaaan Kemahiran Insaniah pelajar dalam penglibatan aktiviti kokurikulum badan beruniform di UTHM. Jurnal Teknologi UTHM Hassan, J. & A. Safar, S. (2010). Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar Menerusi Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Tesis. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Ismail N., Ismail Y.M & Sattar M. (2009). Pemupukan Kemahiran „Employability‟ Pelajar. Jurnal Teknologi. 50(E) Jun 2009: 113–127. Kasa Z., & Konting M.M. (2007). Penerapan hasil pembelajaran dan kemahiran insaniah dalam kurikulum pengajian tinggi. Monograf Pengajaran dan Pembelajaran IPTA: Pembangunan modal insan. CADE: UPM Serdang. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (soft Skills) Insttitut Pengajian Tinggi Malaysia .(2006). Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Universiti Putra Malaysia. Mohamad F. (2014). Penerapan Kemahiran Insaniah dalam Konteks Membina Insan berkempimpinan di dalam kalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum di universiti. www.researchgate.net Mohammad S. Z. (2006). Kesan Pendekatan Penyebatian Kemahian berfikir dan kreatif dalam pengajaran karangan deskriptif dalam kalangan pelajar tingkatan 4, Ijazah Kedoktoran falfah, UTM. Othman M. (2012). Tahap kompetensi pelajar melaksanakan kerja amamli berpandukan Domain Psikomotor Simpson. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 .(2013). Kementerian Pendidikan Malaysia. Blue Print. Piaw Y.C .(2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, buku 1, Kaedah Peneyelidikan, Edisi Kedua, MC Graw Hill, Companies. Putra Satria .(2013). Putra Satria, Academic Development (CADe) UPM, (2013), Office of the Deputy Vice Chancellor (academic and International), University Putra Malaysia Qamari R. (2008). Pengembangan Instrumen Evalusi Domain Afektif, Jurnal Pemikiran Laternatif Kependidikan, INSANIA, Indonesia Ringkasan Eksekutif Program Transformasi Kerajaan – Pelan Hala Tuju 2010: http://klnportal.kln.gov.my/klnvideo/2010/transformasi. Saud S.M & Nordin. S. M. (2008). Kemahiran Visualisasi: Kemahiran tahap Tinggi dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional, Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Subri M. R., Yaakub R. & Boheran Nudin, A. (2021). Pelaksanaan Pengajaran Guru Cemerlang dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu ketika Pandemik COVID-19: Satu Kajian Kes. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12, 21-32. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.3.2021 Suliman M. S., Hiroyuki Y., Ab. Jabar N., Xuan L. Y. & Mat Daud M. S. (2021). Impak Pandemik COVID-19 terhadap Bidang Bahasa, Sastera dan Budaya di Malaysia. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12, 10-20. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.2.2021 Syed Lamsah Syed Chear & Melor Md Yunus .(2019). Strategi penerapan kemahiran abad ke-21 dalam latihan guru prasekolah. Southeast Asia Early Childhood. Journal, Vol. 8 (1), http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/SAECJ Wicaksono R. S. (2011). Strategi penerapan domain afektif di lingkup perguruan tinggi, Jurnal pendidikan, 12 (2), 112-119. Wrahatnolo T. & Munoto. (2018). 21st centuries skill implication on educational system. IOP Conference Series: Materials Science and Engineering, 296. doi:10.1088/1757-899X/296/1/012036 Yaacub S. (2005). Meeting the Employer Needs. Proceedings of National Seminar “The Development of Technology and Technical-Vocational Education and Training in an Era of Globalization: Trend and Issues.” Kuala Lumpur.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |