UPSI Digital Repository (UDRep)

Tahap penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar di tingkatan empat sekolah berasrama penuh

AVAILABLE Article 697 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Tahap penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar di tingkatan empat sekolah berasrama penuh
Type
Article
Main Author
Annuar Khisham Isa
Additional Authors
  • Zaitul Azma Zainon Hamzah
  • Sharil Nizam Sha’ri
Subject
P Language and Literature
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2021
Degree Type
Not related
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan atau hukum sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa adalah dua bentuk, iaitu morfologi dan sintaksis. Penguasaan tatabahasa memainkan peranan penting dalam PdP guru dan pelajar berupaya menguasainya dalam ilmu linguistik bidang huraian hingga ke peringkat ayat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan penggunaan kata kerja dan menganalisis penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar. Responden yang terlibat adalah seramai 100 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah berasrama penuh.Kaedah kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menganalisis dapatan ujian tatabahasa yang telah diedarkan kepada pelajar. Dapatan kajian dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS versi 26.0 dan dianalisis menggunakan penentuan ujian skor min bagi mengetahui tahap tinggi, sederhana dan rendah pengukuran markah pelajar. Pengkaji mengumpul data menerusi sampel kajian, iaitu secara rawak mudah. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif melalui nilai skor mod, skor median, frekuensi dan peratusan. Melalui dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tahap penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar yang dapat mengatasi masalah penggunaan kata kerja. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa terdapat tahap penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar, jenis-jenis kesilapan penggunaan kata kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar. Melalui pengujian yang dijalankan ujian deskriptif, penguasan penggunaan kata kerja pelajar berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan kata kerja mempunyai potensi yang baik dan menjadi pengukuran penguasaan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.  

References

Abdul.H.N, Sulaiman.F & Badusah.J (2010). Kajian Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina dalam Kalangan

Ahmad.Z (2007). Kekeliruan dalam penggunaan bahasa Melayu: Percanggahan antara rumus tatabahasa dengan korpus bahasa. Jurnal Persatuan Linguistik. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Ahmad.Z (2008). Data korpus dan nahu praktis. Dlm. Zaharani Ahmad (pnyt.). Aspek nahu praktis bahasa Melayu, hlm. 15-20. Bangi: UKM.

Aminuddin.Z.N et.al (2019). Teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru (IPG), PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid 11 No.2, 2020 / ISSN 1823-6812 (18-32).

Aringingsih.N. E etll (2012). Analisis Kesalahan Berbahasa Indonesia dalam Karangan Eksposisi Siswa Sekolah Menengah Atas. JPBS FKIP Universitas Sebelas Maret. BASASTRA Jurnal Penelitian Bahasa, Sastra Indonesia dan Pengajarannya. 1(1): April 2012.

Baharum.H, Salleh.M, Nor M. (2017). Kesilapan Penggunaan Kata Kerja Dalam Kalangan Pelajar Melayu Ketika Menstruktur Ayat Dalam Penulisan Bahasa Sepanyol. EDUCATUM – Journal Of Social Science, 3 (1). Pp. 1-9. ISSN 2289-9391.

Creswell, J. W., & Plano Clark, V. L. (2007). Designing Andconductingmixedmethods Research. Thousand Oaks, CA: Sage.

Creswell, J.W. (2007). Qualitative Inquiry And Research Design: Choosing Among Five Approaches. (Edisi Ke-2.). Thousand Oaks, CA: Sage

Creswell, J.W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting And Evaluating Quantitative And Qualitative Research (Edisi Ke-4). Boston, MA: Pearson Education.

Creswell, J.W. (2013). Research Design: Qualitative, Quantitative, And Mixed Approaches (Edisi Ke-4). Nebraska, USA: Sage Publication.

Hassan.A & Ainon (2008). Teori dan Teknik Terjemahan. Edisi Khas. PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd. & ITNMB Kuala Lumpur.

Karim.N.S,Onn M.Farid,Musa.H.H & Mahmood.H.A (1996). Tatabahasa Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karim.N.S,Onn M.Farid,Musa.H.H & Mahmood.H.A (2001).Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Ampang, Hulu Kelang, Selangor. Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Karim.S.N (1981). Pencemaran Bahasa Malaysia Dan Kesannya Terhadap Pembelajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994).Qualitative Data Analysis.Thousand Oaks, CA: Sage.

Nasir.M.Z (2017). Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan Karangan Pelajar, LSP International Journal, Vol. 4, Issue 1, 2017, 23–35 © Universiti Teknologi Malaysia E-ISSN 2289–3199 / ISSN 0128–732X

Omar. A (2005). Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Che Mat dan Goh, Y. S. 2010. Situasi Pembelajaran Bahasa Asing di Institut Pengajian Tinggi: Perbandingan Antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin d

Pusat Pendidikan Luar (2011), KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim, Perak.

Sariyan.A (1986). Kunci Bahasa Malaysia.Petaling Jaya, Sasbadi Sdn. Bhd.

Shia Ho, W., & Swee King, Y. (2018). Percanggahan Pendapat Aspek Tatabahasa: Perbandingan Antara Bahan Rujukan Bahasa Melayu. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 16 - 31. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.2.2018

Shia Ho.W (2015). Tinjauan tentang penggunaan bahasa Melayu dalam buku teks geografi tingkatan satu Jurnal Penyelidikan, Jilid 12, 1-19. Kuching: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Yong, C.C. & Vijayaletchumy Subramaniam (2012). Analisis kesilapan dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar asing. GEMA Online™ Journal of Language Studies 12(2), 667-692. 3 Januari 2018,daripada http://journalarticle.ukm.my/4937/1/pp%2520667_692.pdf

 

 


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.