UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Abdul Hakim Haji Hashim
Title :Penggunaan komputer riba di kalangan guru-guru mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2008
Notes :With cd
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan dengan tujuan mengetahui tahap kesediaan penggunaan komputer riba dan peralatan-peralatan yang dibekalkan bersamanya di kalangan guruguru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris. Ia juga cuba melihat tahap kesediaan guru-guru berhadapan dengan masalah-masalah yang berkaitan penggunaan komputer riba dan program-program yang dibekalkan bersamanya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini juga menilai persepsi guru-guru terhadap keberkesanan penggunaan komputer riba dalam meningkatkan tahap prestasi pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sample kajian ini terdiri daripada 45 orang guru yang terlibat secara langsung dalam dasar tersebut di tujuh buah sekolah dalam Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Instrumen yang digunakan dalan kajian ini merupakan borang soal selidik mengandungi 33 item. Item-item dalam soal selidik tersebut merangkumi soalan-soalan mengenai aspek latar belakang responden, minat, pengalaman, kemahiran, kebolehan, sikap, tabiat penggunaan, kesesuaian latihan serta harapan dan pendapat mereka terhadap penggunaan komputer riba dalam proses pengajaran dan pembelajaran Ini sekali gus boleh menjadi kayu ukur kepada pihak pentadbir untuk menentukan program-program yang sesuai dan perlu diatur bagi memperbaiki segala kelemahan dan masalah yang wujud, terutamanya di kalangan guru yang mengendalikan komputer riba atau melakukan penambahbaikan yang menjurus kepada peningkatan tahap pencapaian pelajar dalam akademik melalui penggunaan komputer riba ini. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru sentiasa bersedia melaksanakan tanggungjawab mengajar menggunakan komputer riba di sekolah sungguhpun terdapat kebimbangan dalam menghadapi masalah-masalah yang berkaitan kemahiran mengendalikan komputer. Guru-guru juga mempunyai persepsi yang tinggi bahawa penggunaan komputer riba dalam pengajaran Sains dan Matematik mampu mempertingkatkan pencapaian pelajaran murid melalui pengajaran yang berkesan.

References

Becker, H. J. (1994 ) How exemplary computer-using teachers differ from other 

teachers: Implications for realizing the potential of computers in schools.

Journal of Research on Computing in Education,26 (3), 291-321

 

Heinich, R., Molenda, M., & Russell, J. D., (1993). Instructional Media and the New Technologies of 

Instruction. New York: Macmillan

 

Hokanson, B., & Hooper, S. (2000 ). Computers as cognitive media: Examining the potential of 

computer education. Computers in Human Behavior, 16( 5 ),537-552

 

Hooper, S. & Rieber, L. P 1995 ). Teaching with technology. In A. C. Ornstein (Ed.), Teaching: 

Theory into Practice, pp. 154-170. Needham Heights, MA: Allyn and Bacon.

 

Jones and Fortescue ( 1987 ). Using Computer in the Language Classroom.

London: Longman Group UK Ltd.

 

Laurillard, Diana ( 1992 ). Learning through collaborative computer simulations.

British Journal of Educational Technology. V23, p.64-71

 

Macmillan, R., Liu, X. & Timmons, V. (Winter 1997 ). Teachers, Computers and the Internet: Alberta 

Journal of Education Research, 43 (4)

 

McLellan, Hilary ( 1991 ). New Comouter interfaces: Virtual Reality. Journal of Computer science 

Education. Vol.6 no.2 p. 7-13 USA

 

Norizan Abdul Razak dan Saleh-Huddin Abdul Rashid ( 1997 ). CALL in Malaysian Secondary Schools: a 

Survey on the Teachers’ and School Readiness. Laporan Akhir Penyelidikan. UKM VI / 95.

 

Othman Mohamed (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial.

Serdang : Universiti Putra Malaysia.

 

Pelgrum. W. J. (1991). The use of computers in education worldwide. New

York: Pergamon Press

 

Pusat Perkembangan Kurikulum (1998). Konsep dan ciri sekolah bestari.

K.L : Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Rockman et al, ( 2004 ). A More Complex Picture : Laptop Use and Impact in the context of Changing 

Home and School Access. http://www.rockman.com

 

Sheingold, K., Hadley, M. (1993). Accomplished Teachers. Intergrating Computers into Classroom 

Practise. NY : Centre for Tecnology in Education, Bank Street Colleges of Education.

 

Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang : Universiti 

Putra Malaysia.

 

Yusuf Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn.Bhd.

 

Razali Ismail (2002). ICT Dalam Pendidikan : Trend dan Isu

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik. Jurnal 2002

Pendidikan Guru, 05-11.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.