UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Nur Atikah Mohd Razali
Title :Faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al-Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas: kajian kes di negeri Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2020
Notes :with CD
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al-Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas di negeri Perak. Pengkaji memilih reka bentuk kajian kes dengan menggunakan model Ibnu Khaldun sebagai teori asas mengenai pengajaran al-Quran yang menekankan tentang pengetahuan, kaedah pengajaran dan kemampuan pelajar. Seramai tiga guru pendidikan khas yang mengajar al-Quran kepada pelajar disleksia serta tiga pelajar disleksia dipilih sebagai peserta kajian daripada dua buah sekolah di negeri Perak. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen ujian dan temu bual. Data temu bual telah dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil ujian menunjukkan penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan pelajar disleksia berada pada tahap sederhana lemah. Temu bual terhadap murid mendapati murid lebih cenderung meminati subjek yang mudah. Kaedah pengajaran guru yang disukai oleh pelajar disleksia tersebut adalah pengajaran yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang menarik, penulisan yang besar, dan pengajaran yang menyeronokkan. Tema yang muncul daripada temu bual pelajar adalah pengajaran yang mudah dan menyeronokkan. Dapatan kualitatif daripada temu bual guru pula menunjukkan beberapa tema yang muncul seperti pengetahuan tentang cara pembelajaran  pelajar  disleksia,  penguasaan  kaedah  pengajaran  al-Quran  yang menggunakan teknik multi-sensori, serta teknik pengulangan yang perlu diamalkan oleh pelajar untuk meningkatkan penguasaan al-Quran. Dapatan ini menyokong model Ibnu Khaldun yang menekankan kepada pengetahuan dan kaedah pengajaran yang sesuai. Faktor lain yang mengekang penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar disleksia adalah faktor masa yang terhad untuk pelajar mempelajari al-Quran serta kekurangan sokongan ibu bapa di rumah. Kesimpulannya, dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan tentang disleksia, cara pengajaran menggunakan teknik  multi-sensori,  penggunaan  bahan  bantu  mengajar  yang  menarik  serta pengulangan adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran  al-Quran  dalam kalangan  pelajar disleksia.   Implikasinya,  guru pendidikan  khas perlu  didedahkan  dengan  cara  pengajaran  al-Quran  yang menggunakan multi-sensori dan pembinaan bahan bantu mengajar yang menarik supaya pelajar disleksia dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam mendalami al-Quran supaya kadar bilangan buta huruf al-Quran dalam kalangan pelajar disleksia dapat dikurangkan.

References

Abdul Hafiz Haji Abdullah, Husin Salamon, Azmi Shah Suratman, Sulaiman Shakib Moh Noor, Kamarul Azmi Jasmi, Abdul Basit Samat@Darawi. (2005). SISTEM PEMBELAJARAN DAN Kaedah Hafazan AlQuran Yang Efektif : Satu Kajian Di Kuala Lumpur dan Terengganu. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia . 

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan . Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 

Anggun Nofitasari, Nur Ernawati & Warsiyanti. (n.d.). Teori dan Metode Pengajaran Pada Anak Dyslexia. Strategi Mengatasi Kesulitan Belajar Ketika Murid Anda Seorang Disleksia (p. 175). Indonesia : Universitas PGRI Yogyakarta. 

Azizi Jaafar, Abd. Razak Abdul Kadir & Awang Abdullah. (2015). Falsafah & Pendidikan Malaysia. Selangor: Pelangi Professional Publishing. 

Azizi Yahaya, Peter Voo, Ismail Maakip & Mohd Dahlan A. Malek. (2018). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan . Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Darusalam, G. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. 

Dewi, K. (n.d.). Disleksia . Strategi Mengatasi Kesulitan Belajar ketika Murid Anda Seorang Disleksia, (p. 10). Indonesia. 

Dr. Afaf Abdul Ghafoor Hameed, Dr. Adel M.Abdulaziz, Dr. Mohamed Abdullahi Nur & Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. (2005). Isu Semasa Pengajian Al-Quran dan Sunnah. In K. A. Syed Ahmad Tarmizi bin Syed Omar, Tahfiz Al-Quran : Sejarah Dan Perkembangannya (p. 47). Kuala Lumpur: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. 

Dr.Afaf Abdul Ghafor Hameed, Dr. Adel M.Abdulaziz, Dr. Mohamed Abdullahi Nur, Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. (2005). Isu Semasa Pengajian Al-Quran Dan Sunnah. In Z. R. Razak, Peranan Bahasa Arab Dalam Pengajaran Al-Quran (p. 75). Kuala Lumpur: MES ENTERPRISE SDN. BHD. 

Esa, A. P. (2007). Kerjasam Ibu Bapa Dengan Sekolah Dalam Pembelajaran Pelajar. Pendidikan Khas , 71. 

Faizah, J. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian. Johor: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 

Hakim, R. (2011). Adab kepada Al-Quran : Belajar-Mengajar-Membaca dan Menghafaznya. Selangor: Jasmin Publication. 

Halimatussaadiah Salleh, Badrul Hisham Ismail, Ahmed Nasir Abdul Muthalif & Izzah Abu Bakar. (2015). Murid & Alam Belajar. Selangor: Pelangi Professional Publishing sdn. Bhd. 

Haniza, S. N. (2017). Penggunaan Kit Asas Membaca Bahasa Melayu Untuk Kanak­kanak Pemulihan Khas. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 

Hazis, I. B. (2009). Impak Beban Tugas dan Hubungannya Dengan Kepuasan /kerja Guru-Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Di Kawasan Kinta Utara, Perak : Satu Kajian Kes. Pendidikan Khas, 19. 

Husniza Husni & Zulikha Jamaludin. (2015). Masalah Pembacaan Kanak-Kanak Disleksia Bagaimana Teknologi Boleh Membantu? Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 

Idris, H. (2009). Impak Beban Tugas Dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru-Guru Pendididkan Khas Bermasalah Pembelajaran Di Kawasan Kinta Utara, Perak : Satu Kajian Kes. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Ishak H, Majid LA, Zulkafli NS, Mohd Saad M.F, Zainal SK & Mohd Aderi Che Noh. (2020). Investigating Teacher's Readiness for Teaching the Quran Special Children. TEST : Engineering & Management, 14679. 

Ishak H, Mohd Saad, M.F, Mohamad, S, Mohd Aderi Che Noh. (2020). Challenges In Implementation Of Islamic Education For Students With Special Needs. International Journal of Advanced Science and Technology, 3544 

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 69. 

Kamus Dewan Edisi keempat . (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Khairuddin, H. B. (2009). Keberkesanan Penaksiran Instrumen Senarai Semak Disleksia Di Program Rintis Disleksia. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris . 

Kristiantini, D. (n.d.). Disleksia. Strategi Mengatasi Kesulitan Belajar ketika Murid Anda seorang Disleksia, (p. 10). Indonesia. 

Liyana Ahmad Afip, Nurul Fatihah Hanapi & Khuzaiton Zakaria. (n.d.). Persepsi dan Pengalaman Guru Pendidikan Khas dalam Menghadapi Permasalahan Disleksia dalam Kemahiran Literasi. (p. 2). Kelantan: Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah. 

Mega Aisyah Nirmala & Muhamad Risqi Utama Saputra. (2015). LEXIPAL, APLIKASI BELAJAR MEMBACA PERMULAAN UNTUK ANAK-ANAK DISLEKSIA. Seminar Nasional PGSD UPY (p. 22). Indonesia: ResearchGate. 

Misnan Jemali, Ab. Halim Tamuri & Azmil Hashim. (2014). Kaedah Pengajaran Al-Quran Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Perak. International Journal of Islamic studies and Arabic Language Education, 35-44. 

Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Pisol Maidin, Muhammad Yusri Yusof, Paiz Hassan, Hamdi Rahman Mohd Yaacob, Abd Munir Mohd Noh & Muhammad Imran Abd Razak. (2017). Pandangan Ibnu Khaldun Berkaitan Kaedah Pendidikan Dalam Kitab Al-Muqaddimah. Pendidikan, 26-35 

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 

Mohd, M. (2010 ). Hubungan Di Antara Tahap Kemahiran Belajar Al-Quran Menggunakan Kaedah Iqra' Dengan Kemahiran Membaca Al-Quran : Satu Kajian Murid Tahun Dua Di Tiga Buah Sekolah Rendah Agama Daerah Hulu Selangor. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris . 

Munirah abd Razak, Liyana Nadzirah Md Saril, Nor Hizwani Ahmad Thohir, Nik Mohd Zaim Ab Rahim. (2014). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Melalui Program Televisyen : Kajian di Tv Al-Hijrah. The 4th Annual International Qur'anic Conference 2014 (p. 13). Universiti Malaya: Centre of Quranic Research. 

Murni, M. (2010). Hubungan Di Antara Tahap Kemahiran Belajar Al-Quran Menggunakan Kaedah Iqra' Dengan Kemahiran Membaca Al-Quran : Sebagai Satu kajian Murid Tahun Dua Di Tiga Buah Sekolah Rendah Agama Daerah Hulu Selangor . Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Nata, A. (1993). Al-Quran dan Hadits. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada. 

Noor Aina Dani & Vijayaletchumy Subramaniam . (2004). Disleksia Dalam Aspek Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 685. 

Nurulaini, M. &. (2017). Keberkesanan Teori Malakah Dan Tadrij Dalam Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Pedalaman. Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam Di Sekolah Pedalaman (p. 31). Selangor: Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 

Nurul Farhanah Bakar & Mohd Jasmy Abd Rahman . (2018). Prevalence Murid Berisiko Disleksia Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam (p. 1248). Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin. 

Patton, M. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. London: Sage Publications. 

Ramasamy, R. (2008). Masalah Disleksia Dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan Di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia . 

Rohaty Mohd Majzub & Shafie Mohd Nor. (2005). Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan , 15. 

Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias. (2011). Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas Untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia , 27. 

Samsudin, N. H. (2017). PENGGUNAAN KIT ASAS MEMBACA BAHASA MELAYU UNTUK KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 

Sapura, A. (2010). Masalah Disleksia D Kalangan Murid-Murid Sekolah Rendah Satu Tinjauan Tentang Pengetahuan Guru-Guru Pemulihan Di Daerah Hulu Selangor. Pendidikan Khas, 12. 

Shamsina, A. d. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 

Sheila Devaraj & Samsilah Roslan . (2006). Apa Itu Disleksia. Selangor: PTS Professional Publishing. 

Siti Suriyani, S. (2018). Kaedah Hafazan : Suatu Tinjauan Ringkas. E-Journal of Islamic Thought and Understanding, 56. 

Tg. Iffah & See Soo Yin. (2015). Pemahaman Ibu Bapa Terhadap Masalah Disleksia : Jeli, Kelantan. Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (p. 5). Kelantan: Universiti Malaysia Kelantan. 

Viyayaletchumy, S. (2003). Disleksia Dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu. Selangor: Universiti Putra Malaysia. 

Yusof, M. (2010). Hubungan Di Antara Tahap Kemahiran Belajar aL-Quran. Tanjung Malim: Universiti Pendididkan Sultan Idris. 

Zainal Kassan & Suhaila Abdullah . (2015). Pendidikan Disleksia. Selangor: Sasbadi. 

Zakaria, D. G. (2003). Prinsip-prinsip Pendidikan Islam. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 

Zaliza Zubir, Mahfuzah Md Daud & Ahmad Hifzurrahman Ridzuan. (n.d.). Disleksia Dalam Aspek Ejaan Bacaan Bahasa Melayu. Pendidikan, 2. 

Zharulnizam Shah, Z. (2010). Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. 

Zuhri, D. H. (1990). Ihya' Ulumuddin (Jilid 1). Semarang: ASY SYIFA' SEMARAK. 

Zuraini, L. (2011). Tahap Penguasaan Ilmu Tajwid Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Daerah Kuala Kangsar. Pendidikan, 3.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.