UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB1501 Primary Education
Main Author :Jamilah Mohd Basir
Additional Authors :Azizah Zain
Siti Hartini Azmi
Title :Aplikasi kaedah Fuzzy Delphi dalam pembangunan kerangka penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak-kanak prasekolah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mendapatkan kesepakatan pakar tentang komponen dan ujian bagi reka bentuk dan pembangunan kerangka penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak kanak prasekolah Malaysia. Pembangunan kerangka penilaian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Borang soal selidik diedarkan kepada sejumlah 17 orang sampel yang terlibat sebagai pakar bidang dalam proses reka bentuk dan pembangunan. Borang soal selidik komponen kecergasan mengandungi enam bahagian, iaitu: (1) maklumat demografi; (2) komponen komposisi badan; (3) komponen daya tahan kardiovaskular; (4) komponen daya tahan otot tangan; (5) komponen kekuatan otot kaki; dan (6) komponen fleksibiliti. Manakala, soal selidik ujian kecergasan pula mempunyai lapan bahagian, iaitu; (1) maklumat demografi; (2) indeks jisim badan; (3) ukuran peratus lemak badan; (4) larian ulang alik 20 meter; (5) larian 1200 meter; (6) genggaman tangan; (7) lompat jauh berdiri; dan (8) jangkauan melunjur. Analisis kaedah Fuzzy Delphi menunjukkan komponen komposisi badan, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot tangan, kekuatan otot kaki, dan fleksibiliti diterima sebagai komponen kerangka penilaian. Ujian-ujian yang diterima bagi setiap komponen ialah indeks jisim badan, larian ulang-alik, genggaman tangan, larian lompat berdiri, dan jangkauan melunjur. Hal ini disebabkan oleh komponen dan ujian telah memenuhi syarat triangular fuzzy number iaitu nilai threshold (d) ≤ 0.2 dan peratus kesepakatan pakar ≥75%. Kajian ini telah menghasilkan komponen dan ujian dalam kerangka penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak-kanak prasekolah Malaysia yang diharapkan dapat digunakan oleh pelbagai pihak berkepentingan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kecergasan fizikal kanak-kanak prasekolah.

References

Adler, M., & Ziglio, E. (1996). Gazing into oracle: Delphi method and its application to social policy and public health. Jessica Kingsley Publisher.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Kemnterian Pendidikan Malaysia.

Basir, J. M., Zain, A., & Osman, Z. (2020). Kesahan dan kebolehpercayaan Soal Selidik Kekangan Melaksanakan Aktiviti Fizikal di Prasekolah. International Journal of Modern Education, 2(4), 90-101.

Cheng, C., & Lin, Y. (2002). Evaluating the best main battle tank using fuzzy decision theory with linguistic criteria evaluation. European Journal of Operational Research, 142, 174-186.

https://doi.org/10.1016/j.jsurg.2017.06.018

Chu, H. C., & Hwang, G. J. (2008). A Delphi-based approach to developing expert systems with the cooperation of multiple experts. Expert Systems with Applications, 34(8), 26-40.

Erwan Ismail, & Mohd Radzani. (2017). Tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan corak aktiviti fizikal murid sekolah di gugusan FELDA. Prosiding Seminar Serantau Ke VIII (Pp. 1052-1056). Bang: UKM.

Jones, H., & Twiss, B. L. (1978). Forecasting technology for planning decisions. Mac Millan

Kolimechkov, S. (2017). Physical fitness assesment in children and adolescents: A systematic review. European Journal of Physical Education and Sport Scinces, 65-79.

Mohd Ridhuan, M. J., Saedah, S., Zaharah, H., Nurulrabihah, M. N., & Arifin S., (2014). Pengenalan asas kaedah Fuzzy Delphi dalam penyelidikan rekabentuk pembangunan. Minda Intelek Agency.

Murray, J., & Hammons, J. (1995). Delphi: A versatile methodology for conducting qualitative research. Review of Higher Education, 18(4), 23-36.

Murray, T., Pipino, L., & Vangigch, J. (1985). A pilot study of fuzzy set modification of Delphi. Human System Management, 5(1), 6-80.

Ortega, F. B., Cadenas-Sanchez, C., Sanchez-Delgado, G., Maro Gonzalez, J., Tellez, B. M., Artero, E. G., &

Ruiz, J. R. (2014). Systematic review and proposal of a field based physical education fitness- test battery in preschool children: The PREFIT Battery. Sports Med.

Wee, B. S., Poh, B. K., Bulgiba, A., Ismail, M. N., Ruzita, A. T., & Hills, A. P. (2013). Risk of metabolic syndrome among children living in metropolitan Kuala Lumpur: A case control study. BMC Public Health 11(1): 333-339

Wojcicki, M. (2012). The effects of physical activity education on exercise self- efficacy and physical activity: A comparison study between exercise science and physical education teacher education. Ph.D. Thesis,University of Arkansas, Fayetteville, USA.

World Health Organization. (2010). Global recommendations on physical activity for health

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)