UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan membangunkan model pengurusan pentaksiran kanak-kanak di tadika dan prasekolah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti elemen pengurusan pentaksiran dan meningkatkan kualiti pentaksiran bagi mengesan perkembangan kanak-kanak pada peringkat tadika dan prasekolah. Data kajian ini dianalisis menggunakan pendekatan Interpretive Structural Modelling (ISM). Seramai 12 orang pakar pendidikan awal kanak-kanak dalam bidang pentaksiran dan penilaian dilibatkan untuk mengenal pasti dan mengesahkan elemen pengurusan pentaksiran kanak-kanak prasekolah yang bersesuaian. Pendekatan ISM diaplikasikan untuk membangun model dan memetakan hubungan antara elemen yang dikenal pasti dalam model pengurusan pentaksiran kanak-kanak prasekolah. Kajian ini juga dapat merungkai satu sistem yang kompleks kepada beberapa sub-sistem berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pakar yang dipilih. Dapatan kajian telah mencapai konsensus dalam memilih; (i) bentuk pentaksiran sebagai aktiviti yang paling penting dan perlu ditekankan dalam proses pentaksiran prestasi perkembangan kanak-kanak prasekolah; (ii) kaedah pentaksiran; (iii) analisis tahap penguasaan; (iv) aktiviti pentaksiran; dan (v) intervensi. Implikasi kajian menunjukkan pengurusan pentaksiran yang baik berupaya memperkembangkan domain kognitif, motor halus, motor kasar, sosio-emosi dan bahasa serta membantu guru secara langsung melalui pemerhatian ke atas bentuk pedagogi, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta rutin harian kanak-kanak semasa di prasekolah.
|
References |
Chee Sook Ching, Mahzan Arshad, & Adenan Ayob (2018). Penilaian semula pengajaran dan pembelajaran dalam pembacaan awal. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3 (10), 1-8. Gelman, S. A., & Opfer, J. E. (2010). ‘Development of the animate-inanimate distinction’, in U. Goswami (Ed) Wiley Blackwell Handbook of Childhood Cognitive Development, 2nd Edition, pp.213-38. Wiley-Blackwell. Arumugham, K. S. (2020). Curriculum, teaching and assessment in the perspective of classroom assessment. Asian People Journal, 3(1), 152-161. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: PendidikanPrasekolah hingga Lepas Menengah. Penulis. Lihanna Borhan. (2005). Ke arah pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti. Dlm. Suffian Hussien et al. (pnyt). Pentadbiran dalam pembangunan berkualiti. (30-43). PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Majzub, R. M. (2012). Pendidikan prasekolah: Cabaran kualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mariani Md Nor. (2001). Pentaksiran autentik: Keperluan penilaian di peringkat pendidikan prasekolah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Mardziah Abdullah, Mariani Md Nor, & Fonny Dameaty Hutagalong. (2019), Takbir urus pentaksiran murid dalam kalangan guru prasekolah. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 7(3), 20-27. Mohd Nazri Abdul Rahman. (2014). Pembangunan Model Homeschooling berasaskan Nilai dan Amalan Masyarakat Orang Asli bagi Kanak-kanak Orang Asli. Tesis Ph.D Universiti Malaya (Tidak Diterbitkan) Mohd Nazri Abdul Rahman, Norlidah Alias, Saedah Siraj, & Romli Darus. (2012). Transformasi buku teks: Aplikasi ISM. Jurnal Penyelidikan, (1), 22-34. Russell, M. K., & Airasian, P. W. (2012). Classroom assessment: Concept and applications (edisi ke-7).McGraw-Hill. Rosmah Abd. Ghani, & Mariani Md Nor. (2014). Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh guru prasekolah. Jurnal Peradaban, 7, 40-68. Na’imah Ishak. (2011). School based assessment as transformation in educational asessment. Keynote in International Seminar on Measurement and Evaluation (ICMEE 4), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 9-12) Oktober 2011. Nor Hashimah Hashim, & Khadijah Zon. (2000). Pelaksanaan penilaian Pendidikan Islam dan Moral: Satu tinjauan di prasekolah. Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Sains Malaysia. Rohaty Mohd Majzub. (2003). Pendidikan prasekolah: Cabaran kualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Warfield, J. N., & Perino, G. H. (1999). The problematique: Wvolution of an idea. Systems Research and Behavioral Science, 16, 221-226.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |