UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB1501 Primary Education
Main Author :Logeswari Kanagah Rajah
Additional Authors :Mohd Afifi Bahurudin Setambah
Title :Kesan penggunaan peta alir terhadap pencapaian Matematik dan kemahiran berfikir murid tahun tiga
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2022
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan murid tahun tiga sekolah rendah menyelesaikan penyelesaian masalah berayat matematik berdasarkan kaedah peta alir serta penguasaan kemahiran berfikir. Pendekatan kuantitatif berbentuk kuasi eksperimen kumpulan tidak setara digunakan dalam kajian ini. Pemilihan peserta kajian dilakukan secara persampelan kelompok bertujuan dan melibatkan 60 orang murid tahun tiga di sebuah sekolah kebangsaan di Dearah Petaling Perdana, Selangor. Namun, peserta kajian terdiri daripada 30 orang murid kumpulan rawatan dan 30 orang murid kumpulan kawalan. Instrumen kajian yang digunakan bagi mengumpul data adalah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Data dianalisiskan berbentuk inferensi dalam kajian ini. Analisis inferensi melibatkan ujian-t sampel berpasangan yang menerangkan perbezaan dalam skor pencapaian ujian pra dan ujian pasca terhadap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan serta perbezaan penguasaan kemahiran berfikir terhadap kumpulan kawalan dan rawatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian skor dan penguasaan kemahiran berfikir pada kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yana mana kumpulan rawatan memperoleh peningkatan pencapaian skor dan penguasaan kemahiran berfikir yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan peserta telah melaksanakan kaedah peta alir secara berkesan dalam penyelesaian masalah berayat matematik dalam topik penambahan serta dapat menguasai kemahiran berfikir dengan menjawab soalan aras tinggi. Kesimpulannya, peserta berupaya meningkatkan skor pencapaian dan penguasaan kemahiran berfikir dalam penyelesaian masalah berayat dengan menggunakan kaedah peta alir dalam penambahan matematik. Implikasi kajian menunjukkan kaedah peta alir adalah sesuai dipratikkan dalam kemahiran penyelesaian masalah berayat yang mana meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan matematik terhadap murid tahun tiga sekolah rendah.

References

Abdullah, M.Z., Daud, I., Idris, M.R., & Rahman, M.N.A. (2019). Kesan pembelajaran flipped classroom terhadap sikap bagi penyelesaian masalah bagi algebra, Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7(4), 1–10. Diperolehi dari https://juku.um.edu.my/

Ariffin, N.E., & Aziz, N.H.A. (2016). Persepsi murid tahun lima terhadap penggunaan kaedah model bar dalam penyelesaian masalah matematik berayat tajuk pecahan. International Seminar on Generating Knowledge Through Research. Universiti Utara Malaysia.

Avvisati, F., Echazarra, A., Givord, P., & Schwabe, M. (2019). The programme for international student. Diperolehi dari https://www.oecd.org/pisa/publications/PISA2018_CN_IDN.pdf

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Buku Panduan Program I-Think. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bachri, B.S. & Nurdyansyah. (2017). Problem solving model with integration pattern: student’s problem-solving capability, Education and Humanities Research. Diperolehi dari file:///C:/Users/hp/Downloads/Problem_Solving_Model_with_Integration_Pat tern_Stu.pdf

Gurat, M.G. (2018). Mathematical Problem-Solving Strategies Among Student Teachers. Journal on Efficiency and Responsibility in Education and Science. Diperolehi dari https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1208772.pdf

Hassan, N.H., Hussin, Z., Siraj, S., Sapar, A.A., & Ismail, Z. (2019). Kemahiran berfikir kritis dalam buku teks bahasa melayu kurikulum standard sekolah rendah tahap II. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7(1), 18–29. Diperolehi dari https://ejournal.um.edu.my/

Ismail, F., Nasir, A.A., Haron, R., & Kelewon, N.A. (2020). Mendominasi kemahiran penyelesaian masalah secara kritis melalui penglibatan mahasiswa dalam kokurikulum bulan sabit merah Malaysia. Research in Management of Technology and Business. Diperolehi dari https://publisher.uthm.edu.my/

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Matematik Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal-Ringkasan Eksekutif. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya

Moyer (2015). Effects of virtual manipulatives on student achievement and mathematics learning. International Journal of Virtual and Personal Learning Environments, Diperolehi dari http://dx.doi.org/10.4018/jvple.2013070103

Muhamad, N., Zakaria, M.A., Salleh, S.M. & Harun, J. (2018). Penggunaan permainan digital dalam pembelajaran bilik darjah bagi meningkatkan kreativiti dalam penyelesaian masalah matematik. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian. Universiti Teknologi Malaysia.

Noor Hidayah & Zanaton. (2017). Strategi metakognitif dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Norazlin Mohd Rusdin & Mohd Uzi Dollah. (2018). Keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat menggunakan strategi melukis gambar rajah dalam kalangan murid tahun 3 sekolah rendah. diperolehi dari https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2200/1823

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013) Dalam B. P. Kurikulum Visi dan Aspirasi (hlm. 2-8, 33). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Polya, G. (1945; 2nd edition, 1957). How to solve it. Princeton: Princeton University Press.

Salawati Salleh (2016). Kemahiran penyelesaian masalah dalam tajuk nombor bulat dan pecahan dalam kalangan murid tahun lima. Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik). Universiti Teknologi Malaysia.

Simamora, R.E., Saragih, S., & Hasratuddin. (2019). Improving students’mathematical problem-solving ability and self-efficacy through guided discovery learning in local culture context. International Electronic Journal of Mathematics Education. Diperolehi dari https://doi.org/10.12973/iejme/3966

Yap Ji Lin & Siti Rahaimah Ali. (2018). Keberkesanan pendekatan model bar dalam penyelesaian masalah berayat matematik operasi tolak tahun empat. Jurnal Pendidikaan Sains & Matematik. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Yazgan, Y. (2015). Sixth graders non-routine problems: which strategies are decisive for success. European Journal of Education Studies. Uludag University.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.