UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Transformasi kurikulum telah membawa kepada penghasilan buku teks Matematik KSSR Semakan 2017. Elemen Pendidikan Kewangan telah diterapkan secara langsung melalui topik Wang. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti domain kognitif bagi kandungan dan latihan topik Wang dalam buku teks Matematik Tahun 5 dan Tahun 6 aliran Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), serta menentukan tahap domain kognitif berdasarkan kerangka Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS). Analisis dokumen dengan teknik pengekodan telah digunakan untuk mengkategorikan semua kandungan dan latihan topik Wang mengikut jenis latihan, domain kognitif dan aspek domain kognitif. Hasil kajian telah menunjukkan buku teks Matematik Tahun 5 aliran SK dan SJKC dominan pada domain mengetahui dengan tumpuannya pada aspek mengira, iaitu mencapai tahap domain kognitif yang rendah. Manakala, buku teks Matematik Tahun 6 aliran SK dan SJKC pula dominan pada domain menaakul, iaitu mencapai tahap domain kognitif yang tinggi. Namun begitu, buku teks Matematik Tahun 6 SK lebih menumpukan aspek menganalisis sebaliknya buku teks Matematik Tahun 6 SJKC lebih menumpukan aspek mengintegrasi atau mensintesis. Perbandingan yang dilakukan terhadap buku teks Matematik Tahun 5 dan Tahun 6 telah mendapati terdapat perbezaan yang amat ketara dari segi bilangan dan peratusan kandungan dan latihan topik Wang berdasarkan domain kognitif. Memandangkan senario sedemikian, kualiti buku teks haruslah disemak dari semasa ke semasa bagi merapatkan jurang tahap domain kognitif buku teks merentas gred dan aliran sekolah demi menjamin keseimbangan perkembangan kognitif dalam kalangan murid Malaysia. |
References |
Abdul Azis, A., & Rosli, R. (2021). Analisis Aras Kognitif Bagi Soalan dalam Buku Teks Matematik Tahun 4 KSSR Semakan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(3), 146-158. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.712 Agrobank. (2016, Mei 14). Program Celik Wang Agrobank Didik Pelajar Mengenai Asas Pengurusan Wang. https://www.agrobank.com.my/my/pressreleases/program-celik-wang-agrobank-didik- pelajarmengenai-asas-pengurusan-wang/ Alpízar-Vargas, M., & Morales-López, Y. (2019). Teaching The Topic of Money in Mathematics Classes in Primary School. Acta Scientiae, 21(5), 102-127. http://dx.doi.org/10.17648/acta.scientiae.5262 Ann-Katrin, V. D. H., & Heinze, A. (2018). Does the textbook matter? Longitudinal effects of textbook choice on primary school students’ achievement in mathematics. Studies in Educational Evaluation, 59(2018), 133–140. https://doi.org/10.1016/j.stueduc.2018.07.005 Babakr, Z. H., Mohamedamin, P., & Kakamad, K. (2019). Piaget’s Cognitive Development Theory: Critical Review. Educational Quarterly Reviews, 2(3), 517-524. http://dx.doi.org/10.31014/aior.1993.02.03.84 Bicknell, B., & Hunter, R. (2012). School Transition From Year 6 To Year 7: A Focus On Mathematics. International Journal for mathematics teaching and learning. Bowen, G. A. (2009). Document analysis as a qualitative research method. Qualitative Research Journal, 9(2), 27-40. http://dx.doi.org/10.3316/QRJ0902027 Chan, Y. L., Krishnan, G., & Mohd Ali, R. (2020). Matematik Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chan, Y. L., Krishnan, G., & Mohd Ali, R. (2021). Matematik Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chang, F. Y., & Rosli, R. (2021). Analisis Kognitif Topik Data dalam buku teks Matematik SJKC Berdasarkan Taksonomi Bloom. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN 2021), 651-660. Cheng, J. W., & Rosli, R. (2020). Analisis Domain Kognitif bagi Latihan dalam Buku Teks Matematik Tahun 6. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(11), 116-126. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.549 Chuen, T. L., & Rosli, R. (2021). The Content Domain Analysis of the Revised KSSR Standard 4 Mathematics Textbook Version 2017. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11(2), 51-66. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.2.5.2021 Cordero, J. M., Gil-Izquierdo, M., & Pedraja-Chaparro, F. (2022). Financial education and student financial literacy: A cross-country analysis using PISA 2012 data. The Social Science Journal, 59(1), 15-33. https://doi.org/10.1016/j.soscij.2019.07.011 Ee, J. H., Huh, Y., Shin, M., & Huh, N. (2019). Cognitive Domain of Problems in Korea Mathematics Textbooks. The Youngnam Mathematical Society, 35(4), 451-465. https://doi.org/10.7858/eamj.2019.037 Ghazali, M., & Sinnakaudan, S. (2014). A Research on Teachers’ Beliefs about Mathematics Teaching and Learning between Sekolah Kebangsaan (SK) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) and Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Journal of Education and Practice, 5(31), 10-19. Hadar, L. L., & Ruby, T. L. (2019). Cognitive opportunities in textbooks: the cases of grade four and eight textbooks in Israel. Mathematical Thinking and Learning, 21(1), 54-77.https://doi.org/10.1080/10986065.2019.1564968 Julie, L. J. H., & Maat, S. M. (2021). The Utilisation of Textbook in Teaching and Learning Mathematics among Primary School Mathematics Teachers. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 10(2), 907–921. http://dx.doi.org/10.6007/IJARPED/v10-i2/10174 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 5. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Laporan Kebangsaan TIMSS 2019. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 6. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kheu, N. M. Y., & Nunes, T. 2017. Learning Numbers in Different Languages: Chinese versus Malay. Journal of Mathematics Education, 10(2), 30-47. https://doi.org/10.26711/007577152790011 Leow, Y. W., Wang, B. P., & Lee, K. N. (2020). Matematik Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kuala Lumpur: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Lim, T. S., Ahmad Baharul Ulum, Z. K., AG Budin, S., & Mohidin, R. (2020). Hubungkait Pengetahuan Kewangan dan Kesedaran Insurans Hayat dan Takaful Keluarga. Lindorff, A. M., Hall, J., & Sammons, P. (2019). Investigating a Singapore-Based Mathematics Textbook and Teaching Approach in Classrooms in England. Frontier in Education, 4(37),1-21. https://doi.org/10.3389/feduc.2019.00037 Lombard, M., Snyder-Duch, J., & Bracken, C. C. (2006). Content analysis in mass communication: Assessment and reporting of intercoder reliability. Human Communication Research, 28(4), 587-604. https://doi.org/10.1111/j.1468-2958.2002.tb00826.x Mohd. Tajudin, N., & Chinnappan, M. (2017). Role of Higher Order Thinking Skills In Enhancing Mathematical Problem Solving. Man In India, 97(17), 209-214. Mohd Yusof, Z. (2022 Februari 28). ‘Yang Dewasa Pun Tak Faham, Apatah Murid Tahun 6’, pensyarah UPM komen silibus insurans dan takaful. Free Malaysia Today. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/02/28/yang-dewasa-pun- takfaham-apatah-murid-tahun-6-pensyarah-upm-bidas-silibus-insurans-dan-takaful/ Muhammad Raflee, S. S., & Halim, L. (2021). The Effectiveness of Critical Thinking in Improving Skills in KBAT Problem Solving. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11(1), 60- 76. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.1.6.2021 Mullis, I. V. S., & Martin, M. O. (2017). TIMSS 2019 Assessment Frameworks. Retrieved from Boston ollege, TIMSS & PIRLS International Study Center. http://timssandpirls.bc.edu/timss2019/frameworks/ Nik Pa, N. A. (2016). Penghasilan Disertasi Berkualiti dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Oates, T. (2014). Why textbooks count: A policy paper. University of Cambridge. Piaget, J. & Inhelder, B. (1969). The Psychology of the Child. New York: Basic Books. Pratama, G. S., & Retnawati, H. (2018). Urgency of Higher Order Thinking Skills (HOTS) Content Analysis in Mathematics Textbook. Journal of Physics: Conference Series 1097. Rasyidi, D. A., & Winarso, W. (2020). The Proportion of Cognitive Aspects of Question in Mathematics Textbook Based on Marzano's Taxonomy: An Indonesian Case in Implementing New Curriculum. EduMa: Mathematics Education Learning and Teaching, 9(2), 79-89. http://dx.doi.org/10.24235/eduma.v9i2.7374 Samat, A. A., & Rosli, R. (2020). Exploring Teacher’s Perceptions of Primary School Mathematics Textbook. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 9(1), 286-300. http://dx.doi.org/10.6007/IJARPED/v9-i1/7043 Tan, K. J., Ismail, Z., & Abidin, M. (2018). A Comparative Analysis on Cognitive Domain for the Malaysian Primary Four Textbook Series. EURASIA Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 14(4), 1273-1286. https://doi.org/10.29333/ejmste/82625 Voon, Y. X., & Kor, A. S. (2022). Matematik Tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Johor Bahru: Penerbit Bestari Sdn. Bhd. Wimmer, R. D., & Dominick, J. R. (2013). Mass media research. (Edisi ke-10). Cengage learning. Zakaria, N. L., Sabri, M. F., & Abd. Rahim, H. (2017). Penilaian Impak Program Pendidikan Kewangan Dalam Kalangan Peserta Program Bijak Wang. Jurnal Pengguna Malaysia, 19-38. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |