UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian eksperimen-kuasi dengan reka bentuk faktorial 3 X 2 ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran abad ke-21 terhadap pencapaian penguasaan pengetahuan sejarah dalam kalangan murid berdasarkan jantina. Sampel kajian ini merupakan 41 orang murid Tingkatan Dua yang telah ditentukan berdasarkan teknik persampelan berkelompok. Instrumen kajian ini merupakan ujian pencapaian sejarah yang berbentuk item objektif yang telah disahkan kandungan dan konstruknya oleh pakar-pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan, indeks diskriminasi dan indeks kesukaran yang baik. Data kajian ini telah dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian Split Anova dengan menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini telah melaporkan bahawa pembelajaran abad ke-21 melalui aplikasi Google Classroom adalah berkesan terhadap pencapaian penguasaan pengetahuan sejarah walaupun jantina dilaporkan tidak mempengaruhi pencapaian penguasaan pengetahuan sejara dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini telah menyediakan sumber maklumat kepada guru-guru sejarah untuk mereka bentuk dan melaksanakan proses pembelajaran sejarah berasaskan pembelajaran abad ke-21 dan penggunaan aplikasi Google Classroom selaras dengan menyahut saranan dasar pendidikan yang menekankan keperluan dan kepentingan penerapan pembelajaran abad ke-21 dan pengingtegrasian teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada semua peringkat persekolahan. |
References |
Fitriningtiyas, D.A., Umamah, N.S & Sumardi. (2018). Google Classroom: as a media of learning history. In proccedings of the ICEGE 2018: Conferences Earth and Environment Science, 1-8. Hanita Mohd Yusoff & Norzaini Azman (2018). Pencapaian akademik murid lelaki dan perempuan: Peranan sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 15(2), 257-287. Institut Aminuddin Baki. (2017). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21. Negeri Sembilan: Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Izwan Nizal Mohd Shahranee, Jastini Mohd Jamil & Sarah Syamimi Mohamed Rodzi. (2016). Google Classroom as a tool for actice learning. In proceeding of the International Conferences on applied Science and Technology, 1-7. Joinis bin Longkiad, Tan, C. K & Sabariah Sharif. (2018). Kesan Penggunaan Blog Forum Sejarah terhadap penerimaan teknologi dan pencapaian sejarah di sebuah sekolah menengah di daerah Keningau. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Special Issues, 183-200. Kaviza, M. (2018). Kesan Penggunaan Teknik Peer Instruction dengan Pendekatan Kelas Flipped Terhadap Pencapaian Pemahaman Konsep Sejarah. Journal ICT in Education (JICTIE), 5(1), 14-26. Kaviza, M. (2020). Persepsi Penerimaan Murid Terhadap Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Dokumen. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(3), 79 - 86. Kaviza, M. (2020). Satu Tinjauan Terhadap Guru-guru dalam Penggunaan Platform Google Classroom bagi Proses Pembelajaran Sejarah. Journal of ICT in Education, 7(2), 74-80. Kaviza, M. (2021). Kesan Pembelajaran Berasaskan Dokumen dengan Pendekatan Kepelbagaian Sumber Terhadap Pengetahuan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 128 – 139. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Lim, H.L., Chin, H.L & Nabeel Abedalaziz (2013). Using weblog in cooperative learning to improve the achievement of history learning. The Malaysian Online Journal of Educational technology, 11(3), 30-43. Malar Muthiah. (2013). Kesan Kaedah STAD terhadap ketekalan pengetahuan sejarah dan kemahiran sosial murid tingkatan dua. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013, Universiti Malaysia Sabah, 29-30 Ogos2013. Mohd Rosmadi Mohd Salleh & Hafizhah Zulkifli (2020). Penggunaan Didik Hibur dalam Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 4(2), 1-16. Mohd Zulhasnan Mat, Fadli Bacho & Sharifuddin Rapin. (2019). Kesediaan pelajar dalam M-Pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti Tawau, Sabah. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, 3(1), 103-111. Muhammad Shafiq Mohd Razali & Noraini Abdul Raop. (2018). Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar sarjana muda psikologi, Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim). Jurnal Sains Sosial, 3, 77-87. Muna Ishak & Farrah Wahida Abdullah (2017). Kesediaan pelajar semester satu jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Seberang Perai (PSP) mengikuti pembelajaran berasaskam Blended Learning. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial, 1(1), 273-282. Noor Lela Ahmad, Sho, S.L., Hariyaty Ab. Wahid & Rohaila Yusof. (2019). Kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 terhadap pembangunan pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(28), 28-51. Noradilah binti Aziz & Lai, W.S. (2019). Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi Terhadap Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 22(1), 69-75. Norasyikin Osman & Mohd Isa Hamzah. (2016). Hubungan kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran berasaskan Blended learning berdasarkan jantina dan program. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 1-9. Nur Aisyah Mohamad, Zamri Mahamod & Sharala Subramanian (2013). Kemahiran metakognitif dan hubungannya dengan jantina, jenis sekolah dan pencapaian murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38(2), 23-32. Nur Syazwani Abdul Talib, Kamarulzaman Abdul Ghani, & Nur Azuki Yusoff. (2016). Tahap pengetahuan dan sikap graduan IPT serta hubungannya dengan minat terhadap sejarah: Usaha awal memupuk semangat cinta negara. Jurnal Pemikir Pendidikan, 7, 57-72. Ong, E.T & Shamalah Manikam. (2014). Penguasaan Kemahiran Proses Sains Asas dalam Kalangan Murid India di beberapa buah sekolah rendah di Perak. Sains Humanika, 2(1), 159-169. Partnership for 21st Century Skills. (2006). Framework for 21st century learning. http://www.p21.org/documents/ProfDev.pdf Pusat Perkembangan Kurikulum. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Rana Hamzah & Zamri Mohamed. (2017). Aplikasi Google Plus dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah. In proceedings of Seminar Serantau, 652-660. Saerah Shuib, Siti Hawa Abdullah & Hazri Jamil. (2020). Hubungan antara sikap murid dalam pembelajaran kolaboratif berdasarkan pencapaian ujian penilaian akhir tahun mata pelajaran sejarah. Journal of Educational Research and Indigeneous Studies, 1(1), 1-16. Sugiarto, R & Aman. (2020). The ultization of Google Classroom in implementing Distance Learning in Islamic High School al-Azhar 9 of Yogyarkata during Covid-19 Pandemic. In proceeding of the Annual International Conference on Social Science and Humanities (AICOSH 2020), 100-104. Usha Nagasundaram & Vijayaletchumy Subramanian (2019). Strategi kemahiran membaca dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah di SJK (T) Batu Caves, Selangor. Infrastructure University Kuala Lumpur Research Journal, 7(2), 130-151. Yong, K.s & Faridah Mydin Kutty. (2020). Keberkesanan aplikasi Coggle dalam meningkatkan pencapaian sejarah Tingkatan 6 bagi topik “Perluasan kuasa Barat di China” di SMK Selirik, Kapit. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 11-30. Zahara Aziz & Nurliah Jair. (2009). Penggunaan peta konsep untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 3-15. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |