UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :final_year_project
Subject :P Language and Literature
Main Author :Nur Zakirah Mat Rahim
Title :Perbandingan pelaksanaan gaya bahasa dan seni bahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2023
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis pelaksanaan gaya bahasa, dan seni bahasa berpandukan Teori Konstruktivisme dalam pengajaran Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan pandangan guru terhadap pelaksanaan gaya bahasa dan seni bahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah menengah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan kaedah persampelan iaitu daripada responden seramai 56 orang iaitu pelajar tingkatan 4 dan 5 serta seorang guru Bahasa Melayu. Kajian ini hanyalah dijalankan di sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Laut di negeri Kelantan. Kaedah data dikumpul daripada responden adalah secara kaedah soal selidik melalui borang soal selidik yang diberikan kepada 55 orang pelajar dan kaedah temu bual kepada seorang guru Bahasa Melayu. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pelaksanaan gaya bahasa dan seni bahasa pada pandangan pelajar iaitu dari segi tahap pemahaman, penguasaan dan keseronokan berada pada tahap yang positif apabila kebanyakan pelajar bersetuju dengan beberapa item soalan yang telah pengkaji tetapkan dalam borang soal selidik. Manakala bagi objektif kedua pula, ia menunjukkan bahawa pelaksanaan gaya bahasa dan seni bahasa berada pada tahap yang sederhana sahaja kerana kedua-dua aspek ini kurang ditekankan di sekolah. Pengkaji berharap kajian berkaitan gaya bahasa dan seni bahasa dapat diperluaskan lagi bagi mengatasi masalah penurunan pelaksanaan gaya bahasa dan seni bahasa dalam pengajaran.

References

Ariff Mohamad. (2009). Analisis kesesuaian pemilihan teks bagi genre cerpen dan novel komponen sastera dalam pendidikan bahasa Melayu (Laporan Penyelidikan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Farizah Hanim Ismail. (2010). Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan remaja di sekolah menengah: Suatu cabaran. Jurnal Linguistik, 10, 1-12.

Gijbels, D., Van de Watering, G., Dochy, F., & Van Den Bossche, P. (2006). New learning environments and constructivism: The students’ perspective. International Journal of the Learning Sciences, 34, 213-226.

Mohd Uzir Zubir, Rohaidah Kamaruddin & Sharil Nizam Sha’ri. (2018). Motivasi dan sikap terhadap pembelajaran bahasa Melayu murid tingkatan satu (Junior One Loyalty), Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua. Jurnal Kesidang, 3(1), 82-91.

NorLela Ahmad, Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil, Marzni Mohamed Mokhtar, Mohd Azuan Mohd Nawawi & Zullaili Hason. Pengaruh didik hibur dalam meningkatkan kesediaan belajar kemahiran membaca bahasa Melayu belum menguasai tahap pencapaian minimum. (2021). Asian Journal of Civilizational Studies, 3(1), 45-57.

Rozani Ahmad. (2017). Keupayaan menggunakan komsas sebagai kompetensi pengajaran guru bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 65-76.

Saraswathy Pormalu @ Perumai, Rohaidah Kamaruddin, Paramasivam Muthusamy, Ayuni Mohamad Bakari & Husna Hidayah Mansor. (2017). Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah Tamil. International Journal of the Malay and Civilisation, 5(1), 45-55.

Siti Halijah Laungeng. (2016). Strategi peta konsep dan strategi tradisional terhadap pencapaian komsas dalam bahasa Melayu pelajar tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 30-37.

Shamsudin Othman, Ghazali Lateh & Nurul Faidzah Ab. Hadi. (2014). Penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(1), 59-64.

Shamsudin Othman & Abdul Rasid Jamian. (2013). Pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa kurikulum standard sekolah rendah. Jurnal Bahasa, 13(2), 293-312.

Syahida Nadia Zakaria. (2015). Kesan pendekatan Konstruktivisme dan pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 12-21.

Voon, S. H. & Amran, M.S. (2021). Pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme dalam pembelajaran Matematik. Jurnal Sains Insani, 6(2),421-438.

Zurainu Mat Jasin & Abdul Sukor Shaari. (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam pengajaran komsas bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 79-92.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.