UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pemudahcaraan tatabahasa bagi kalangan guru pelatih di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan borang soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Sampel kajian ini pula terdiri daripada guru-guru pelatih yang menjalani proses latihan mengajar iaitu seramai 50 orang responden. Keseluruhannya, tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran tatabahasa bagi guru pelatih pada tahap yang tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan responden meletakkan persepsi yang positif terhadap bahan bantu mengajar. Selain itu, cabaran tertinggi yang dihadapi oleh responden adalah harga bahan bantu mengajar di pasaran agak tinggi dan menyukarkan guru pelatih untuk mendapatkannya. Akhir sekali, bahan bantu mengajar yang paling kerap digunakan oleh responden semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan adalah berbentuk elektronik iaitu aplikasi Youtube. Implikasi kajian menunjukkan bahawa kajian ini akan memudahkan para guru untuk mengetahui dengan lebih luas tentang bahan bantu mengajar yang boleh mereka guna untuk pengajaran yang akan datang. Namun begitu, pihak kementerian perlu mengadakan pelbagai kursus untuk membantu guru supaya mereka lebih kreatif dan dapat mengakses bahan bantu mengajar dengan lebih mudah. |
References |
Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007). Guru sebagai penyelidik. Kuala Lumpur:PTS Professional. Abdul Rahim Hamdan dan Hayazi Mond Yasin (2016). Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bharu, Johor. Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Nur Farah Athirah Khuzaini. (2014). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahsa Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim (2016). Persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 128-140. Alizah Lambri & Zamri Mahmood (2019). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(33), 78-94. Arzizul Antin & Dg Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli. (2018). Pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(2), 77-84. Charles Muluing Libau & Ying Leh Ling. (2020). Peranan Bahan Bantu Mengajar Dan Persekitaran Maklum Balas Dalam Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Pelajar. In Kertas kerja. National Research Innovation Conference (NRICon 2020) (pp. 20-21). Haron Husaini, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Ahmad Shafiq Mat Razali, Diyak Ulrahman Mat Saad, Syafiqah Mohd Hairon, Nur Hanani Hussin & Mohd Khamal Md Daud. (2017). Hubungan amalan pengajaran guru dan kesediaan guru dalam penggunaan bahan bantu mengajar. In 4th International Research Management & Innovation Conference, Institut Latihan Malaysia Bangi (pp.278-291). Norhiza Fadila, Zamri Mahamod, Wan Muna Ruzanna & Wan Mohamad. (2016). Kompetensi, Sikap Dan Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Competencies, Attitude and Application of Web 2.0 as a Teaching Aids among Malay Language Primary School Teachers). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 52-58. Nur Syafiqah Isa & Nurul Nazirah Mohd Imam Ma’arof (2018). Keberkesanan penggunaan grafik berkomputer sebagai alat bahan bantu mengajar dalam kalangan pelajar reka bentuk dan teknologi. Sains Humanika, 10(3-3). Noorazman Abd Samad, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Hairuddin Harun, Mohd Hasril Amiruddin, Suhaizal Hashim & Faizah binti Ja’apar (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P & P) Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dearah Pontian (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Fauziah Md Jaafar, Rafisah Osman, Khaliza Saidin & Nurhafizah Abdan (2017). Kesan Pembelajaran Koperatif Dan Tradisional Terhadap Pencapaian Akademik Penguasaan Kemahiran Jawi. Ulum Islamiyyah. Mohamed Nor Azhari Azmana, Nur Amierah Azlia, Ramlee Mustaphaa, Balamuralithara Balakrishnanb & Nor Kalsum Mohd Isa. (2014). Penggunaan Alat Bantu Mengajar ke Atas Guru Pelatih Bagi Topik Kerja Kayu, Paip dan Logam. Jurnal Sains Humanika, 3(1), 77-85 Nurina Abdullah (2019). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. 2(1). 56-80. Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah Saad dan Uzi Dollah. (2017). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 7(1), 32-46. Siti Aminah Sallehin & Fazlinda binti Ab Halim. (2018). Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Zon Benut. Online Journal for TVET Practitioners. Yahya Othman. (2009). Keutamaan Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pada Sekolah-sekolah di Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sosiohumanika, 2(2) |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |