UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan motivasi guru pelatih Fizik terhadap penggunaan teknologi multimedia interaktif dalam subtopik Hukum Kepler. Kajian ini juga menerangkan hubungan antara tahap kesediaan dan motivasi guru pelatih Fizik terhadap penggunaan teknologi multimedia interaktif dalam subtopik Hukum Kepler. Seramai 108 orang responden telah terlibat secara langsung dalam kajian ini yang terdiri daripada guru pelatih Fizik UPSI semester 5, 6 dan 7. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Soal selidik dalam bentuk platform Google Form telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Statisical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 telah digunakan untuk menganalisis data kajian secara statistik deskriptif bagi menentukan kekerapan, min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi menggunakan ujian kolerasi Spearman’s Rho bagi menentukan kekuatan hubungan antara dua pekali. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan dan motivasi guru pelatih Fizik terhadap penggunaan teknologi multimedia interaktif dalam subtopik Hukum Kepler adalah tinggi dengan masing-masing nilai min = 4.87 (s.p = 0.145) dan nilai min = 4.92 (s.p = 0.130). Kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dan motivasi guru pelatih Fizik iaitu hubungan kuat, RS = 0.511 dan nilai p < 0.01. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menjelaskan bahawa guru pelatih Fizik mempunyai tahap kesediaan dan motivasi yang tinggi dalam penggunaan teknologi multimedia interaktif dalam subtopik Hukum Kepler. Implikasinya, dapatan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru pelatih Fizik untuk sentiasa membuat persediaan terhadap penggunaan teknologi multimedia interaktif dalam pengajaran Fizik khususnya dalam subtopik Hukum Kepler bagi meningkatkan mutu pengajaran selaras dengan pendidikan semasa. |
References |
Andrew P. & Robert J. (2019). Chapter 2 - Descriptive Statistics II: Bivariate and Multivariate Statistics,Statistics for Biomedical Engineers and Scientists,Academic Press, Pages 23- 56. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/B9780081029398000116 Ani Omar. (2016). Integrasi Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu Mempertingkatkan Keyakinan dan Keberhasilan Guru Semasa Latihan Mengajar. Jurnal UPSI, Vol. 9, 13-25. Aranha, P., Shettigar, D., & Varghese, S. (2013). Chalk and Talk Versus Power Point-Perception Of Nursing Faculty In India. American International Journal of Researchin Humanities, Arts and Social Sciences, 3(2), 264-267. Azizi Sharin, Jamaluddin Yusof & Abdul Rahim. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Profesional. Kuala Lumpur. Che Soh Said, Syakinaz Desa, Balakrishnan Muniandy & Irfan Naufal Umar. (2015). AplikasiTeknologi Multimedia Dalam Pembelajaran Sains Biologi: Kesan Terhadap Pelajar Berbeza Tahap Keupayaan Spatial. Journal of ICT in Education (JICTIE), 2, 15-25. Desa, S.B., & Keny, M.S. (2014). Powerpoint Versus Chalkboard Based Lectures In Pharmacology: Evaluation of Their Impact On Medical Student’s Knowledge and Their Preferences. International Journal of Advanced Health Sciences, 1(5), 10-14. Fraenkel, J. R, & Wallen, N.E. (1996). How to Design and Evaluate Research. USA: Mc.Grawhill Inc. Hairlinda Arini Agustin, Singgih Bektiarso & Rayendra Wahyu Bachtiar. (2018). Pengembangan Modul Komik Fisika Pada Pokok Bahasan Hukum Kepler di SMA Kelas XI. Jurnal Pembelajaran Fisika, 7(2), 168-174. Diperoleh daripada https://jurnal.unej.ac.id/index.php/JPF/article/view/7924/5580 Harley, K. N., Jankar, J., & Mohod, K.M. (2015). Perception of First MBBS medical studentstowards different teaching aids used in teaching learning process: a comparison between powerpoint versus chalkboard teaching. International Journal of Advanced Research in Biological Sciences, 2(7), 71-80. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, cet. 4., tahun 2010. Krejcie, Robert V., Morgan, Daryle W., “Determining Sample Size for Research Activities”, Educational and Psycological Measurement, 1970. Liza Heryanti, Parsaoran Siahaan, Agus Fany Chandra Wijaya & Heni Rusnayati.(2019). Desain Dedaktis Pada Materi Hukum Kepler Berdasarkan Hambatan Belajar Siswa Kelas X Sekolah Menengah Atas. Prosiding Seminar Nasional Fisika (E-Journal) SNF2019. Diperoleh daripada http://journal.unj.ac.id/unj/index.php/prosidingsnf/article/view/13559/7887 Mazihah Othman. (2013). Analisis Keperluan Pelajar, Guru dan Kandungan untuk Pembangunan E-Bahan Instruksional Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4: Satu kajian kes kualitatif. Johor Bharu: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Mohammad Rahim, K., Rohany, N., Wan Shahrazad, W. S., Sarah Waheeda, M. H., Janetter Marcial@ Nur Atiqah, A., Rozainee, K. & Zainah, A. Z. (2018). Validity and Reliability of Malay Version Financial Well-Being Scale among Malaysian Employees.Akademika, 88(2), 109-120. Mohd. Yusof Hj. Othman. (2005). Pembinaan Konseptual dalam Pembelajaran di IPT. DalamMahasiswa Abad ke 21. Fakulti Pendidikan, UKM, Yayasan Istana Abdul Aziz dan Projek Manara Gading. ISBN 983-2975-25-5. hlm113- 130. Muhammad Zulazizi Mohd Nawi. (2020). Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam: Satu Perbincangan. Journal of ICT in Education (JICTIE), 7(2), 14-26.Doi.10.6084/m9.figshare.12444275.v1 Norbaizura Nordin. (2019). Merekabentuk dan Pembangunan Pembelajaran Multimedia Fizik 1. International Journal of Heritage, Art and Multimedia, 2(5), 108-123. Doi 10.35631/ijham.25009 Noorazman Abd Samad, Nizamuddin Razali, Fatimah Jaafar, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad,Affero Ismail, Hairuddin Harun & Erfy Ismail. (2018). Penggunaan Instruksional Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)Terhadap Mata Pelajaran Teras. Online Journal for TVET Practitioners, 3(2), 1-11. Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Kesavan Nallaluthan & Mohd Ra’in Shaari. (2021). Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Online Journal for TVET Practitioners, 6(1),15-24. Nur Maizatul Mukhtar, Faizal Hashim, Nor Aimi Abd Wahab, Suhaiza Hasan, Noorezal Napiah & Marina Mokhtar. (2017). Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Fizik: Satu Sudut Pandangan. International Research Journal ofSocial Sciences. 3. 195. Rafiza Abdul Razak & Maryam Abdul Rahman. (2013). Pembinaan Media Pengajaran Berasaskan Multimedia di Kalangan Guru ICTL. Jurnal Kurikulum & Pengajaran AsiaPasifik, 1(2), 20-31. Salleh, Salmiza., Phang, Fatin Aliah., Abu, Mohd. Salleh. & Bilal Ali, Mohamad. (2012). Faktor Penyumbang Kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar Dalam Aliran Sains: Satu Analisis Sorotan Tesis. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, 7 - 9 October 2012, The Zon Regency, Johor Bahru, Johor. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/28550/1/19.pdf Sang Chan & Peter R. Denner. (2014). Effects of Learning Styles on Learners' Preferences between PowerPoint and White/Chalkboard Lectures. International Journal of Academic Research in Education and Review,2(9), 220-230. Sarah Alia Mohamed Faisal & Nor Hafizah Adnan. (2021). Tahap Kesediaan Dan PenerimaanGuru Dalam Mempraktikkan Penggunaan Teknologi Digital Ri 4.0 Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam Pendidikan Rendah. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE), 1(3), 66-80. Siti Hendon Sheikh Abdullah. (2013). Penyampaian Konsep Fizik dalam Mata Pelajaran SainsSekolah Rendah oleh Guru-Guru Pelatih Sains. Jurnal Kurikulum dan Asia Pasifik, 1(4), 21-27. Siti Zulaidah Salsidu, Hendri Pratama & Mohamed Nor Azhari Azman. (2018). Trend Pembelajaran Menggunakan Multimedia Interaktif Dalam Bidang Pendidikan Teknikal: Satu Sorotan Literatur. Sains Humanika, 10(3), 21-27. doi. https://doi.org/10.11113/sh.v10n3.600 Sun, Y., Strobel, J., & Newby, T. J. (2017). The Impact of Student Teaching Experience on Pre-Service Teachers’ Readiness for Technology Integration: A Mixed Methods Study with Growth Curve Modeling. Educational Technology Research and Development 65(3): 597-629. Syuhendri, Nely Andriani & Saparini. (2019). Pemahaman Konsep dan Miskonsepsi Mahasiswa Calon Guru pada Hukum Kepler. Jurnal Kependidikan, 3(1), 263-275. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/345347247_understanding_the_concept_and_misconception_of_student_teacher_in_kepler's_l aws Talirkodi Vinathan. (2016). Hubungan Motivasi Guru dengan Penggunaan ICT dalamPengajaran di SJK (T) Daerah Kuala Muda Yan. International Seminar on Generating Knowledge Through Research. Diperoleh daripada http://repo.uum.edu.my/id/eprint/23091/1/ICECRS,%201%20(2016)%201043- 1054.pdf
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |