UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul simulasi eksperimen bagi subtopik Muatan Haba Tentu bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Fizik UPSI. Modul ini dibangunkan berlandaskan model ADDIE yang terdiri daripada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.Kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan yang melibatkan pendekatan kuantitatif. Kajian ini melibatkan penggunaan borang soal selidik dengan skala empat likert untuk menilai kesahan pakar bagi kesahan muka dan kandungan modul oleh golongan pakar, kebolehpercayaan modul dan kebolehgunaan modul daripada pandangan guru pelatih Fizik UPSI. Pemilihan pakar adalah berdasarkan pengalaman bekerja manakala pemilihan responden kajian adalah berdasarkan teknik persampelan mudah. Oleh itu, seramai tiga orang pakar yang terdiri daripada seorang pensyarah kanan UPSI dan dua orang guru mata pelajaran Fizik dengan pengalaman bekerja melebihi lima tahun telah dipilih. Responden kajian rintis terdiri daripada 15 orang guru pelatih Fizik semester 5 manakala responden kajian sebenar terdiri daripada 73 orang guru pelatih Fizik semester 7. Nilai kesahan pakar dihitung menggunakan rumus peratusan persetujuan pakar. Bagi nilai kebolehpercayaan modul, ia diukur berdasarkan nilai Cronbach’s Alpha manakala nilai kebolehgunaan modul dinilai melalui hasil analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29. Hasil dapatan data menunjukkan modul ini memperoleh nilai peratusan persetujuan pakar yang tinggi bagi kesahan muka dan kesahan kandungan modul iaitu 96.43% dan 99.17%, nilai kebolehpercayaan modul sebanyak 0.689 dan nilai min keseluruhan bagi kebolehgunaan modul ialah 3.64. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya membangunkan satu modul simulasi eksperimen bagi subtopik Muatan Haba Tentu tingkatan empat yang mempunyai nilai kesahan dan kebolegunaan yang tinggi. Pembangunan modul simulasi ini dipercayai dapat membantu guru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik bagi subtopik Muatan Haba Tentu bersesuaian dengan penggunaan modul sebagai panduan penggunaan simulasi oleh guru dan pelajar. |
References |
Abd Hakim Abdul Majid, Mokhairi Makhtar, & Syadiah Nor Wan Shamsuddin. (2018). Keperluan Pembelajaran Berasaskan Realiti Maya Dalam Konstruk Pemasangan Komponen Komputer Mata Pelajaran Tmk Spm Pendidikan Di Malaysia: Satu Kajian Rintis. Asian People Journal (APJ), 1(1), 28-44.Retrieved from www.uniszajournals.com/apj Abd Razak, A. Z., Surat, S., Abd Rahman, S., & Abd Majid, R. (2019). Keterujaan Luar Biasa dan Implikasinya Terhadap Pelajar Pintar dan Berbakat di Malaysia: Overexcitabilities and Its Implications to Gifted and Talented Students in Malaysia. ‘Abqari Journal, 20(2), 115-130. Abdullah, N. S. Y., & Yaacob, M. I. H. (2021). ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN AMALI BERASASKAN RASPBERRY PI TOPIK ELEKTRIK PROGRAM MATRIKULASI. Practitioner Research, 3, 213-231. Adam, N. A., & Halim, L. (2019). Cabaran pengintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum Malaysia. Seuntai Kata, 252. Ahmad, R. S., Sulaiman, Z., Hussain, N. H. N., & Noor, N. M. (2020). Pembangunan dan Reka Bentuk BRESWORK_Apps: Modul Aplikasi Mudah Alih Penyusuan Susu Ibu untuk Wanita Bekerja: Development and Design of BRESWORK_Apps: Breastfeeding Module for Mobile Apps for Working Women. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 19(1), 40-50. Ali, N., Abdullah, M. H., & Ab Rahman, A. (2020). Penilaian keberkesanan modul pembelajaran kendiri strategi pemahaman membaca teks bahasa arab (MPK SPMBA) untuk pelajar pengajian islam di institusi pengajian tinggi. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 21(1), 20-37. Amin, B. D., Nurhayati, N., Azis, A., & Swandi, A. (2019). Identifikasi Potensi Penggunaan Bahan Ajar Fisika Berbasis Simulasi Komputer yang Interaktif dengan Model Inkuiri Terbimbing pada Konsep Abstrak: Studi Literatur and Survey. Asriyadin, Puspitasari, I., & Susilawati, E. (2018). Pengaruh Penggunaan Software Phet Sebagai Media Pembelajaran terhadap Hasil Belajar Fisika Ditinjau dari Kemampuan Awal Siswa Kelas X IPA SMA Negeri 1 Palibelo Tahun Ajaran 2017/2018. Jurnal Pendidikan MIPA, 8(1), 29-38 Babbie, E. 1992. The practice of social research. California: Wadsworth. Budyastuti, Y., & Fauziati, E. (2021). Penerapan Teori Konstruktivisme pada Pembelajaran Daring Interaktif. Jurnal Papeda: Jurnal Publikasi Pendidikan Dasar, 3(2), 112-119. Bungkuran, A., Taunaumang, H., & Komansilan, A. (2021). PENGEMBANGAN BAHAN AJAR BERBANTUAN AMRITA OLABS PADA MATERI GELOMBANG BUNYI. Charm Sains: Jurnal Pendidikan Fisika, 2(3), 149-155. Chernikova, O., Heitzmann, N., Stadler, M., Holzberger, D., Seidel, T., & Fischer, F. (2020). Simulation-based learning in higher education: A meta-analysis. Review of Educational Research, 90(4), 499-541. Dollah, A. N., & Tahar, M. M. (2022). Penglibatan Ibu Bapa Dalam PdPR Di Rumah Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 305-317. Dollah, A. N., & Tahar, M. M. (2022). Penglibatan Ibu Bapa Dalam PdPR Di Rumah Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 305-317. Falcunaya, C. M., Rosales, M. J., & Vera, A. K. C. Appraisal of STEM Students’ Misconceptions of Heat and Temperature. Fauzi, A. F., & Abdullah, M. F. N. L. Pembinaan Kit Poligon sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam topik Poligon Asas Tingkatan Satu. Hanif, N. A., Mustafa, M. C., & Yusof, H. (2020). Kebolehgunaan model pengurusan bilik darjah prasekolah berasaskan empat dimensi pengurusan bilik darjah [The usability of preschool classroom management model based on four dimensions of classroom management]. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 90-98. Ismail, S., Saad, R., Radzi, N. A. A., Idris, N. A., & Aziz, N. E. M. (2021). Tahap penggunaan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) pensyarah Kolej Universiti Islam Melaka. Jurnal'Ulwan, 6(2), 173-194. Kamalasari, A. F., Sukestiyarnob, Y. L., & Cahyono, A. N. (2019). Modul Daring Berbasis Creative Problem Solving untuk Meningkatkan Kemampuan Berpikir Kreatif. In Prosiding Seminar Nasional Pascasarjana (PROSNAMPAS) (Vol. 2, No. 1, pp. 60-63). Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |