UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis peta i-Think yang digunakan dalam meningkatkan penulisan karangan Bahasa Melayu. Kajian ini juga bertujuan untuk menghuraikan kelebihan penggunaan peta i-Think dalam meningkatkan penulisan karangan Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan seramai 31 orang murid tingkatan 2 dari sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif, iaitu menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan soal selidik bagi mendapatkan data serta menjawab persoalan kajian. Instrumen yang digunakan terdiri daripada borang soal selidik yang diedarkan melalui google form. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 7 jenis peta i-Think yang digunakan dalam meningkatkan penulisan karangan Bahasa Melayu. Namun, hanya 2 jenis peta i-Think yang kerap digunakan, iaitu terdiri daripada peta buih dan peta bulatan. Penggunaan peta i-Think ini memberikan kelebihan dalam meningkatkan penulisan karangan Bahasa Melayu, iaitu peningkatan kefahaman penulisan karangan, menulis isi karangan dengan lebih teliti, lebih fokus dan mudah mengingat serta lebih kreatif dan kritis. |
References |
Abdul Rasid Jamian, Martini Misdon & Azhar Md. Sabil. (2017). Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1) 51-59. Ahmad Fikri Ab. Rahman & Zamri Mahamod. (2019). Teknik Lakaran Bersama Peta Alir I-Think Meningkatkan Kemahiran Menjana Idea Murid Etnik Lun Bawang Dalam Karangan Autobiografi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM, 9(1) 12-22. Anthony Aloysius Akup & Yahya Othman. (2017). Keberkesanan Peta Pemikiran dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1) 44-55. Chew Fong Peng & Siti Syahirah Yusof. (2021). Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar Terhadap Peta Pemikiran i-Think dalam Pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2) 15-25. Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.Bhd. Farah Adlina Mokter. (2019). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Pencapaian dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9 (1) 33-46. Helmiati & M.Ag. (2012). Model Pembelajaran. Sleman Yogyakarta: Aswaja Pressindo. Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman & Khairul Anuar Bahrin. 2019. Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Guru-Guru Sekolah Rendah. Jurnal IPDA Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah, (26) 13-24. Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2017). Isu dan Permasalahan (PDP) Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Amalan Pengajaran Guru Menurut Pandangan Ibn Khaldun. Journal of Human Capital Development, 10 (1) 1-18. Mohd Zikri Ihsan Mohamad Zabhi, Shamsudin Othman, Abdul Rasid Jamian & Azhar Md. Sabil. (2019). Penggunaan Peta Pemikiran dalam Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9 (2) 14-26. Muhamad Shalleh Abdul Majid. (2017). Keberkesanan Penggunaan Peta Pelbagai Alir (IThink) dalam Pengajaran Karangan Bahasa Melayu Tingkatan 4 di SMK Rantau Petronas. Muhamad Yusof Muhamad Fauzi .(2018). Keberkesanan Penggunaan Peta Minda dalam Meningkatkan Kemahiran Penulisan Karangan Bahasa Melayu Tingkatan 2. (Tesis Ijazah Sarjana Muda): Universiti Pendidikan Sultan Idris. Noornabilah Isah & Tan Tong Hock. (2019). Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Amalan Pedagogi Matematik Dalam Kalangan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, 49-61. Norul Haida Redzuan. (2014). ‘Modul Bijak Mengarang’ Mempertingkatkan Kemahiran Menulis Karangan. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 54-62. Norul Haida Reduzan, Abdullah Yusof, Mohd Ra’in Shaari & Raja Mohd Hafezal R Husin. (2019). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Karangan. Jurnal Dunia Pendidikan, 1 (1) 27-34. Norafidah Noralidin. (2017). Pembinaan Model Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Berdasarkan Teori Konstruktivisme. (Tesis Ijazah Doktor Falsafah): Universiti Pendidikan Sultan Idris. Norfaizah Abdul Jobar, Anida Sarudin & Idris Mh Radzi. (2015). Pola Tematik dan Implikasinya dalam Pengajaran Penulisan Karangan. Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 5, 73-90. Nur Shakirah Azizan & Muhammad Saiful Haq Hussin. (2017). Penguasaan Asas Membaca Bahasa Melayu Melalui Program Linus di Utara Semenanjung Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu, 28, 135-163. Rafat Rezapour. 2019. Mind Map Learning Technique: An Educational Interactive Approach. International Journl of Pharmaceutical Research, 11, 2-5. Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra’in Shaari. (2006). Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Tan Theam Seng. (2002). Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Kelas Peralihan Kelemahan dan Cara Mengatasi. (Tesis Ijazah Sarjana): Universiti Pendidikan Sultan Idris. Wardyawaty Rajikal & Mohd Isa Hamzah. (2020). Kajian Sistematik Pengajara Abad ke- 21 (PAK21) dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI). Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 4(2) 103-113. Zarina Abu Bakar & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2021. Keberkesanan Penggunaan Kaedah Peta i-Think dalam kalangan Guru Senior Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan di Daerah Seremban. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2) 32-43.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |