UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap pengaplikasian BBM berasaskan TMK; mengenal pasti tahap penggunaan BBM berasaskan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu; mengenal pasti persepsi guru terhadap kepentingan pengaplikasian BBM berasaskan TMK dalam pembelajaran Bahasa Melayu; dan menganalisis hubungan antara tahap pengetahuan, tahap penggunaan dan persepsi guru terhadap kepentingan mengaplikasikan BBM berasaskan TMK. Pelaksanaan kajian ini berpandukan Teori Kecerdasan Pelbagai dan Model Pembelajaran Kolb yang dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif berbentuk tinjauan. Borang soal selidik merupakan instrumen untuk mengumpulkan data. Seramai 70 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di negeri Pahang, Malaysia terlibat sebagai sampel kajian. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif untuk mencatatkan kekerapan, peratusan dan nilai skor min yang menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 29.0 (SPSS). Analisis dapatan kajian telah menunjukkan ketiga-tiga konstruk berada pada tahap tinggi iaitu tahap pengetahuan (skor min 4.05), tahap penggunaan (skor min 3.92) dan persepsi guru terhadap kepentingan pengaplikasian BBM berasaskan TMK (skor min 4.28). Selain itu, dapat dilihat terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan, tahap penggunaan dan persepsi guru Bahasa Melayu terhadap pengaplikasian BBM berasaskan TMK. Secara keseluruhannya, pelaksanaan kajian ini dapat memberi implikasi kepada guru Bahasa Melayu, murid dan pihak sekolah bagi meningkatkan kualiti pengajaran serta penguasaan yang lebih berkesan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. |
References |
Abdul Rashid Jamian & Hasmah Ismail. (2016). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2), 49-63. Diperoleh daripada http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/ article/view/66 Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin. (2010). Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor,1-8. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/10879 Alizah Lambri dan Zambri Mahamood. (2019). Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa Melayu menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(33),78-94. Diperoleh daripada http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2019-33-12-07.pdf Charles Muling Libau & Ying-Leh Ling. (2020). Peranan bahan bantu mengajar dan persekitaran maklum balas dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. In National Research Innovation Conference (NRICon 2020), Punjab, Pakistan. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/344781071_Peranan_bahan_bantu_mengajar_dan_persekitaran_maklum_balas_dalam_meningkatkan_kualiti_pembelajaran_pelajar Fadilla Anak Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap Pengetahuan, kesediaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 37-44.Diperoleh daripada http://journalarticle.ukm.my/17676/1/30899-101958-1- PB.pdf Faridah Mahadi, Mohd Razimi Husin & Nurulhuda Md Hassan. (2022). Gaya Pembelajaran: Visual, Auditori atau Kinestetik. Journal of Humanities and Social Sciences, 4(1), 29-36. Diperoleh daripada https://lamintang.org/journal/index.php/jhass/article/view/341 Hanifah Mahat, Nurul Adila Anuar, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan & Yazid Saleh. (2021). Pelaksanaan Pentaksiran Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) Berasaskan Teknologi Di Sekolah. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 1-24. Diperoleh daripada https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/1 Intan Marfarrina Omar, Simah Mamat, Suriati Sulaiman 7Nor Asiah Ismail. (2021). Tahap pengetahuan teknologi, kemahiran dan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan Komsas guru Bahasa Melayu di Kelantan. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(1), 47-60. Diperoleh daripada https://jupidi.um.edu.my/article/view /28475 Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang Pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74. Diperoleh daripada https://www.academia.edu/download /64946579/25.pdf M.Kaviza. (2019). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan amalan kemahiran pemikiran sejarah: satu kajian tinjauan korelasi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(3), 93-106. Diperoleh daripada https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/215 Mohammad Amir Wan Harun, Aminuddin Ruskam, Ahmad Syukran Baharuddin, Rashidah Othman & Mohd Ariff Abdul Sarip. (2015). Epistemologi praktik bahan bantu mengajar nabawi dalam pengajaran dan pembelajaran (The epistemology of the practices of the prophetic teaching aids). UMRANInternational Journal of Islamic and Civilizational Studies, 2(2). Diperoleh daripada https://www.academia.edu/download/52397479/6-250-1-PB.pdf Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan & Mohd Isa Hamzah. (2017). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru pendidikan Islam sekolah menengah di Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran pendidikan Islam. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J). eISSN2600-769X, 1(1), 1-13. Diperoleh daripada http://spaj.ukm.my/acerj/index.php/ acer-j/article/view/3 Mardhiah Yahaya, Rohana Zakaria, Mohd Shaiful & Muhammad Zaid. (2021). Persepsi guru dan murid di MITS Selangor terhadap penggunaan teknologi maklumat (ICT) dalam pengajaran tahfiz: The perception of MITS Selangor teachers and students towards the use of information technology (ICT) in teaching. al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 6(1), 574-582. Diperoleh daripada http://al-irsyad.kuis.edu.my/index.php/alirsyad/article/view/139 Mazni Muhammad, Roslee Talip & Muhammad Suhaimi Taat. (2019). Pengaruh Kualiti Pengajaran Dan Pembelajaran Terhadap Kepuasan Belajar Pelajar KolejKolej Swasta Di Sabah. Jurnal Ilmi, 9(1), 102-119. Diperoleh daripada http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JILMI/article/view/621 Mohd Faeez Ilias, Murihah Abdullah, Kalthom Husain, Kamarul Azmi Jasmi, Abdul Hafiz Abdullah & Arieff Salleh Rosman. (2016). Jenis-Jenis Sumber Pengetahuan Guru Pendidikan Islam dalam Penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Sekolah Bestari. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 3 (2), 41-54. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/306285799_JENIS-JENIS_ SUMBERPENGETAHUAN_GURU_PENDIDIKAN_ISLAM_DALAM_PENGGUNAAN_BAHAN_BANTU_MENGAJAR_DI_SEKOLAH_BESTARI Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah, Mohd Shairawi Mohd Noor, Muhammad Yusuf Marlon Abdullah & Norasiah Mohammad. (2020). Kesedaran Terhadap Pengaruh Rakan dalam Sebaran Kefahaman Syiah: Kajian Kes dalam Kalangan Pelatih-Pelatih Institut Pendidikan Guru di Selangor. Jurnal Pengajian Islam, 13(2), 178-192. Diperoleh daripada http://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/54 Mohammad Azri Amatan, Crispina Gregory K Han, & Vincent Pang. (2021). Pembinaan dan Pengesahan Soal Selidik Faktor Input Pelaksanaan Elemen Pendidikan STEM Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 409-422. Diperoleh daripada https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/13840 Norhayati Che Hata, Shaferul Hafes Sha'aria & Mohd Fauzi Abdul Hamida. (2013). Persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab. Jurnal Teknologi, 63(1). Diperoleh daripada https://journals.utm.my/jurnalteknologi /article/view/1683 Norfaizah Md Kamary & Mahizer Hamzah. (2019). Kesediaan guru matematik Daerah Kuala Langat dalam melaksanakan pembelajaran abad ke 21. In Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN): hlm (pp. 110-130). Diperoleh daripada http://conference .kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2019/05/ISPEN19_13.pdf Norfarizah Mohd Bakhir & Mohd Zazril Ikhmal Zamri. (2016). Penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan papan pelbagai sentuh untuk pembelajaran sains tahun tiga. Conference Proceeding: 2nd INTERNATIONAL CONFERENCE ON CREATIVE MEDIA, DESIGN & TECHNOLOGY (REKA2016) Diperoleh daripada http://eprints.usm.my/39549 Noraini Mohamed Noh, Hani Merylina Ahmad Mustafa, Mahizer Hamzah, MohdArif Ismail & Norazilawati Abdullah. (2013). Penggunaan inovasi teknologi dalam pengajaran: cabaran guru dalam e-pembelajaran. In Proceedings Of The 7th International Malaysian Educational Technology Convention (Imetc 201 3). Diperoleh daripada https://www.academia.edu/download/32508763/M3_-_IMETC2013_-_UPSI_-_Noraini_-_Inovasi.pdf Noorazman Abd Samad, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Hairuddin Harun, Mohd Hasril Amiruddin, Suhaizal Hashim & Faizah Ja’apar. (2018). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian. Online Journal for TVET Practitioners. Diperoleh daripada https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4808 Nur Aisyah Mohamad Noor, Zamri Mahamod, Afendi Hamat & Mohamed Amin Embi. (2016). Noor, N. A. M., Mahamod, Z., Hamat, A., & Embi, M. A. (2016). Persepsi pelajar terhadap aplikasi perisian multimedia dalam pembelajaran Komsas Bahasa Melayu tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 1-16. Diperoleh daripada http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/33 Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Mohd Ra’in Shaari & Kesavan Nallaluthan. (2021). Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21: Students' Perceptions of Interactive Multimedia Applications in the 21st Century Teaching and Learning Process. Online journal for tvet practitioners, 6(1), 15-24. Diperoleh daripada http://penerbit.thm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/6569 Nur Hana Kamarudin, Khairul Farhah Khairuddin & Ahmad Zamri Mansor. (2022). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Pendidikan Khas dalam Meningkatkan Kemahiran Matematik Operasi Darab. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), 175-183. Diperoleh daripada https://msocialsciences. com/index.php/mjssh/article/view/1249 Nur Hazirah Hairi’an & Masayu Dzainuddin. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9, 18-28. Diperoleh daripada http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK /article/view/4534 Nuraimi Kamis & Fariza Khalid. (2017). Kekangan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017). Diperoleh daripada https://www.academia.edu/download/519529 95/Aimi.pdf Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Salinah Ja’afar. (2017). Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas: Pembinaan Bahan Bantu Mengajar: Language Learning Among Remedial Education Children: The Development Of Teaching Aids. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 28(1), 164-193. Diperoleh daripada http://ojie.um.edu.my/index.php/JPM/article/download/9624/6787 Noorazman Abd Samad, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Hairuddin Harun, Mohd Hasril Amiruddin, Suhaizal Hashim, Faizah binti Ja’apar. (2018). Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian. Online Journal for TVET Practitioners. Diperoleh daripada https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4808 Ong Sze Chong, Zamri Mahamod & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2017). Meneroka Kaedah Pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Sarawak: Satu Kajian Kes (Exploring Teaching Methods of Sarawak Malay Language Excellent Teacher: A Case Study). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 93-108. Diperoleh daripada http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/138 Ruhaidi Amin, Nasihah Ashar Ahamed, Zalina Mohd Ali & Nur Riza Mohd Suradi. (2020). Kebolehpercayaan Dan Kesahan Instrumen Inovasi Organisasi: Suatu Pendekatan Model Rasch. Journal of Quality Measurement and Analysis JQMA, 16(2), 253-269. Diperoleh daripada http://journalarticle.ukm.my/16075/1/jqma-16-2-paper11.pdf Sharifah Fatimah Wan Jamel. (2013). Penggunaan multimedia dalam pengajaran bahasa Arab: satu kajian kes/Sharifah Fatimah binti Wan Jamel (Doctoral dissertation, University of Malaya). Diperoleh daripada http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5743 Siti Aminah Sallehin dan Fazlinda Ab Halim. (2018). Penggunaan alat bahan bantu mengajar berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Zon Benut. Online Journal for TVET Practitioners. Diperoleh daripada https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4814 Siti Roshila Roslan & Noraini Omar. (2020). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Terhadap. In 7th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION 2020 (ICIEd 2020) (p. 115). Diperoleh daripada https://www.academia.edu/download/66840594/eProceeding_of_ICIEd_2020.pdf#page=129 Siti Salwa Ab. Manap. (2014). Pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen kemahiran hidup bersepadu sekolah rendah di Batu Pahat (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Diperoleh daripada http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1688 Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran jQAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 53-64. Diperoleh daripada http://10dt107.pbworks.com/w/file/fetch/52729467/Bahan%20Bantu%20Mengajar.pdf Siti Roshila Roslan & Noraini Omar. (2020). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Terhadap. In 7th International Conference On Islamic Education 2020 (ICIEd2020) (p. 115). Diperoleh daripada https://www.academia.edu/download /66840594/eProceeding_of_ICIEd_2020.pdf#page=129 Zafirah Zaidun & Harun Baharudin. (2020). Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru Menggunakan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran AlQuran Di Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat. In Conference Of Future Education And Advances (ICOFEA) 2020 (P. 285). Zurainu Mat Jasin & Abdull Sukor Shaari. (2016). Keberkesanan Model Konstrukktivisme Lima Fasa Needham dalam Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 79-92. Diperoleh daripada http://spaj.ukm.my/jpbm/index. php/jpbm/article/view/38
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |