UPSI Digital Repository (UDRep)

Konsep pencahayaan dalam a Theatrical Audiovisual Earthshine

AVAILABLE Final Year Project 1205 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Konsep pencahayaan dalam a Theatrical Audiovisual Earthshine
Type
Final Year Project
Main Author
Nazlieya Tohiman
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2023
Degree Type
First Degree
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep pencahayaan yang digunakan dalam persembahan A Theatrical Audiovisual Earthshine yang dipentaskan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) arahan Hoo Lee Ching bersama Tess Pang. Kajian ini akan menganalisis beberapa elemen yang digunakan dalam pementasan Earthshine, melihat nilai-nilai estetika yang digunapakai dalam pementasan Earthshine sama ada memberi impak kepada penonton, dan menganalisis konsep pencahayaan dengan konsep pengarahan dalam pementasan Earthshine selari. Pencahayaan dalam sesebuah persembahan amat penting dan tidak semua sedar akan perkara itu. Dalam penyelidikan ini, pengkaji membincangkan metodolgi kajian yang akan menerangkan tentang kaedah kajian, reka bentuk kajian, prosedur pengumpulan data dan sebagainya. Hasil dapatan kajian yang diperolehi perlulah menjawab setiap objektif dan persoalan kajian. Objektif kajian ini adalah untuk aspek pencahayaan yang mempengaruhi persembahan Earthshine, menjustifikasikan nilai-nilai estetika yang digunapakai dalam persembahan Earthshine memberi impak kepada penonton berbanding persembahan konvensional dan menganalisis konsep pencahayaan selari dengan konsep pengarahan dalam pementasan Earthshine selari hingga memberi impak kepada penonton. Dalam kajian ini, pengkaji akan menjawab persoalan kajian berkaitan sejauh manakah pencahayaan dalam persembahan Earthshine mempengaruhi persembahan, perbezaan pencahayaan dalam persembahan konvensional dengan audio visual dan impak yang dihasilkan dengan bantuan pencahayaan. Kesimpulannya, persembahan A Theatrical Audiovisual Earthshine ini menunjukkan bagaimana konsep pencahayaan itu dibina oleh penata cahaya tanpa menggunakan teks atau skrip. Segala maklumat dan data yang dikumpul adalah selari dengan setiap objektif yang dinyatakan dalam kajian.

References

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Diperoleh daripada prpm.dbp.gov.my website:

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=transkripsi

 

Gillette, J. Michael. (1989). Designing With Light: An Introduction to Stage Lighting.

Mountain View, California: Mayfield Publishing Company.

 

Linda Essig. (2005). Lighting and The Design Idea. Belmont, USA: Thomson

Wadsworth.

 

Kris Budiman. (1999). Kosa Semiotika. Yogyakarta: LKis.

 

Kris Budiman. (2004). Semiotika Visual. Yogyakarta: Penerbit Buku Baik, Yayasan

Seni Cemeti.

 

Hisham, M. F., & Md Dawam, Z. A. (2019). Analisis Konstruksi Makna Menerusi

Pencahayaan dan Gerak Kerja Kamera Filem Lelaki Harapan Dunia (2014).

Jurnal Gendang Alam (GA). Diperoleh daripada

https://doi.org/10.51200/ga.vi.2187

 

Schickard, Michael Sperber Wilhelm. (2001). Developing a Stage Lighting System

from Scratch. Retrieved May 15, 2022, from

https://www.deinprogramm.de/sperber/papers/developing-stage-lightingsystem.

pdf

 

Sumbo Tinarbuko. (2004). Semiotika Analisis Tanda Pada Karya Desain Komunikasi

Visual. Dipetik pada 14 Januari 2023, daripada

https://ojs.petra.ac.id/ojsnew/index.php/dkv/article/view/16093

 

Mark, Christina, James. (2017). Lighting Design Basic. Canada: Wiley.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.