UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Nor Hashimah Abu Bakar
Title :Pembinaan model berstruktur pencapaian Matematik berasaskan transisi dengan penerapan orientasi pembelajaran Matematik (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membina model berstruktur pencapaian matematik berasaskan transisi dengan penerapan orientasi pembelajaran matematik. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Data diperolehi daripada subjek kajian melalui instrumen penilaian transisi dan orientasi pembelajaran matematik. Subjek kajian terdiri daripada 95 orang pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) major Pendidikan Matematik dari enam buah Institut Pendidikan Guru Malaysia yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak ringkas. Analisis statistik melibatkan statistik deskriptif dan model persamaan berstruktur melalui kaedah kuasa dua terkecil separa digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan berstruktur yang signifikan antara pencapaian SPM dengan pencapaian matematik dan juga orientasi pembelajaran matematik dengan pencapaian matematik. Orientasi pembelajaran matematik juga bertindak sebagai pemboleh ubah perantara antara penyesuaian dengan pencapaian matematik. Selain daripada itu, model berstruktur juga menunjukkan bahawa pencapaian matematik pelajar dipengaruhi oleh faktor penyesuaian, orientasi pembelajaran matematik dan pencapaian SPM. Kesimpulannya, kajian berjaya membangun dan menguji kebagusan padanan model berstruktur pencapaian matematik berasaskan transisi dengan penerapan orientasi pembelajaran matematik. Kajian yang dilakukan memberi implikasi bahawa selain daripada teori pembelajaran, teori transisi memberikan perspektif yang berbeza kepada proses pembelajaran. Teori transisi yang meliputi aspek penyesuaian dan teori pembelajaran yang meliputi aspek bukan kognitif seperti orientasi pembelajaran merupakan pemboleh ubah indikator yang mempengaruhi pencapaian matematik pelajar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)