Pembangunan ujian diagnostik kemahiran menulis mekanis bahasa Melayu
Type
Thesis
Main Author
Yuznaili Saleh
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan membangun ujian diagnostik kemahiran menulis mekanis Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Pendekatan kualitatif digunakan bagi membangun ujian dan pendekatan kuantitatif digunakan bagi mengenal pasti kebolehpercayaan dan kesahan ujian. Kajian ini dilaksanakan sebanyak empat fasa berdasarkan lima langkah yang terdapat dalam model penilaian diagnostik kognitif Nichols. Lima langkah tersebut ialah substantif konstruk teori, pemilihan reka bentuk, pentadbiran ujian, skor respons dan semakan reka bentuk ujian. Konstruk ujian dibina berasaskan empat motor pembelajaran yang terdapat dalam teori motor pembelajaran Levine iaitu motor perancangan, motor logik, motor memori dan motor tindakan. Sampel terdiri daripada 162 orang murid LINUS yang dipilih berdasarkan keputusan ujian saringan kemahiran menulis mekanis. Kajian ini mendapati ujian diagnostik telah dibina menerusi lima langkah Model Penilaian Diagnostik Nichols. Ujian yang dibina mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang baik. Ujian tersebut juga dapat mengenal pasti bahagian dan punca kelemahan murid dalam menguasai kemahiran menulis mekanis. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan ujian diagnostik kemahiran menulis mekanis Bahasa Melayu berjaya dibina untuk mengatasi masalah penulisan mekanis yang di hadapi oleh murid-murid di sekolah rendah. Implikasinya ujian yang dibangunkan dapat digunakan pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.