UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap aktiviti belajar melalui bermain bagi kanak-kanak prasekolah serta penglibatan mereka dalam aktiviti ini. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif menggunakan sebanyak 45 sampel dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak prasekolah di daerah Batu Pahat. Borang soal selidik diadaptasi dari skala The Parent Play Beliefs Scale (PPBS), Manual and Scoring Guide (2006) oleh Livy M. Fogle dan Julia L. Mendez. Borang soal selidik yang telah diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian kajian, diedarkan kepada ibu bapa. Terdapat 2 bahagian di dalam borang ini yang merangkumi soalan berkaitan persepsi dan penglibatan ibu bapa terhadap aktiviti belajar melalui bermain bagi kanak-kanak prsekolah. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan min kedua-dua objektif. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan persepsi ibu bapa berada pada tahap tinggi iaitu ibu bapa mempercayai belajar melalui bermain adalah sangat baik untuk perkembangan anak-anak mereka dari pelbagai aspek. Penglibatan ibu bapa dalam perkara ini juga menunjukkan mereka cenderung untuk terlibat sama dalam aktiviti belajar melalui bermain bagi anak-anak. Selain dapat membina hubungan yang erat, pencapaian akademik anak-anak juga dapat ditingkatkan. Kajian ini diharapkan dapat membantu guru atau pemilik taska dan tadika memberi idea kepada ibu bapa melakukan aktiviti belajar melalui bermain ketika di rumah agar dapat melihat perkembangan anak-anak. |
References |
Fauziah, H. J., Fairuz, H., Noraini, I., & Nazariah, A. S. (2014). Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak di pusat anak permata negara. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 3, 36 - 61. http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/778 Fogle, L. M., & Mendez, J. L. (2006). The Parent Play Beliefs Scale (PPBS): Manual and scoring guide. Jaslinah Makantal. (2014). Perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak melalui bermain: Satu kajian kes di sebuah prasekolah. (Ijazah Sarjana Pendidikan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Jensen, D. M. (2010). Parental perspectives of play with preschool children. (Departmental Honors). Utah State University, Logan. Mohammad Albatatatineih. (2018). Perception of parents towards children’s play: A comparative study of perspectives of Jordanians and Syrian refugees: British Journal of Humanities and Social Sciences, 19(2). Muhammad Shakandar Ali, Kamrul Qader Chowdhury, & AKM Obaydullah. (2019). Parents’ perception towards play based learning of 3-5 years old children. 1(12). Ngu L. S. (2017). Pengaruh gaya keibubapaan. Penglibatan ibu bapa dan kecerdasan emosi terhadap pencapaian akademik di Limbang, Sarawak (Tesis PhD). Universiti Utara Malaysia. Paezah, A. H., & Faridah, Y. (2017). Kepentingan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan. 1-9 Putri Afzan Maria Zulkifli. (2019). Ada apa dengan bermain. EYTC Group & Resources Sdn. Bhd. Turk, K. (2015). Parents’ beliefs and attitudes about a play curriculum. (Tesis Doktor Falsafah). Kent State University College and Graduate School, Ohio. Warash, B. G., Root, A. E., & Doris, M. D. (2016). Parents’ perceptions of play: A comparative study of spousal perspectives. Journal of Early Child Development and Care, 187, 958-966. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |