UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian tinjauan ini dijalankan di sekolah menengah di daerah Hilir Perak. Responden adalah guru
dari dua puluh buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Hilir Perak bagi memudahkan pengumpulan
data. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dalam kajian ini. Data dianalisis
menggunkan perisian SPSS 12.0. Objektif kajian yang pertama adalah mengenal pasti persepsi guru
terhadap pendidikan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan guru mempunyai persepsi yang baik
terhadap pendidikan alam sekitar dengan min keseluruhan 3.3. Objektif kajian yang kedua ialah
mengenal pasti tahap pengetahuan pendidikan alam sekitar di kalangan guru. Dapatan kajian
menunjukkan 62% guru mempunyai tahap pengetahuan yang baik dalam pendidikan alam sekitar. Objektif
kajian yang ketiga ialah mengenal pasti kekangan-kekangan dalam melaksanakan pendidikan alam
sekitar. Hasil dapatan menunjukkan tiada kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan
pendidikan alam sekitar di sekolah menengah. Keputusan kajian (r = 0.028, p>0.05) menunjukkan tiada
korelasi antara pemboleh ubah persepsi dengan tahap pengetahuan guru terhadap pendidikan alam
sekitar. Keputusan kajian (r = 0.029, p>0.05) menunjukkan tiada korelasi antara pemboleh ubah
antara persepsi guru terhadap pendidikan alam sekitar dengan kekangan guru dalam
melaksanakan pendidikan alam sekitar. Keputusan kajian (r = 0.142, p>0.05) menunjukkan
tiada korelasi antara pemboleh ubah antara tahap pengetahuan guru terhadap pendidikan alam sekitar
dengan kekangan guru dalam melaksanakan pendidikan
alam sekitar
|
References |
Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Abdul Rahman Che Hamad (2003). Persepsi Bakal Guru Terhadap Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Matematik Dalam Bahasa Inggeris: Kajian Kes Di Institut Bahasa Melayu, Malaysia. Disertasi Sarjana Pengurusan Yang Tidak Diterbitkan. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Ahmad Mahdzan Ayob (2005). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ary, D., Jacos, L. C & Razavieh, A. (2002). Introduction To Research in Education (Sixth Edition). United State Of America: Wadsworth Group.
Babbie, E. (1998). The Practice Of Social Research (Eighth Edition). America: Wadsworth Publishing Company.
Barraza, L. (2001). Environmental Education In Mexican Schools: The Primary Level. The Journal Of Environmental Education, 32(3), 31-36.
Batabyal, A. A., Kahn, J. R & O’Neill, R. V. (2003). On The Scarcity Value Of Ecosystem Services. Journal of Environmental Economics and Management, 46, 334-352.
Bloom, B. S. (1989). Taksonomi Objektif Pendidikan: Buku Pedoman 1 Domain Kognitif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Campbell, T., Medina-Jerez, W., Ibrahim Erdogan, Danhui Zhang (2009). Exploring Science Teachers’ Attitudes And Knowledge About Environmental Education In Three International Teaching Communities. International Journal Of Environmental and Science Education. 5(1), 23- 29.
Che Kalbi Mohd Ali (1999). Pengetahuan Isu-Isu Alam Sekitar Di Kalangan Guru Pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia Semester 5 Maktab Perguruan Kota Bharu. Disertasi Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Chua Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan: Kaedah Dan Statistik Penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill.
Desjean-Perrota, B., Mosseley, C. & Cantu, L. E. (2008). Preservice Teacher’s Perceptions Of The Environment: Does Ethnicity Or Dominant Residential Experience Matter?. The Journal Of Environmental Education, 39(2), 21- 1.
Fatimah Tarmudi (1999). Kajian Tentang Tahap Pengetahuan Alam Sekitar Dan Persepsi Terhadap Pendidikan Alam Sekitar Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Aliran Sains Dan Sastera. Kertas Projek Ijazah Yang Tidak Diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Field, A. (2009). Discovering Statistics Using SPSS (Third Edition). India: SAGE Publication.
Fishburn, C. E. (1962). Teacher Role Perception In The Secondary School. The Journal Of Teacher Education, XII(1), 55-59.
Goh San San, Rahimah Ahmad & Wong Teck Kim (2005). Persepsi guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di daerah Johor Bahru 2005. Seminar Pendidikan 2005. Diperolehi daripada http://web.fp.utm.my/seminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh /Kertas %2011.pdf pada 20 September 2010.
Hurlimann, A. C. (2009). Responding To Environmental Challenges: An Initial Assessment Of Higher Education Curricula Needs By Australian Planning Professionals. Environmental Education Research, 15(6), 643-659.
Jabatan Alam Sekitar Malaysia (1997). Program Tindakan Alam Sekitar (AGENDA 21). Kuala Lumpur: Syarikat Usaha Maju.
Jabatan Penerangan Malaysia (2001). Rancangan Jangka Panjang Ketiga, Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan. Kuala Lumpur: Mutucetak Sdn. Bhd.
Jekayinfa, A. A & Yusuf, A. (2010). An Investigation Into Student Teachers Views On The Introduction Of Environmental Education Into The Nigerian Social Studies Curriculum. Diperolehi daripada http:// www. Musero.org/publication.pdf pada 20 September 2010.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum.Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Rancangan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan Misi, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Penerangan (2011). Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2011-2015). Diperolehi daripada http://www.epu.gov.my pada 20 Jan 2012.
Khalid Johari (2003). Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep Dan Prosedur. Selangor: Pearson Prentice Hall.
Elshof, L. (2005). Teacher’s Interpretation Of Sustainable Development. International Journal Of Teachnology And Design Education, 15, 173-186.
Lucas, A. M. (1980). The Role Of Science Education In Education For The Environment. The Journal Of Environmental Education, 12(2), 33-37.
Maimunah Hj Md Daud (1990). Kesan Peperiksaan Sekolah Terhadap Proses Pembelajaran Murid-Murid Sekolah Menengah. Disertasi Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
McKeown-Ice R. & Dendinger R. (2000). Socio-Political-Cultural Foundations Of Environmental Education. The Journal Of Environmental Education, 31(4), 37-45.
Mohd. Majid Konting (1994a). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohd. Majid Konting (2005b). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nor Aznan (2003). Kajian Persepsi Guru Menggunakan Ekosistem Bakau Sebagai Sumber Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah Menengah. Disertasi Sarjana Sains Yang Tidak Diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Pakiam, J. E. (1982). Environmental Education And Research In Singapore. Singapore: Maruzen Asia Pte. Ltd.
Pallant, J. (2007). SPSS Survival Manual: A step-by step guide to data analysis using SPSS for Windows (Version 15). Sydney: Allen and Unwin.
Pande, A. (2001). Environmental Education In Rural Central Himalayan Schools. The Journal Of Environmental Education, 32(3), 47-53.
Gina, P. & Trudi, V. L. (2002). Ten Years Of Teacher Workshops In An Environmental Problem-solving Model: Teacher Implementation and Perceptions. The Journal Of Environmental Education, 33(3), 10-20.
Kinner, P. R. & Gray, C. D. (2004). SPSS 12 Made Simple. Great Britain: Psychology Press.
Pettus, A. (1976). Environmental Education And Environmental Attitude. The Journal Environmental Education, 8, 48-51.
Pettus, A. M. & Teates T. G. (1983). A Teacher Survey: Environmental Education In Virginia Schools. Journal of Environmental Education, 15(1), 17-21.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepdu sekolah Menengah (KBSM). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Rashidah Begum (2002). Keberkesanan Projek Wira Alam Tahap Satu Terhadap Pengetahuan Di Kalangan Pelajar Di Selangor Tentang Pencemaran Dan Penjagaan Alam Sekitar. Kertas Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Robert, N. S. (1976). Handbook of Environmental Education (With International Case Studies). England: John Wiley And Sons Ltd.
Rohani Awang Chik (1991). Beban Tugas Guru Dalam Perlaksanaan kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Disertasi Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Rohiza Jamaluddin (2004). Pencapaian Guru Sains Sekolah Menengah Dalam Pernyataan Tentang Isu-isu Alam Sekitar. Disertasi Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Russell, D. L. (1979). Environmental Education In Australia. Sydney, Australia: George Allen And Unwin Pty Ltd.
Sabit Bujang (2000). Satu Tinjauan Tahap Kesedaran Dan Kefahaman Alam Sekitar Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Empat Buah Sekolah Menengah Dalam Bahagian Kota Samarahan, Sarawak. Disertasi Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Sahabat Alam Malaysia (1984). Buku Panduan Alam Sekitar. Pulau Pinang: Pheonix Press.
Shulman, L. (1987). Those Who Understand: Knowledge Growth In Teaching. Educational Researcher, 15(2):4-14.
Sidek M. N. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Selangor: Universiti Putra Malaysia.
Simmons, D. (1998). Using Natural Settings for Environmental Education: Perceived Benefits and Barriers. The Journal Of Environmental Education, 29(3), 23-31.
Suffean Hussin (1993). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Thiagarajan Nadeson & Nor Shidawati A. R. (2006). The Implementation Of Environmental Education In Malaysian Schools: An NGO 'S Overview: Proceedings Of The Conference On Best Of Both Worlds: Environmental Education For Sustainable Development 6-8 September 2005. Malaysia: Forest Research Institute Malaysia.
Tiwi Kamidin (2006a). Perkaitan Antara Pengetahuan Dan Sikap Terhadap Alam Sekitar Di Kalangan Guru Pelatih Maktab Perguruan Batu Lintang. Diperoleh daripada http://www.ipbl.edu.my./BM/penyelidikan/jurnal 2006/tiwi 06b,pdf. pada 20 September 2010.
Tiwi Kamidin (2007b). Keberkesanan Program Pendidikan Alam Sekitar Institut Perguruan Batu Lintang. Diperoleh daripada http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2007/Progevoluat ion/tiwi PBL.fp.pdf. pada 20 september 2010.
Towler, J. O. (1980). A Survey Of Canadian Pre-Service Training In Environmental Education. The Journal Of Environmental Education, 12(2), 11-16.
William, W. (2000). Research Methods In Education. United States of America: Allyn And Bacon.
Winther, A. A., Volk, T. L. & Shrock, S. A. (2002). Teacher Decision Making In The 1st Year of Implementing and Issues-Based Environmental Education Program: A Qualitative Study. The Journal Of Environmental Education, 33(3), 27-33.
Wiseman, D. C. (1999). Research Strategies For Education. America: Wadsworth Publishing Company.
Zaidatun Tasir & Mohd. Salleh Abu (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Zawani Wahab (1998). Hubungan Tahap Pendidikan Alam Sekitar Dengan Tahap Kesedaran Alam Sekitar Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kota Baharu, Kelantan Darul Naim. Kertas Projek Ijazah Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |