UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua di sekolah-sekolah pedalaman Sabah. Pendekatan kuantatif menggunakan kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan respon daripada sampel. Sampel dalam kajian melibatkan 56 orang pengetua iaitu semua populasi pengetua-pengetua di sekolah pedalaman Sabah. Empat gaya kepimpinan pengetua iaitu sumber manusia, simbolik, politik dan struktural diukur menggunakan instrumen yang diadaptasi daripada Leadership Orientations (Self) oleh Bolmen dan Deal, (1999; 2003). Gaya kepimpinan pengetua diukur untuk melihat gaya kepimpinan yang sering diamalkan dan perbezaan persepsi pengetua terhadap gaya kepimpinan berdasarkan jantina, tempoh perkhidmatan dan taraf pendidikan. Hasil kajian menunjukkan gaya kepimpinan yang paling kerap diamalkan oleh pengetua-pengetua di kawasan pedalaman Sabah adalah gaya kepimpinan sumber manusia, gaya kepimpinan simbolik mencatatkan skor min kedua tertinggi, skor min ketiga dicatatkan oleh gaya kepimpinan politik dan gaya kepimpinan struktural yang paling rendah. Hasil kajian juga membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan bagi variabel gaya kepimpinan dalam kalangan pengetua-pengetua sekolah menengah di pedalaman Sabah berdasarkan jantina, tempoh perkhidmatan dan taraf pendidikan mereka. Dapatan kajian ini dapat membantu pemimpin sekolah memahami gaya kepimpinan yang terbaik untuk diamalkan di sekolah mereka. Memahami konsep gaya-gaya kepimpinan adalah penting kepada pengetua sekolah terutamanya di sekolah pedalaman agar mereka dapat mengamalkan gaya kepimpinan yang tepat dan berkesan untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka. |
References |
A. Ghafar, Mohd. Najib and Arbak, Tamyis (2008) Gaya kepimpinan pengetua dan ciri-ciri yang efektif. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 73-84. ISSN 1394-1801 Aida Hanim A. Hamid Mohd Zamir Mohd Sharif (2020). Gaya Kepimpinan Islam: Gaya Kepimpinan Baharu Dalam Kalangan Pengetua. International Journal of Education and Pedagogy. eISSN: 2682-8464 | Vol. 3, No. 1, 71-92, 2021. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2003). Kajian Pengetua Kanan: Satu Penilaian. Puterajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bolman, L. G., & Deal, T. E. (1991). Leadership Orientations Survey. Cambridge: National Center for Educational Leadership. Bolman, L. G., & Deal, T. E. (1997). Reframing Organization: Aristry, Choice and Leadership. Ed 2. San Francisco: Jossey-Bass. Bolman, L. G., Bloch H.,& Granell, E. (1999). Versatile Leadership: A Comparative Analysis of Reframing in Venezuelan Managers. Bolman, L. G., & Deal, T. E. (2003). Leading with Soul. San Francisco: Jossey-Bass Publishers. Buch, K., & Rivers, D. (2001). TQM: The Role of Leadership and Culture. Journal of Leadership and Organisational Development. 24(8), 318-334. Coleman, M. (2002) Women as headteachers: striking the balance, Stoke on Trent,Trentham Books. Culverson, E.D. (2002). Exploring Organizational Commitment Following Radical Change: A Case Study Within The Parks Canada Agency. Kertas Projek Master of Arts in Recreation and Leisure Studies, University of Waterloo, Ontario, Canada. Daft, R. L. (2012). New Era of Management. 10th ed. South-Western: CENGAGE Learning. Gan Pei Ling. 2003. Hubungan persepsi guru terhadap tingkah laku kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tesis Master Sc. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Ghavifekr, S., Afshari, M., Siraj, S., & Razak, A. Z. A. (2017). Managing Change in Educational Organization: A Conceptual Overview. MOJEM: Malaysian Online Journal of Educational Management. 1(1), 1-13. Fullan, M. (2011). Choosing the Wrong Drivers for Whole System Reform. Melbourne, Australia: Centre for Strategic Education. Jamilah Ahmad & Yusof Boon. (2011). Amalan Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Di Malaysia. Journal of Edupres, 1, 323-335. John, T. (2002). A study of the multiple perspective approach to leadership used by elementary and secondary public school principals in urban Iowa. Disertasi Ed.D. University of Northern Iowa. Lim Sue Lee. (2003). Women school principals: representations and leadership styles. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Sains Malaysia Lokman Mohd Tahir, Hamdan Said, Rosni Zamuddin Shah Sidek, M. Al-Muzammil Yassin & Sanitah Mohd Yusof (2008). Analisis Kepimpinan Pengetua Menengah di Johor. Jurnal Penyelidikan. Universiti Teknologi Malaysia VOTE 78279 Mei Kin, T., Abdull Kareem, O., Nordin, M. S., & Wai Bing, K. (2017). Principal Change Leadership Competencies and Teacher Attitudes Toward Change: The Mediating Effects of Teacher Change Beliefs. International Journal of Leadership in Education. 1-20. Mohammed Sani Ibrahim, Samsudeen Abdul Aziz & Norzaini Azman. (2005). Amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah di Sekolah-Sekolah Swasta di Malaysia: Satu Tinjauan. Jurnal Pendidikan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki, KPM. Nuinda Alias, & Khadijah Daud. (2014). Coaching dan Mentoring Kepimpinan Pengetua Cemerlang Terhadap Prestasi Pengurus Pertengahan Dalam Meningkatkan Prestasi Cemerlang Sekolah. Proceedings of International Education Postgraduate Seminar 2014. 23-24 December 2014. Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor, Malaysia. 241-259. Norhannan Ramli dan Jamaliah Abdul Hamid, (2006) Gaya kepimpinan pengetua wanita dan hubungannya dengan tahap motivasi guru sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 31 . pp. 53-69. ISSN 0126-6020 / 2180-0782 Ratsamee Dangsuwon. (2002). Leadership orientation frames used by principals as perceived by teachers in the schools under the foundation of Church of Christ in Thailand. Disertasi Ph.D. Illinois State University. Ugboro, I and Obeng, K. (2001). Managing the After Maths of Contracting in Public Transit Organizations: Employee Perception of Job Security, Organizational Commitment and Trust. Projek Universiti, North Carolina A&T State University.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |