UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara ciri orientasi matlamat
dan gaya kejurulatihan dalam kalangan atlet bola baling lelaki dan perempuan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan
maklumat di perolehi melalui soal selidik yang melibatkan 52 orang pemain bola
baling UPSI. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah ‘Task and Ego
Orientation In Sport Questionnaire’ (TEOSQ) untuk mengukur menilai sama ada
seseorang individu mentakrifkan kejayaan dalam konteks sukan sebagai
"berorientasikan tugas" atau "berorientasikan ego". dan soal selidik Soal Selidik
Gaya Kepimpinan Jurulatih (Skala Kepimpinan untuk Sukan/LSS) untuk
menentukan teori kepimpinan tertentu boleh digunakan untuk persekitaran sukan.
Dapatan menunjukkan Gaya kejurulatihan Autokratik,Demokratik,TLL (Tingkah
Latih Latihan), SS (sokongan sosial) GMG(Gelagat Memberi ganjaran) , Orientasi
matlamat tugas dan ego tidak menunjukkan skor min yang signifikan. Dapatan juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi Orientasi matlamat dan
Gaya kejurulatihan. Analisis kolerasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara Orientasi matlamat tugas dan gaya kejurulatihan kecuali gaya
kejurulatihan Autokratik manakala bagi orientasi matlamat ego hanya gaya
kejurulatihan Autokratik dan Demokratik yang menunjukkan keputusan signifikan.
Hal ini bermakna pelajar yang menyertai sukan bola baling mempunyai pilihan gaya
kejurulatihan yang berbeza, namun perkara ini tidak mempengaruhi orientasi
matlamat mereka secara langsung. |
References |
Tello, F. P. H., Martínez, L. N., Núñez, M. L., & Calvo, T. G. (2010). A structural model of goal orientation in sports: Personal and contextual variables. The Spanish Journal of Psychology, 13(1), 257-266.
Ujang, A. F. H. (2005). Kebimbangan prapertandingan dan orientasi matlamat dalam kalangan peserta merentas desa (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).
Sukardi, S. (1995). Perkaitan antara orientasi matlamat dan strategi menangani stres pelajar atlet (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris).
Rasyid, N. M., & Abd Aziz, S. (2012). Gaya Kepimpinan Jurulatih yang Digemari oleh Atlet Sekolah Sukan Malaysia: Preferred Coaching Styles of the Malaysian Sports School Athletes. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 1(1), 45-53.
Høigaard, R., Jones, G., & Peters, D. M. (2008). Preferred Coach Leadership Behaviour in Elite Soccer in Relation to Success and Failure. International Journal of Sports Science & Coaching, 3(2), 241–250. https://doi.org/10.1260/174795408785100581
Li, F., Harmer, P., & Acock, A. C. (1996). The Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire: Construct Equivalence and Mean Differences across Gender. Research Quarterly for Exercise and Sport, 67(2), 228–238. https://doi.org/10.1080/02701367.1996.10607949
Rengasamy, S., Lee, W. A. S. S., & Silvaraju, R. (2017). Tahap dan perbezaan amalan kepimpinan jurulatih yang popular dalam kalangan atlet berpasukan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(1), 1-9.
Wee, A., Sia, S. L., Sazali, Y., Mohd Nizam, N., & Roslan, H. S. (2007). GAYA KEPIMPINAN JURULATIH DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 17(02), 39-52.
Yasim, M. M., Othman, A., Khan, T. K. A., Zakaria, J., Kejurulatihan, U. P. S. I., & Malim, T. (2022). Persepsi Atlet Murid Terhadap Tingkah Laku Kepimpinan Jurulatih di Sekolah Sukan Malaysia Terengganu. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Vol, 11(1), 89-97.
Yaakub, N., Ariffin, N. M., & Rasyid, N. M. (2019). Perkaitan orientasi matlamat dan keseronokan dalam kalangan atlet hoki UPSI: Relationship of goal orientation and enjoyment among UPSI hockey athletes. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 8(2), 28-41.
Yusop, S. A. M., Abd Aziz, S., & Rasyid, N. M. (2018). Perkaitan antara corak orientasi matlamat dan tahap keagresifan pemain bola baling bawah 18: Relationship between goal orientation and aggressiveness among under 18 handball players. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 7(2), 32-41.
Roberts, G. C., & Ommundsen, Y. (1996). Effect of goal orientation on achievement beliefs, cognition and strategies in team sport. Scandinavian journal of medicine & science in sports, 6(1), 46-56. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |