UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :HG Finance
Main Author :Nor Hafizah Hasan
Additional Authors :Hazianti Ab. Halim
Title :Kesan pengantaraan orientasi keusahawanan dalam hubungan di antara program pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan kejayaan perniagaan usahawan di Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan di antara bidang tumpuan di dalam Program Pembangunan PKS terhadap kejayaan usahawan di Negeri Perak. Kajian ini mendapati bahawa kejayaan perniagaan PKS adalah lebih baik sekiranya usahawan tersebut menyertai Program Pembangunan PKS yang dianjurkan oleh SME Corporation dan agensi-agensi yang berkaitan. Kajian ini juga turut mengambil kira orientasi keusahawanan dalam mempengaruh kejayaan perniagaan PKS. Kajian terdahulu tidak memberikan penjelasan yang komprehensif berkaitan kejayaan perniagaan melalui perspektif orientasi keusahawanan. Permasalahan utama kajian ini adalah untuk meninjau kejayaan perniagaan di kalangan PKS dengan menilai kesan program pembangunan PKS ke atas kejayaan perniagaan, yang mana orientasi keusahawanan berfungsi sebagai pengantara. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu pengedaran soal selidik yang melibatkan 304 pemilik dan pengurus PKS dari sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, dan lain-lain yang meliputi 12 Daerah di Negeri Perak. Terdapat empat hipotesis dibangunkan bagi menguji hubungan antara konstruk utama dan data kemudiannya dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 23.0. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat kesan positif yang signifikan antara program pembangunan PKS, orientasi keusahawanan, dan kejayaan perniagaan. Analisis data yang digunakan adalah analisa deskriptif, korelasi, dan regresi. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat kesan positif yang signifikan antara program pembangunan PKS, orientasi keusahawanan, dan kejayaan perniagaan. Dimensi kajian dalam orientasi keusahawanan mempunyai hubungan sebagai pengantara di antara program pembangunan PKS dengan kejayaan perniagaan usahawan di Perak. Analisis regresi menunjukkan pembolehubah orientasi keusahawanan adalah mediator yang signifikan positif dan memberi kesan perubahan sebanyak 31% (R2=0.31) secara statistik. Secara kesimpulannya, kajian ini adalah selaras dengan kehendak kerajaan bagi memastikan setiap usahawan diterapkan dengan ilmu keusahawanan yang betul melalui program pembangunan dan keusahawanan yang dijalankan, manakala orientasi keusahawanan mewujudkan kemampuan untuk lebih proaktif, berdaya saing, dan inovasi seterusnya dapat meningkatkan kejayaan perniagaan PKS di Perak.

References

Alfaadhel, S. (2011). An empirical study of critical success factors for small and medium enterprises in Saudi Arabia: challenges and opportunities. Unpublished doctoral dissertation, University of Bradford.

Azmanirah Ab Rahman, Ahmad Esa & Wan Mohd Rashid bin Wan Ahmad (2010), Latihan Kemahiran Di Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Kepada Pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan, Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Henard, D. He, & Szymanski, D M. (2001). Why some new products are more successful than others? Journal of Marketing Research, 38(3), 362-375

Li, H., & Atuahene-Gima, K. (2001). Product innovation strategy and the performance of new technology ventures in China. Academy of Management Journal, 44(6), 1123- 1134.

Mohamed Khaled Nordin. (2007). Memantapkan Budaya Keusahawanan Di Kalangan Generasi Baru melalui Sistem Pendidikan Nasional Dan Pengajian Agama: Gagasan dan Cabaran Merealisasikannya. Kertas Kerja Jabatan Penagajian Tinggi Malaysia

Mohsin, A., M., Halim, H. A., Ahmad, N. He, & Farhana, N. (2017). Assessing the role of entrepreneurial competencies on innovation performance: A Partial Least Squares (PLS) Approach. Journal of Business Inquiry: Research, Education & Application, /6(1).

Murjan, A. A., (2012). The relationship between market orientation, innovation and performance of SME sand mediating role of brand equity on SMEs Performances. Unpublished doctoral dissertation, University Utara Malaysia.

Nurul Huda Mansur. (2009). Keusahawanan menurut perspektif Al-Quran. Laporan Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

O'Regan, N. & Ghobadian, A. (2004). The importance of capabilities for strategic direction and performance. Management Decision, 42(2), 292-312.

Philipp K. (2008) Why are some entrepreneurs more innovative than others? Small Business Economic, 3 1, 21—37.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.