UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan Alat Bantu Mengajar
dalam subjek Sains Sukan. Kajian ini adalah sebuah kajian tinjauan dengan menggunakan
kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Pemilihan sampel
kajian subjek kajian dijalankan secara persempelan rawak berkelompok bertujuan melibatkan
30 orang pelajar Tingkatan 6. Kajian rintis telah menunjukkan bahawa soal selidik ini
mempunyai nilai kesahan yang tinggi iaitu 0.776. Data dianalisis dengan menggunakan analisis
deskriptif yang menjelaskan frekuensi, peratusan, min dan Korelasi Pearson pelajar terhadap
tahap kemahiran, tahap pelaksanaan dan tahap keberkesanan guru dengan penggunaan ABM.
Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap kemahiran guru menggunakan ABM secara
keseluruhannya mempunyai nilai min di tahap yang tinggi iaitu 4.4333. Hal yang sama berlaku
kepada tahap pelaksanaan guru menggunakan ABM juga menunjukkan nilai min yang tinggi
iaitu 4.5778. Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang tinggi antara tahap
kemahiran, tahap pelaksanaan dan tahap keberkesanan guru menggunakan ABM dalam subjek
Sains Sukan iaitu dengan nilai r = 0.776. Memandangkan nilai p = 0.000 adalah lebih kecil
daripada 0.01, maka terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran, tahap
pelaksanaan dan tahap keberkesanan guru menggunakan ABM dalam subjek Sains Sukan.
Dapatan kajian ini juga dapat memberi impak yang positif kepada pemahaman pelajar terutama
dalam subjek Sains Sukan dengan penggunaan ABM dapat meningkatkan perkembangan positif
terhadap subjek tersebut. Pelbagai pihak perlu mengambil langkah bagi memperluaskan
penggunaan ABM dalam PdPc agar pelaksanaan dapat dilakukan dengan jayanya. |
References |
Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin. (2010). Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor.
Ahmad Rizal, Nurul Akmar & Saifullizam. (2005). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Dalam Menguasai Matapelajaran Kejuteraan di Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG 2005.
Ahmad Zanzali, N.A & Daud, N.D (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Ani binti Nasir. (2018). Minat Terhadap Pendidikan STEM Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Sekitar Daerah Alor Gajah. (Tesis Sarjana). Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Awang Sariyan. (2007). Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik.
Azrul Azlan. (1988). Satu tinjauan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi mata pelajaran lukisan kejuruteraan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Becker & Watts. (2001). Teaching Economics: More Alternatives to Chalk And Talk. Di Sekolah, P. G. K. M., & Di Terengganu, M. T. Kesan Penggunaan Perisian Kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Terhadap Gaya Edward Elgar Publishing Limited.
Fauziah Md Jaafar, Rafisah Osman, Nurhafizah Saidin & Nurhafizah Abdan, (2017). Kesan Pembelajaran Koperatif Dan Tradisional Terhadap pencapain Akademik Penguasaan Kemahiran Jawi. Fakulti Pendidikan. Universiti Utara Malaysia.
Fazlina Binti Abd Rahiman & Aniza Suriati Binti Abdul Shukor. (2017). Hubungan Minat Dan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Kursus DPA3043. National Innovation and Invention Competition through Exhibition.
Fraenkel, J. & Wallen, N. (1996). How to design and evaluate research in education. (Edisi kedua). San Francisco, CA: McGraw-Hill.
Gregore, M. D., Ward, C. A. (2006). A meta-analytic review of social, self-concept, and behavioral outcomes of peer-assisted learning. Journal of Educational Psychology 98(4): 732-749
Jamil, Halimah and Said, Rozita @ Radhiah and Md Sabil, Azhar and Mohd Kiram, Nor Azlina. (2017). Perbandingan aspek pentaksiran lisan berdasarkan deskriptor KBSM dengan standard pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). International Journal of Education and Training, 3 (2). pp. 1- 9.
Jantan,N. (2016). Penerapan Budaya Kreatif Dan Inovatif Di Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau Melalui PERKAYA INOVASI. Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Politeknik Merlimau
Jasmi, K.A, Ilias,M.F, Tamuri,A.H. & Mohd Hamzah,M.I. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education.
Lambri, A., & Mahamood, Z. (2019). Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaranbahasa Melayu menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(33), 78- 94.
M.N.A, Azman & Azli, Nur & Mustapha, Ramlee & Balakrishnan, Balamuralithara & Mohd Isa, Nor Kalsum. (2014). Penggunaan Alat Bantu Mengajar ke Atas Guru Pelatih Bagi Topik Kerja Kayu, Paip dan Logam. Sains Humanika. 3.
Madar, Ahmad Rizal and Mustafa, Mohamad Zaid and Jaes, Lutfan. (2008). Impact of teaching and learning method with multimedia application aided. In: 6th International Malaysian Studies Conference (MSC6), 5-7 August 2008, Kuching, Sarawak.
Mohamad Mohsin Mohamad Said dan Nasruddin Yunus. (2008) Halangan-halangan kepada usaha memupuk kreativiti di kalangan pelajar. Dalam Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008. 18-19 Ogos, 2008, Hotel Mahkota, Melaka.
Musa,N.E & Mohamad, M.H. (2014). Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah. Prosiding PTBS. Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah.
Othman, N., Ghazali, N. H. C. M., & Zabit, M. N. M. Pengesahan Instrumen Amalan Pengajaran Matematik Dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Menengah: Analisis Faktor Penerokaan (EFA).Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd
Sallehin, S. A., & Ab Halim, F. (2018). Penggunaan alat bahan bantu mengajar berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Zon Benut. Online Journal for TVET Practitioners.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagodi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publications & Distribution Sdn. Bhd.
Sharudin, S. A. (2008). Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran Dan Pelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan. Dicapai pada Ogos 1, 2011 di: http://eprints.utm.my/5899/1/PSM_JILID-TQAH.pdf
Yacob, M., & Rahman, A. J. A. (2021). Penggunaan Kit Perintis Mini 4.0 bagi Meningkatkan Kemahiran Perkhemahan dalam Kalangan Pelajar. JURNAL PENYELIDIKAN ANTARABANGSA, 1(2), 1.
Yunus, N. B., & Said, S. B. (2020). Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Post Box With IOT Notification (POSiTion) Sebagai ABM Untuk Kursus Embedded System Applications (DEC40053) Di PSMZ. International Innovation Competition (INNOCOM) 2020 i, 281. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |