UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara komponen kecergasan
berasaskan motor dan prestasi merejam dalam permainan sepak takraw. Selain itu,
hubungan antara ciri antropometrik dengan prestasi merejam turut dikaji. Ini ialah
kajian bukan eksperimental dengan menggunakan kaedah korelasi. Sebanyak 30
sampel terdiri daripada atlet-atlet Sekolah Sukan Malaysia Terengganu telah menjalani
enam bateri ujian iaitu ujian ketangkasan 30 kaki, ujian kelajuan 30 m, ujian koordinasi,
ujian tindak balas Nelson, ujian imbangan kayu bass melintang dan ujian kuasa lompat
menegak. Selain itu, sampel turut menjawab instrumen Mental Toughness
Questionnaire (MTQ) sebelum sesi merejam. Dapatan kajian melaporkan terdapat
hubungan korelasi yang signifikan antara komponen kecergasan berasaskan motor dan
prestasi merejam dengan kelajuan (r = -.480), kepantasan (r = -.608), kuasa (r = .761),
imbangan (r= -.574) dan masa reaksi Nelson (r= -.648). Walaubagaimanapun,
dilaporkan bahawa koordinasi (r = -.275) tidak mempunyai hubungan korelasi yang
signifikan dengan prestasi merejam, p = .141, (p>.01). Selain daripada itu, turut
dilaporkan juga hubungan korelasi bagi faktor berat badan dan panjang kaki dengan
prestasi merejam adalah signifikan apabila berat badan r = .541, p = .002 (p < .05) dan
panjang kaki r = .628, p = .000 (p < .01) tetapi tidak signifikan bagi faktor ketinggian
dengan r = .214, p = .257 (p > .05). 60% sampel dilaporkan mempunyai tahap kekuatan
mental yang lemah sebelum melakukan sesi merejam. Manakala 26.7% sampel berada
pada tahap yang sederhana dan 13.3% sampel pada tahap yang tinggi. Kesimpulannya,
kajian menunjukkan hubungan yang kuat di antara komponen kecergasan berasaskan
motor dan ciri antropometrik dengan prestasi merejam. Kajian ini boleh dilanjutkan
dengan mengukur lebih banyak kemahiran untuk meningkatkan prestasi atlet sepak
takraw. |
References |
Abd Razak, A. N., & Hashim, A. (2017). Hubungan komponen kecergasan fizikal berasaskan sukan terhadap prestasi lari pecut 100 meter. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 6(2), 65–80. https://doi.org/10.37134/jsspj.vol6.2.7.2017 Abdullah, M. M. @ Z., & Zainuddin, Z. A. (2011). Keberkesanan Latihan Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor Terhadap Atlet Hoki Universiti Teknologi malaysia (utm). http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2011_10186_32443b3564cc46d2bc97055651b7be0e.pdf Cohen, J. (1988). Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd ed.). Hillsdale, NJ Lawrence Erlbaum Associates, Publishers. - References - Scientific Research Publishing. https://www.scirp.org/reference/ReferencesPapers.aspx?ReferenceID=1343236 Goldberg. (2012). Mental Toughness Questionnaire | Competitive Advantage: Mental Toughness. Competitive Advantage: Mental Toughness. https://www.competitivedge.com/athletes/just-how-mentally-tough-are-you/ Haga, M. (2008). The relationship between physical fitness and motor competence in children. Child: Care, Health and Development, 34(3), 329–334. https://doi.org/10.1111/j.1365-2214.2008.00814.x Kokstejn, J., Musalek, M., Wolanski, P., Murawska-Cialowicz, E., & Stastny, P. (2019). Fundamental motor skills mediate the relationship between physical fitness and soccer-specific motor skills in young soccer players. Frontiers in Physiology, 10(MAY), 596. https://doi.org/10.3389/fphys.2019.00596 Muhamad Hafiz, & Ahmaf. (2012). Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihaatan di Antara Pelajar Lelaki Berumur 20 dan 21 Tahun. In Kecergasan Fizikal dan Kemahiran Motor. Mydin, H. (2013). Hamid Mydin – Pencipta dan Pengasas Permainan Sepak Takraw. InfoTakraw. http://infotakraw.com/hamid-mydin-pencipta-pengasas-sepak-takraw/#.YcyzF2BBy3A Nur haziyanti, M. khalid. (2019). Kesan Latihan Mindfulness Acceptance Commitment-Physical Dan Psychological Skill Training Ke Atas Prestasi Aerobik Anaerobik, Kekuatan Mental Dan Efikasi Kendiri Fizikal. In Fakulti Sains Sukan Dan Kejurulatihan. Rahman, M. M. A., & Nor, M. A. M. (2013). Menilai Tahap Kecergasan Fizikal Pemain Sepak Takraw SUKMA 2008 Negeri Johor Mengikut Posisi Pemain. Journal of Chemical Information and Modeling, 53, 1689–1699. Sopa, I. S., & Pomohaci, M. (2016). Study regarding the development of agility skills of students aged between 10 and 12 years old. Timisoara Physical Education and Rehabilitation Journal, 9(17), 7–16. https://doi.org/10.1515/tperj-2016-0009 Syahrul Ridhwan, Suhaila, S. (2006). Kajian Tahap Kekuatan Mental Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2000. Zakaria, A. (2017). Perbandingan pencapaian komponen kecergasan dengan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak bawah 12 tahun daerah Gombak dan daerah Petaling Perdana. Doctoral Dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris. https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/3871_3871.pdf Abd Razak, A. N., & Hashim, A. (2017). Hubungan komponen kecergasan fizikal berasaskan sukan terhadap prestasi lari pecut 100 meter. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 6(2), 65–80. https://doi.org/10.37134/jsspj.vol6.2.7.2017 Abdullah, M. M. @ Z., & Zainuddin, Z. A. (2011). Keberkesanan Latihan Kecergasan Fizikal Berasaskan Kemahiran Motor Terhadap Atlet Hoki Universiti Teknologi malaysia (utm). http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2011_10186_32443b3564cc46d2bc97055651b7be0e.pdf Cohen, J. (1988). Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd ed.). Hillsdale, NJ Lawrence Erlbaum Associates, Publishers. - References - Scientific Research Publishing. https://www.scirp.org/reference/ReferencesPapers.aspx?ReferenceID=1343236 Goldberg. (2012). Mental Toughness Questionnaire | Competitive Advantage: Mental Toughness. Competitive Advantage: Mental Toughness. https://www.competitivedge.com/athletes/just-how-mentally-tough-are-you/ Haga, M. (2008). The relationship between physical fitness and motor competence in children. Child: Care, Health and Development, 34(3), 329–334. https://doi.org/10.1111/j.1365-2214.2008.00814.x Kokstejn, J., Musalek, M., Wolanski, P., Murawska-Cialowicz, E., & Stastny, P. (2019). Fundamental motor skills mediate the relationship between physical fitness and soccer-specific motor skills in young soccer players. Frontiers in Physiology, 10(MAY), 596. https://doi.org/10.3389/fphys.2019.00596 Muhamad Hafiz, & Ahmaf. (2012). Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihaatan di Antara Pelajar Lelaki Berumur 20 dan 21 Tahun. In Kecergasan Fizikal dan Kemahiran Motor. Mydin, H. (2013). Hamid Mydin – Pencipta dan Pengasas Permainan Sepak Takraw. InfoTakraw. http://infotakraw.com/hamid-mydin-pencipta-pengasas-sepak-takraw/#.YcyzF2BBy3A Nur haziyanti, M. khalid. (2019). Kesan Latihan Mindfulness Acceptance Commitment-Physical Dan Psychological Skill Training Ke Atas Prestasi Aerobik Anaerobik, Kekuatan Mental Dan Efikasi Kendiri Fizikal. In Fakulti Sains Sukan Dan Kejurulatihan. Rahman, M. M. A., & Nor, M. A. M. (2013). Menilai Tahap Kecergasan Fizikal Pemain Sepak Takraw SUKMA 2008 Negeri Johor Mengikut Posisi Pemain. Journal of Chemical Information and Modeling, 53, 1689–1699. Sopa, I. S., & Pomohaci, M. (2016). Study regarding the development of agility skills of students aged between 10 and 12 years old. Timisoara Physical Education and Rehabilitation Journal, 9(17), 7–16. https://doi.org/10.1515/tperj-2016-0009 Syahrul Ridhwan, Suhaila, S. (2006). Kajian Tahap Kekuatan Mental Di Kalangan Atlet Karate Peringkat Universiti. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2000. Zakaria, A. (2017). Perbandingan pencapaian komponen kecergasan dengan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak bawah 12 tahun daerah Gombak dan daerah Petaling Perdana. Doctoral Dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris. https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/3871_3871.pdf
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |