UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :QA Mathematics
Main Author :Nur Aina Munirah Che Abd Aziz
Additional Authors :Nur Hamiza Adenan
Nor Suriya Abd Karim
Rawdah Adawiyah Tarmizi
Latifah Abd Latib
Adib Mashuri
Title :Penerimaan murid tingkatan satu terhadap pembelajaran topik Operasi Asas Aritmetik melibatkan integer menggunakan permainan Damath
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan murid dalam aspek minat dan motivasi serta mengkaji hubungan di antara penerimaan minat dan motivasi murid terhadap pembelajaran menggunakan permainan DaMath bagi tajuk Operasi Asas Aritmetik Nombor Integer. Populasi kajian adalah murid tingkatan satu di sebuah sekolah di daerah Petaling Perdana, Selangor dan melibatkan seramai 233 orang murid yang dipilih secara rawak berkelompok sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati nilai min bagi penerimaan murid daripada aspek minat terhadap pembelajaran berasaskan permainan DaMath adalah sebanyak 2.4040 manakala nilai min bagi penerimaan murid dari aspek motivasi adalah sebanyak 2.4059. Ini menunjukkan bahawa tahap penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan DaMath bagi tajuk Operasi Asas Aritmetik Nombor Integer daripada aspek minat dan motivasi adalah tinggi. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara minat dan motivasi murid terhadap pembelajaran menggunakan DaMath dengan nilai r = 0.711 dan p < 0.05. Kesimpulannya, penerimaan murid daripada aspek minat dan motivasi terhadap penggunaan permainan DaMath dalam pembelajaran tajuk Operasi Asas Aritmetik Nombor Integer adalah sangat baik. Selain itu, wujud hubungan yang signifikan di antara dua aspek ini iaitu minat murid yang baik terhadap kaedah pembelajaran ini memberi impak yang positif kepada motivasi mereka. Implikasinya, kajian ini dapat memberikan maklumat kepada guru dan pendidik tentang kaedah pembelajaran berasaskan permainan agar dapat digunakan sebagai rujukan dalam merancang proses pengajaran kelak.

References

Abu, N. E., & Eu, L. K. (2014). Hubungan Antara Sikap; Minat; Pengajaran Guru Dan Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 1–10.

Amin, W. A. W. M. (2006). Persepsi Pelajar Terhadap Permasalahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima Di Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, Besut, Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia.

Chin, L. C., & Zakaria, E. (2015). Effect of Gam-Based Learning Activities on Children’s Positive Learning and Prosocial Behaviours. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(2), 159–165.

Cózar-Gutiérrez, R., & Sáez-López, J. M. (2016). Game-based learning and gamification in initial teacher training in the social sciences: an experiment with MinecraftEdu. International Journal of Educational

Technology in Higher Education, 13(1), 1–11. https://doi.org/10.1186/s41239-016-0003-4

Ferryka, P. Z. (2017). Permainan Ular Tangga Dalam Pembelajaran Matematika Di Sekolah Dasar. Magistra, 29, 58–65.

Hashim, Z. (2010). Development of Atmospheric Based Flood Forecasting and Warning System for Selected River Basins in Malaysia. Retrieved from

http://www.met.gov.my/index.phpoption=com_content&task=view&id=2935&Itemid=2329

Hassan, J., & Hamzah, M. (2020). Halangan-halangan pengurusan sekolah rendah dalam mewujudkan sekolah berkesan di Zon Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang): Tindakan dan keperluan Guru Besar dan Guruguru

Penolong Kanan menanganinya. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 13(2), 12–28.

https://doi.org/10.37134/bitara.vol13.2.2.2020

Holmes, J. B., & Gee, E. R. (2016). A framework for understanding game-based teaching and learning. On the Horizon, 24(1), 1–16. https://doi.org/10.1108/OTH-11-2015-0069

Hussain, S. Y. S., Tan, W. H., & Idris, M. Z. (2014). Digital Game-Based Learning for Remedial Mathematics Students: A New Teaching and Learning Approach in Malaysia. Bridging Communities, Harnessing Technologies and Enriching Lives, 978–981.

Iberahim, A. R., Mahamod, Z., & Mohamad, W. M. R. W. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77–88.

Jacob, C. (1988). Set Correlation and Contingency Tables. Applied Psychological Management, 12(4), 425–434.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308

Lai, S. C. (2006). Pendekatan Koperatif Model STAD Terhadap Pelajar Tingkatan 1 Dalam Topik ‘Nombor Negatif.’ Open Universiti Malaysia.

Latifah Abdul Majid, Abdullah, W. N. W., & Zakhi, N. H. A. (2012). Penerapan Nilai Murni Dan Pembentukan Jati Diri Kanak-kanak Prasekolah Melalui Penggunaan Multimedia. Jurnal Hadhari Special Edition,

Special Ed, 51–65.

Nizam, A. (2009). Konsep Pendidikan Bersepadu Serta Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia.

Plass, J. L., Homer, B. D., & Kinzer, C. K. (2015). Foundations of Game-Based Learning. Educational Psychologist, 50(4), 258–283. https://doi.org/10.1080/00461520.2015.1122533

Rahman, S. A. (2006). Pembinaan Perisian Interaktif Penambahan Dan Penolakan Integer Dalam Sistem Pengoperasian Linux. Universiti Teknologi Malaysia.

Rambely, A. S., & Shahabudin, F. A. (2014). Permainan Matematik Sifira Memupuk Minat Terhadap Pembelajaran Matematik. Journal of Quality Measurement and Analysis, 10(2), 111–119.

Ramos, S. M., Legaspi, I., & Doroja, G. (2011). Mobile Interactive DaMath Game for Basci Numeracy Exercise. Proceedings of the 19th International Conference on Computers in Education, 1–5. Chiang Mai, Thailand: Asia-Pacific Society for Computers in Education.

Rodzali, A. N. (2009). Faktor-faktor Pelajar Berminat Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan Di Sekolah Menengah Sains Muar, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Shong, T. S., Chan, K. S., Sengodan, V., & Nursaad Jailani. (2013). Analisis Jenis Kesilapan Dalam Pembelajaran Geometri Koordinat. Jurnal Pendidikan Matematik, 1(1), 19–30.

Suhailee, F. (2005). Kesilapan Pelajar Tingkatan Dua Dalam Menyelesaikan Soalan Matematik Bagi Tajuk Nombor Negatif. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zakaria, S. A. (2012). Kesedaran Guru Matematik Terhadap Penerapan Nilai Matematik Dalam Pengajaran: Satu Kajian Kes. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.