UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan Model MIT terhadap pemain
bola sepak bawah 14 tahun di Negeri Johor. Model MIT terdiri daripada tiga item
iaitu Modul Coaching Games for Understanding (CGfU), Instrumen Indeks Penilaian
Prestasi Pemain (IPPP) dan tahap prestasi pemain. Modul CGfU dan IPPP diukur
berdasarkan kesahan dan kebolehpercayaan, menentukan tahap prestasi, melihat
perbandingan dan mengenal pasti hubungan tentang modul dan prestasi pemain bola
sepak. Keberkesanan penggunaan Modul CGfU dan IPPP ditentukan melalui soal
selidik persetujuan jurulatih. Kekuatan modul dan instrumen dikaji melalui kaedah
triangulasi. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah gabungan iaitu kuantitatif dan
kualitatif. Populasi kajian adalah pemain bola sepak bawah 14 tahun dari sekolahsekolah
menengah daerah Johor Bahru. Sampel terdiri daripada 52 orang pemain bola
sepak bawah 14 tahun. Kajian ini mendapati nilai kesahan dan kebolehpercayaan
Modul CGfU dan instrumen IPPP adalah tinggi. Tahap keseluruhan prestasi pemain
bola sepak kumpulan rawatan menggunakan instrumen IPPP adalah pada tahap ‘pracemerlang’
iaitu pemain dapat menghubung kait, menganalisis dan mengorganisasi
nilai-nilai murni sepanjang permainan. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan
yang kuat dan positif antara prestasi pemain dalam aspek psikomotor, kognitif, dan
afektif. Modul CGfU dan IPPP didapati berkesan berdasarkan nilai kaedah triangulasi
yang tinggi. Kesimpulannya, Model MIT boleh dijadikan panduan jurulatih untuk
melatih permainan untuk kefahaman dan menjadikan pemain lebih intelligent dalam
permainan bola sepak, menilai pemain secara menyeluruh dalam aspek psikomotor,
kognitif dan afektif serta dapat mengetahui tahap prestasi pemain bola sepak. |
References |
“AFC Cup: Magic Moments”, (2020). https://www.the-afc.com/competitions/afc-cup/ latest/news/afc-cup-magic-moments-x1209 Abd. Gapar, M., H., & Mohamed Zaki, N. 2020. Budaya kepenyokongan sukan bola sepak sebagai tapak integrasi: penelitian terhadap kelompok Ultras Malaya. Jebat: Malaysia Journal of History, Politics & Strategies Studies, 47 (3), 274 -307. Ali, A., & Talib, M. (2013). Siri sukan popular bola sepak. Shah Alam: Oxford Fajar. Arthur, L., Beecher, B., Death, E., Dockett, S., & Farmer, S. (1996). Programming and planning in early childhood setting. (6th ed.). Marrickville. N.S.W.: Harcourt Brace. Avineshwaran, T. ( 2019, Aug 9). Malaysia beat Thailand 2-1 in AFF U-15 tourney. The Star. https://www.thestar.com.my/sport/football/2019/08/09/malaysia-beatthailand-2-1-in-aff-u-15-tourney Aznan, S. (2019, November 28). Harimau Malaya kini Ranking 154 Dunia. BH Online. https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/11/633036/harimau-malaya-kiniranking-154-dunia Bedi, R. S. (2017, Jan 9). Penang footballer Faiz Subri wins Puskas Award. The Star. https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/10/faiz-puskas-winner/ Bernama. (2020, Mei 26). Skuad B-18 minta izin berlatih lebih awal. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/arena/2020/05/582705/skuad-b-18-minta-izinberlatih-lebih -awal Blair, R. & Capel, S. (2008) Intended or unintended? Issues arising from the implementation of the UK Government’s 2003 Schools Workforce Remodelling Act. Perspectives in Education, 26 (2), 105-121. Bompa, T. O. (1999). Periodization: theory and methodology of training. (4th ed.) Human Kinetics. Champaign IL. Buck, M. M., Lund, J. L., Harrison, J. M. & Cook, C. B. (2007). Instructional Strategies for Secondary School Physical Education. (6th ed.). Bonston: Mc Graw Hill. Deraman, H., Daud, M. A. K., & Ab. Samad, R. S. 2017. Pelaksanaan pengurusan pasukan bola sepak untuk program sukan prestasi tinggi sekolah Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(2), 55-65. Fédération Internationale de Football Association (FIFA). (2021). https://www.fifa.com/ fifa-world-ranking/MAS Giulianotti, R. & Robertson, R. (2004). The Globalization of Football: A Study in the Glocalization of the “Serious Life”, British Journal of Sociology, 55(4): 545– 568. Hopkins WG. Measures of reliability in sports medicine and science. Spor Medic. 2000; 30(1): 1-15. Julismah, J., Norkhalid, S., Izwan, S. (2017). Kesan Modul Kejurulatihan Permainan Berasaskan Teaching Games for Understanding Terhadap Prestasi Pemain Bola Jaring. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani. 6, 2, 81-89. Matias, C. J., & Greco, J. P. (2010). Cognition and action in team ball sports. Cogniçãoe ação, 15, 252-271. Najib, R., Zulakbal, A. K., & Ahmad, H. (2020). The Source of Knowledge of School Football Teachers Influencing Football Coaching Pedagogy: Needs Discovered. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 10(6), 430–439. Nathan, S. (2008). The Effects and Sustainabilities of Training Programmes Using Teaching Games for Understanding (TGfU) with Different Teaching Style on Students with Varying Hockey Skill Levels. [Paper presented] 1st Asia Pacific Sport in Education Conference in Adelaide, Australia. Nur Ikhwan, M. Konsep asas, struktur dan sistem kejurulatihan suaian fizikal. (2019). In Nur Ikhwan, M., Ali, M. N., & Muhammad Hafiz, Z. (Eds.). Suaian Fizikal Taktikal Bomba dan Penyelamat. (pp.12-21). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Parnell, D., Cope, E., Bailey, R., & Widdop, P. (2016). Sport policy and English primary physical education: the of professional football clubs in outsourcing. Sport in Society, 20(2), 292-302. Persatuan Bola Sepak Malaysia.(2017). https://fam.org.my/history Rohman, U. & Setijono, H. 2017. Evaluation of Football Coach Competence of Early Age in Football Schools. Advance in Social Science, Education and humanities Research, 134. Thomas, H., & Stephen, S. (2015). Physical and physiological testing of soccer players: why, what and how should we measure? Sport science, 19, 10-26. Turner, A. P., & Martinek, T. J. (1999). An Investigation into Teaching Games for Understanding: Effects on Skill, Knowledge, and Game Play. Research Quarterly for Exercise and Sport, 70, 286-292. Zulakbal, A., K. & Najib, R. (2018). Lesson Learned from Coaches of Malaysia National Football Development Programme (NFDP): Preferred Career Development Pathway and Accredited Coaching Course. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(6), 1069– 1082.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |