UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran dan sumbangan Noordin Hassan
dalam drama terpilih berdasarkan teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K)
janaan Dato Prof. Dr. Mohd. Yusof Hasan ke atas pembentukan insan seimbang serta
pengaruhnya dalam perkembangan drama Melayu di Malaysia. Kajian ini berbentuk
kualitatif menggunakan kaedah analisis kepustakaan, analisis kandungan teks dan
analisis deskriptif. Analisis pemikiran Noordin Hassan ini disandarkan kepada empat
prinsip teori SPB4K iaitu kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan. Untuk
melihat kesan dan sumbangannya kepada pembentukan insan seimbang analisis ini
bersandarkan kepada empat aspek pembentukan insan iaitu jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI) seperti terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati pemikiran yang berkaitan dalam aspek
kerohanian yang meliputi aspek aqidah, syariah, ibadah dan tasawuf lebih banyak
ditemukan. Manakala dalam aspek kesaintifikan pula pemikiran Noordin Hassan
dalam drama yang berkenaan lebih menjurus kepada fakta sains, fakta sejarah dan isu
semasa. Sementara itu dalam aspek kebitaraan tidak banyak ditemukan kecuali yang
menyentuh soal penyelesaian masalah yang dihadapi oleh watak-watak. Hasil analisis
kajian mendapati bahawa pemikiran Noordin Hassan juga mempunyai kaitan secara
langsung dengan pembentukan insan seimbang terutama dari sudut keunggulan
jasmani, kecemerlangan emosi dan rohani serta menjana keintelektualan. Pemikiran
Noordin Hassan juga memberi kesan kepada perkembangan drama Melayu di
Malaysia terutama dari sudut kemunculan aliran drama pascamoden yang meliputi
aliran surealisme, absurdisme dan teater fitrah serta menonjolkan unsur ekspresi
dalam pementasan. Berdasarkan dapatan kajian ini dapat dirumuskan bahawa
pemikiran Noordin Hassan mempunyai impak yang tinggi dalam pembentukan aliran
drama di Malaysia dan juga pembentukan insan seimbang dari aspek JERI. Sebagai
dkesimpulannya, drama terpilih yang dikaji ini sesuai untuk dijadikan sumber
pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta rujukan umum pembaca untuk
menambah ilmu pengetahuan. |
References |
A Rahim Abdullah. (2007). “Melihat nilai Melayu melalui Dunia Mungkin Noordin Hassan” dalam Halilah Haji Khalid (peny.) Noordin Hassan dalam esei dan kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Napiah. (1987). Drama moden Malaysia perkembangan dan perubahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Napiah. (1995). Teori sastera Pasca-moden dan sastera bandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Napiah. (2017). Drama Nusantara kajian bandingan sejarah dan kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Razak Haji Mamat. (2002). “Analisis intertekstualiti dalam drama Mana Stangginya? Karya Noordin Hassan’. Tesis Sarjana Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.. Ahmad. (2015). “Epistemologi Ilmu-Ilmu Tasawuf” dalam Ilmu Ushuludin Vol 14, No.1. Banjarmasin: Fakultas Ushuluddin dan Humaniora IAIN Antasari Banjarmasin. Ahmad Ali Seman. (1997). “Pemupukan patriotisme melalui Pendidikan Multikultural dalam Pendidikan Sejarah di Malaysia”, dalam Jurnal Ilmuilmu Sejarah, Budaya dan Sosial. Bangi: History Study, Public and Strategy Center, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Sabri Osman, Mohd. Farid Mohd. Sharif & Raihanah Zakaria. (2013). “Pemikiran dakwah al-Faeuki: kajian dari sudut metodologi dan isi kandungannya” dalam ESTEEM Academic Journal Vol. 9, No. 2, Disember 2013, Universiti Teknologi Mara (Pulau Pinang). AhmadZaidiBaharuddin& Ani HajiOmar. (2016), “Pemikiran dan kepengarangan drama Mana Sikana,’ dalam Transformasi penyelidikan menuju kecemerlangan. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Alifah Saring. (2012).. “Hubungan kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran dengan prestasi akademik pelajar UTHM”. Laporan projek untuk ijazah Sarjana UTHM. Ali Imran Sinaga. (2009). “Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dalam perspektif Hadis” dalam Pendidikan dan Humaniora, Vol. 2 No. 2, Julai Disember 2009. Al-Quran dan terjemahan. (2006). Riyadh: Darussalam, Global Leader in Islamic Books. Amir Muhamad. (2010) 120 Malay movied. Petaling Jaya: Matahari Books. Anderson L.W. (1981). Assesing Affective Characteristics in the Schools. Boston: Allyn and Bacon. Andi Nurwati. (2014). “Penilaian ranah psikomotorsiswa dalam pelajaran Bahasa.” dalam Jurnal Penelitian Pendidikan Islam Vol. 9, No. 2 Ogos 2014. Andri Wicaksono. (2012). “Efektivitas teknik pelatihan keaktoran dalam pembelajaran drama terhadap kemampuan memerankan tokoh dalam pementasan ditinjau dari minat berlatih drama.” Tesis Sarjana Pendidikan, Universitas Sebelas Maret, Surakarta, Indonesia. Ani Omar. (2005). “Citra manusia dan kemanusiaan dalam puisi Melayu moden di Malaysia” . Tesis Phd. Universiti Putera Malaysia. Ani Omar. (2016). Sastera Remaja di Malaysia Model Pembentukan Generasi Unggul. Tanjong Malim: Penerbit Mentari. Awang Had Salleh. (2007). “Noordin Hassan, Anak Tanjung, dari Hujung Kota…” dalam Noordin Hassan (peny.) Teater fitrah dan esei pilihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azlan Abd. Rahman. (2000). Israk dan Mikrak Antara yang Trsurat dan Tersirat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Benjamin B. S. et al. (1956). Taxonomy of educational objective: the classification of educational goals. United States of America: Longmans, Green and Co. Ltd. Bloom, B. S. (Ed). (1992). Taksonomi objektif pendidikan: Buku pedoman 1: Domain Kognitif. Terjemahan Abdullah Junus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Breton, Andre. (1972). Manifestoes of Surrealism. United State of America: Ann Arbor Paperbacks. Chew Fong Peng. (2006). Pembentukan negara bangsa melalui pendidikan sastera dalam Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006. Chew Fong Peng. (2008). “Persepsi khalayak terhadap isu-isu pendidikan sastera perpaduan” dalam Jurnal Sari 26, (2008) ms 3-25. Collins English Dictionary. (1994), California: HarperCollins. Diani Mardiana Mat Zin, Amirah Zainun & Farhana Abdul Razak. (2017). “Tekanan emosi dalam kalangan pelajar pintar berbakat.” Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, special issue (2017). Dicken Kilue & Tajul Arifin Muhamad. (2017). “Cabaran pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah di Malaysia.” Dalam Journal of Nusantara Studies 2017, Vo. 2 (2) 53-65. Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Edi Hendri Mulyana. (2010). “Profesional dan cerdas emosi”. Jurnal Saung Guru. Jilid 1, Terbitan 2. Elan Sumarna. (2016). “Syariah Islam dalam penguliran sosial, politik danbudaya” dalam Jurnal Sosioreligi Vol 14, No, 2, Edisi September 2016. Jakarta: Universitas Pendidikan Indonesia. EvaIryani. (2017). “Hukum Islam, demokrasi dan hak asasi manusia”dalam Jurnal Ilmiah Universitas Batanghari Jambi Vol.17 No.2 Tahun 2017. Jambi: Universitas Batanghari. Fairus Ridzuan Abd. Jalil. (2014). “Pembangunan rohani menurut perspektif Imam Fakhr Al-Din Al-Razi dalam Kitab Al-Nafs Wa Al-Ruh Wa Sharh Quwahuma: satu cadangan penyelidikan.” Universiti Sains Malaysia: Social Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS). Faizah Jalal & Ani Omar. (2015). “Aktiviti lakonan murid bagi pemupukan nilai murni dan perpaduan kaum: Analisis di Pekan, Pahang” dalam Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 2 (26-41)ISSN 1985 -496X. Faizah Jalal. (2017). “Nilai-nilai intelektual dalam drama Ismail Kasan.” Tesis Phd. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Fazilah Husin. (2007). “Teater eksperimental Melayu: Satu kajian bentuk dan struktur teks dramatik.” Tesis Phd. Universiti Sains Malaysia. Fazilah Husin. (2010). Teater Melayu teks dan eksperimental. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Febri Resky Perkasa. (2016). “Perkembangan dan aliran teater kelompok kerja Teater Tesa Universitas Sebelas Maret Surakarta 1987-2014”.Tesis Sarjana Sastera, Universitis Sebelas Maret, Surakarta, Indonesia. Ghazali Darusalam. (2013). Pembangunan Model Pentaksiran Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek (JERI) di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Goleman, D. (1995). Kecerdasan Emosi. Diterjemahkan oleh T. Hermaya. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Utama. Goleman, D. (1996). Working with emotional intelligence. London: Bloombury Publishing Plc. Goleman, D. (1999). Kecerdasan Emosional. Diterjemahkan oleh T. Hermaya. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Utama. Goleman, D. (2000). Kecerdasan emosi untuk mencapai puncak prestasi. Diterjemahkan oleh Alex Tri Kantjono Widodo. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Utama. Hadijah Rahmat. (1991). “Sastera dan manusia Melayu baru” dalam Dinamika budaya (ms 175-212). Singapura: Majlis Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura. Halilah Khalid. (2007). Noordin Hassan dalam esei dan kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamzah Ismail. (1996). “Sandiwara Sebagai Genre Drama Moden Malaysia.” Tesis Sarjana Sastera Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasanuddin WS. (1996). Drama: Karya dalam Dua Dimensi: Kajian Teori, Sejarah, dan Analisis (Edisi Revisi), Penerbit Angkasa Bandung, 2009, Hashim Awang. (1984). Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan dan Sejarah. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Hassan Ahmad (Ed). (2004).Cerita Lipur Lara. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan Dimensi Kajian Teori, Sejarah dan Analisis. Bandung: Penerbit Angkasa Bandung. Hassan Ahmad (Ed), (2007) Cerita Jenaka Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan. HG, Taringan. (1984). Prinsip-prinsip dasar sastra. Bandung: Penerbit Angkasa. Iin Nurbudiyani. (2013). “Pelaksanaan pengukuran ranah kognitif, afektif, dan psikomotor pada mata pelajaran IPS Kelas III SD Muhammadiyah Palangkarya” dalam Anterior Jurnal Vol. 13 No.1, Disember 2013, Fakultas Pendidikan UniversitasMuhammadiyah, Palangkarya. Imas Sumami. (tt). “Konsep kognitif, metakognitif dan hubungannya dengan pendekatan saintifik” dalam kertas kerja Pendidikan Guru Sekolah Dasar Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Pendidikan Indonesia. Intan Farhana Saparudin, Fariza Md. Sham & Salasiah Hanin Hamjah. (2014). “Faktor gangguan emosi dalam fenomena histiria massa remaja Muslim.” Al-Hikmah. Vol. 6 2014. Junaidah Salleh. (2001). “Kepengarangan Noordin Hassan: Suatu Analisis Teori Teksdealisme.” Tesis Sarjana Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia. Junaidah Salleh. (2010). “Interpretasi Noordin Hassan dalam karya Bukan Lalang Ditiup Angin, Tiang Seri Tegak Berlima dan 1400.’ Dalam Siti Aisah Murad (penyusun)s. Kesusasteraan Melayu moden 1970-1979. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamaruzaman Moidunny. (2012). “Artikel 5: Taksonomi Bloom: Perubahan yang diperlukan?” diakses dari http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/ 2012/09/taksonomi-bloom-perubahan-yang.html pada 12 Mei 2019. Kamus Dewan Ed. 3. (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Ed. 4. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Puterajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Pembelajaran Abad ke-21 (AK21). Puterajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Puterajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Khamsiah Ismail. (2018). “Pengurusan Emosi”. Panduan umum diakses dari laman web LPPKN www.lppkn.gov.my/index.php/tips-keluarga/tips-kesihatan/ 116-pengurusan-emosi/file.html. Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Pendidikan Jasmani Tahun Enam. (2015). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Lelya Hilda. (2014). “Hubungan Peristiwa Israk Mikraj dengan Teori Relativitas Einstein” dalam Logaritma Vol. II, No.01 Januari 2014 Madzlan Abet. (2016). “Pemikiran Hatta Azad Khan dalam Teks Drama Muzikal Kampung Baru.” Tesis Sarjana Seni Persembahan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. M. Darwis Hude. (2016). Emosi: Penjelajahan Religio-Psikologis tentang Emosi Manusia di dalam Al Qur'an. Jakarta: Penerbitan Erlangga. Mahaletchimi B. (2011). “Pemikiran Bersepadu 4K dalam Prosa Melayu Tradisional KOMSAS.” Tesis PhD Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Mahzan Arshad & Abdul Jalil Othman. (2011). “Peranan Kesusasteraan Pelbagai Budaya dalam Pembentukan Perpaduan Kebangsaan di Malaysia” dalam Masalah Pendidikan, 34, 2011. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Maizatul Haizan Mahbob & Wan Idris Wan Sulaiman. (2016). The elements of behavioral control in facilitating the acceptance of technological innovation on Malaysia on-line government services. Asian Social Science Journal. Vol.8, No.5:125-131. Maimunah Osman. (2005). Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Intan Management Series. Mana Sikana. (2001. “Kepengarangan Dramatis Noordin Hassan” dalam Sohaimi Abdul Aziz (Ed.) Sasterawan Negara Noordin Hassan Anak Tanjung Pejuang Seni. Pulau Pinang: Penerbit USM. Mana Sikana. (2003). “Kepengarangan Dramatis Noordin Hassan,” dalam Sasterawan Negara Noordin Hassan Anak Tanjung Pejuang Seni. Sohaimi Abdul Aziz (ed). Pulau Pinang: Penerbit USM. Mana Sikana. (2004). Sastera Melayu Pascamodenisme. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ManaSikana. (2013). Koleksi teori sastera klasik, tradisional, moden, pascamoden dan tempatan. Bandar Baru Bangi: Pustaka Karya. Mana Sikana. (2015). Sasterawan Negara di Takhta Keunggulan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Mas Rynna Wati Ahmad. (2015). “Closure: an appropriated technique in Malay absurd plays” in Malay Literature Vol. 28 No. 2, 2015. Mawaddah Abdullah Sirajuddin. (2004). “Drama muzika di Malaysia – Satu kajian bentuk dan ciri”. Tesis Sarjana Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia. Melani Budianta. (2007). “Absurdismedalam SasteraIndonesia”dalam Absurdisme dalam Sastera Indonesia dislenggarakanoleh Dendy Sugono. Jakarta: Pusat Bahasa, Departemen Pendidikan Nasional. Mohamad Haji Abdul Ghani. (2000). “Isu dan Pemikiran dalam Drama Melayu Berunsur Sejarah.” Tesis Sarjana Sastera Universiti Putera Malaysia. Mohamad Nazri Ahmad. (2011). “Waiting for Godot: Acuan Drama Absurd di Malaysia” dalam Jurnal Melayu (6) 2011. ms 211-225. Mohd. Ghazali Abdullah. (1995). Teater Tradisional Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pelancongan dan Kesenian Malaysia. Mohd Sulaiman Yasin. (1987). Pengenalan tamadun Islam konsep kerohanian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan daya fikir panduan memahami konsep-konsep asas serta fungsi pemikiran dalam kehidupan manusia. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd. Azhar Abdul Hamid. (2004). Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd. Ramli Raman.(1991). “Absurdisme dalam Drama Melayu: Analisis Karyakarya Empat Penulis Kontemporari.” Tesis Sarjana sastera Universiti Malaya. Mohd. Rosli Saludin, (2012). “Penghayatan Drama di Sekolah,” dalam Jurnal Peradaban Melayu Keluaran 2012 (7). Tanjong Malim: Institut Peradaban Melayu, UPSI. Mohd. Sulaiman Hj. Yasin. (1987). Pengenalan tamadun Islam konsep kerohanian Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Yusof Hasan & Siti Khariah Mohd. Zubir. (2013). Ikon kesusasteraan: pemikiran global 11 sasterawan negara Malaysia. Tanjong Malim:Penerbit UPSI. Mohd. Yusof Hasan dan Siti Khariah Mohd, Zubir. (2013). Ikon Kesusasteraan 11 Pemikiran Global Sasterawan Negara Malaysia. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Mohd. Yusof Hasan. (2000). Pemikiran Saintifik SPB4L. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Mohd. Yusof Hasan. (2004). Pembinaan Paradigma Pemikiran Peradaban Melayu. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Mohd. Yusof Hasan. (2004b). Pembinaan Teori Pendidikan Pemikiran UPSI. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.s Mohd. Yusof Hasan. (2007). Teori Pendidikan Pemikiran Global. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Muh Asorudin Al Jumhuri. (2015). Belajar Aqidah Akhlak, sebuah ulasan ringkas tentang asas Tauhhid dan Akhlak Islamiyyah.Yogyakarta: Penerbit Deepublish (Grop Penerbitan CV Budi Utomo). Muhammad Dicky Syahputra.(2017).“Dilarang menyanyi dikamarmandi”.Jurnal Kajian Drama, Fakultas Bahasa dan Seni, Universitas Negeri Medan. Muhammad Haji Salleh. (1995). “Mentakrif Sastera Melayu” dalam Penelitian Sastera Metodologi dan Penerapan Teori diselenggarakan oleh S. Jaafar Husin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad MuhyiFaruq & Noorul HudaMat Omar. (2011). 100 permainanluaran kecerdasan kinestetik. Kuala Lumpur: Synergy Media. Muhammad Taufik Ismail & Zaenal Abidin. (2017). “Kontekstualisasi Hijrah sebagai titik tolak pembaharuan pendidikan.”Dalam SUHUF Vol. 29 No. 1, Mei 2017. Muhammad Saiful Haq Hussin. (2010).. Jilid 21, Jurnal Pengajian Melayu, Kuala Lumpur. Nabilah Mohd. Razip. (2012). “Unsur-unsur Islam dalam drama TV bersiri: Kajian terhadap drama Nur Kasih”. Tesis Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya. Nana Syaodah Sukmadinata. (2007). “Kurikulum dan pembelajaran” dalam Ilmu dan aplikasi pendidikan. Bandung: PT Imperial Bhakti. Nani Menon & Rohani Abdullah. (200). Panduan kognitif kanak-kanak prasekolah. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Nazri Muslim & Jamsari Alias. (2004). Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di Malaysia. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Nilai dalam komuniti Pascamodenisme (SIVIC 2004) di Hotel City Bayview, Langkawi, anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia pada 4-6 Setember 2004. Nik Fazli Mohamad. (2015). “Puisi-puisi Melayu Tradisional dalam Drama-drama Noordin Hassan.” Tesis Sarjana Sastera, Universiti Putra Malaysia. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). “Pengajaran gaya bahasa dalam bahasa Melayu.” dalam Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 6, 37-38. Noordin Hassan. (1996). Bukan Lalang Ditiup Angin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noordin Hassan. (1997). Edisi Khas Sasterawan Negara Noordin Hassan Peran Kumpulan Drama, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noordin Hassan. (2002). Teater fitrah dan esei pilihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noordin Hassan. (2006). “…Demi Zaitun…” Kumpulan Drama Pilihan. Kuaala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noraini Ibrahim & Ani Omar. (2017). “Analisis Pengarang dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip Talib” dalam Sains Humanika 9:3 (2017).Skudai: Penerbit UTM Press. Nurhadi BW. (2010). Perkembangan Mutakhir Teater Indonesia. Yokyakarta: Tahomata Press. Nur Iswantara. (2007a). Mencipta tradisi teater Indonesia. The University of Michigen: CS Book Othman Napiah. (2001). Pengantar ilmu tasawuf. Penerbit Universiti Teknologi M.alaysia. Oxford advanced learner's dictionary of current English. (2005). Oxford: Oxford University Press. Pena Minang. (2014). “Sajak Melayu – Usman Awang” diakses dari laman web www.penaminang.com/2024/09/sajak-melayu-usman-awang.html Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Rahmah Bujang. (1987). 1400 antalogi drama kontemporari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Rahmah Bujang. (1975). Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan di Tanah Melayu dan Singapura. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahmah Bujang. (1982). Drama Melayu 25 Tahun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahmah Bujang. (2002). “Kandungansemantik keislaman dalam dramaMalaysia,” dalam Teater Fitrah dan esei pilihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raihanah Syahirah Mohd Roslee. (2017). “Bahasa dan pemikiran Noordin Hassan dalam pembinaan jati diri Melayu berdasarkan buku ‘… Demi Zaitun…’ kumpulan drama pilihan.” Tesis Sarjana Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia. Raja Sabardin Raja Abdullah. (1998). “Drama sebagai media pengajaranpembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah”. Tesis Sarjana Sastera. Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan danKebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rohaida Abdul Rahim& Asmadi Ya’kub.(2007). “Al-Ruh menurut Ibn Qayyimal-Jawziyyah”. Jurnal Usuluddin, Bil 26 (2007) 149-167. Rohana Ishak. (2013). “Pemikiran dalam Puisi Melayu Teks KOMSAS dari Sudut SPB4L”. Tesis Sarjana, Universiti Putera Malaysia. Rohani Md. Yousoff. (2007). “Propagation (Dakwah) of Islam in Noordin Hassan’s 1400 and Children of this Land.” Tesis Sarjana, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Rohani Md. Yousoff. (2010). “Symbols in the Plays of Noordin Hassan.” Tesis Phd, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Rohizani Yaakob. (2001). “Sastera membina Bangsa: Satu analisis persepsi pelajar terhadap teks drama dalam Pendidikan.” TesisPhD, UniversitiKebangsaan Malaysia. Roslan Abdul Wahid. (2007). “Analisis Kepengarangan J.M.Aziz dan Nilai-nilai Kemanusiaan dalam Sajak J.M.Aziz Berdasarkan Pendekatan Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (Luhur, Lahir, Logik dan Lateral)”. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Roslan Abdul Wahid dan Nasirin Abdullah. (2020). “Pemikiran peradaban Melayu dalam cerita-cerita pilihan Mak Yong menerusi perspektif Teori SPB4K.” International Social Science and Humanities Journal Vol. 3, No. 3, 2020. Sahrul N.S.S. (2017). Teater dalam kritik. Kota padang Panjang: Penerbit Seni Padang Panjang. Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai. Kuala Lumpur: PTS Profesional Pulishing Sdn. Bhd. Samin Rabani. (2016). “Analisis Drama Mana Sikana dari Perspektif Teori New Historisisme” Tesis Sarjana Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sari Rahayu Setyaningrum, Triyanti & Yvonne Magdelena Indrawani. (2014). “Pembelajaran di pendidikan anak usia dini dengan perkembangan kognitif pada anak” dalam Jurnal Kesihatan Masyarakat Nasional Vo. 8, No. 6, Januari 2014. Sharif Shaary. (1992). Shahnon dengan Debu Merahnya. Shah Alam: Marwalis Publisher Simpson E. J. (1966). The classification of education objektives, psychomotor domain. Urbane, Illinos: University of Illinos. Simpson E. J. (1972). The classification of education objektives in the psychomotor domain. Washington, DC: Gryphon House. Siti Khariah Mohd Zubir. (2015). “Pembangunan sahsiah belia dan teori SPB4K dalam novel Nisah Harun” dalam Jurnal Melayu bil.14 (1). Siti Khariah Mohd Zubir (2016). Pengajaran Komsas berpusatkan murid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka. Sohaimi Abdul Aziz. (2001). Kesusasteraan Bandingan: Perkembangan, Pendekatan, Praktis. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Solehah Ishak. (2003). “Semiotik Teater: Penanda, Simbol dan Maknadalam Karya Noordin Hassan,” dalam Sohaimi Abdul Aziz (Edt). Sasterawan Negara Noordin Hassan Anak Tanjung Pejuang Seni. Pulau Pinang: Penerbit USM. Solehah Ishak. (2004). “Theplaywright-director: Noordin Hassan’s Islamic theatre production.” Kertas kerja yang dibentangkan dalam FIRT conference “The Director in the Theatre Worla,” St. Petersburge, Russia, May 22-28, 2004. Soon Choon Mee. (2001). “Pengarahan Teater: Suatu Kajian tentang Sumbangan Krishen Jit” tesis Sarjana Sastera, Universiti Malaya. Suhariyadi. (2014). Dramaturgi. Lamongan, Surabaya: PustakaIlalang. Sumiyadi. (2010). “SasteraPendidikan danPendidikan Sastera” Jurdiksastttttrasia. FPBS UPI. Susianti Selaras Ndari, Amelia Vinayastri & Khusniyati Masykuroh. (2018). Metode perkembangan sosial emosi anak usia dini. Kota Tasikmalaya: Edu Publisher. Suzyliana Mamat. (2016). “Tahap kecerdasan emosi dalam kalangan remaja di Koleh Universiti Islam Melaka” dalam Jurnal Sains Sosial Jilid 1 2016: 115-136. Tadkiroatun Musfiroh. (2014). Pengembangan kecerdasan majmuk. Banten: Universiti TerbukaIndonesia. Tomei, L. A. (2005). Taxonomy for the technology. Harshey PA: Information Science Publishing. Tompang @ Abdul Razak Haji Mamat, (2002). “Analisis Intertekstualiti dalam Drama Mana Setangginya? Karya Noordin Hassan.” TesisSarjanaSastera, Universiti Kebangsaan Malaysia. Trisno Santoso, RetnoSayektiWisik Lawu Purbo Utami, Sekar Galuh Endah Pinuji Lawuningrum, JantaSetiana, (2010). Seni Teater untuk SMP/MTs Kelas VII, VIII, dan IX. Jakarta: Pusat Perbukuan, Kementerian Pendidikan Nasional, Indonesia. Ummi Hani Abu Hassan. (2011). “Drama Dakwah Di Malaysia: Kajian Tentang Proses Penulisan Skrip.” TesisSarjana, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya. Webster’s New World College Dictionary .4th ed. (1999). New York: Macmillan. Wiyanto, Asul. (2002). Trampil bermain drama. Jakarta: Grasindo. Zaenal Arifin. (2014). “Kritik Sosial dalam Naskhah Drama Jangan Menangis Indonesia Karya Putu Wijaya” dalam Jurnal Bahasa Sastera No 1, Ogos 2014. Bandung: Universitas Pendidikan Indonesia. Zaini-Lajoubert, Monique. (2010). “Karya Sastera Melayu Moden yang berilhamkan Karya Sastera Melayu lama” dalam Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 1:2 (2010):113-143. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Zakaria Ariffin. (1984). Drama Tiga Zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zakaria Ariffin. (2007). “Noordin Hassan: Antara yang Tersurat dengan yang Tersirat” dalam Halilah Hj Khalid (peny.) Noordin Hassan dalam Esei dan Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulfaisal Putera. (2015). “Kata Penghantar Dendam Gurindam’ dalam 1000 Gurindam tentang Tuhan, hidup, dan cinta. Jakarta: Transmedia. Zulhilmi Paidi, Rohani Hj. Ab. Ghani, Nor Azlah Sham Rambely etal. (2018). “Gerakan Anti Penjajahan”, dalam Kenegaraan Malaysia. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |