UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pendidikan Seksualiti merupakan satu bentuk pendidikan yang masih dianggap tabu
oleh sesetengah pihak dan masyarakat. Hal ini kerana disebabkan dengan satu istilah
iaitu “seks” yang membawa pandangan yang berbeza kepada sesetengah orang dan ia
dianggap sebagai stigma masyarakat di Malaysia hari ini. Punca Pendidikan Seksualiti
ini masih dianggap sebagai kurikulum yang tidak relevan diajarkan di sekolah,
antaranya ialah isu kewajaran dan kesediaan murid menerima isi kandungan
Pendidikan Seksualiti, isu kebimbangan ibu bapa terhadap pelaksanaan Pendidikan
Seksualiti dan isu kredibiliti guru. Kajian ini akan memfokuskan kepada isu kredibiliti
guru menerapkan Pendidikan Seksualiti ini kepada murid-murid. Justeru, kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru menerapkan elemen Pendidikan
Seksualiti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah dan
menjadikan tiga aspek kesediaan guru sebagai perkara utama yang dikaji iaitu
kesediaan kognitif, afektif dan tingkah laku. Pendekatan kualitatif dengan kaedah temu
bual telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel adalah berfokus kepada guruguru
Pendidikan Islam berpengalaman yang melibatkan seramai sembilan orang
peserta kajian di daerah Tenom, Sabah. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan lima
strategi mengumpul data iaitu temu bual, transkrip data, analisis data mengikut tema
dan kategori, persembahan data serta penghasilan kesimpulan. Kajian ini mendapati
kesedian guru dari aspek kognitif adalah baik dan memberangsangkan yang mana
kesemua peserta kajian mengetahui secara umum tentang Pendidikan Seksualiti,
kewujudan Pendidikan Seksualiti dalam Pendidikan Islam dan kewujudan modul
Pendidikan Kesihatan Keluarga (PKK). Dari segi kesediaan afektif, didapati juga
kesemua mereka mampu mengutarakan pandangan dan menghurai jawapan dengan
baik. Walau bagaimanapun, dalam aspek ini didapati ada peserta kajian yang tidak
sanggup untuk mengajar Pendidikan Seksualiti sekiranya ia dijadikan kurikulum
khusus atas beberapa faktor yang telah dibincangkan dalam kajian ini. Akhir sekali,
dari aspek kesediaan tingkah laku, didapati kesemua peserta kajian mempunyai
kesediaan yang baik dan mampu untuk memberikan pandangan dan cadangan
penambahbaikan terhadap kurikulum ini. Kesimpulannya, pelbagai pihak seperti
Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah dan guru Pendidikan Islam perlu
mengutamakan kesediaan dalam semua aspek sebelum menerapkan elemen
Pendidikan Seksualiti dalam Pendidikan Islam. Kajian ini juga dapat menyumbang
kepada pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti dan guruguru
khususnya guru Pendidikan Islam di Malaysia. |
References |
Amir Hasan Dawi. (2007). Pendidikan Seks: suatu perspektif sosial. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abd Rahim Abd Rashid. (2010). Pendidikan Seksual: perspektif kurikulum, pengajaran dan tingkah laku moral. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributiors SDN BHD
Ang Chai Tin. (2014). Pembinaan Modul Pendidikan Seksualiti Masalah Pembelajaran Peringkat Menengah: Satu Kajian Berdasarkan Analisis Keperluan. (PhD Thesis). Universiti Sains Malaysia.
Ain Fatiah Aziz et all. (2018) Pendidikan Seksual dalam Kalangan Remaja di Malaysia. Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin.
Azizah Jaafar & Chan Siew Lee. (2009) Reka Bentuk dan Perkembangan Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Seksualiti Malaysia (MSE). Jurnal Pendidikan Malaysia. h, 125-142.
Adibah Muhtar et all. (2018) Elemen Pendidikan Seks dalam Pendidikan Islam. Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari. Terengganu. Universiti Sultan Zainal Abidin.
Irsyad Hazim et all. (2022) Perspektif Ibu bapa Terhadap Pendidikan Awal Seksual Kepada Kanak-kanak. Malaysian journal of Sosial Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia, h, 1-10.
Jasmi, K. A. (2012) Analisis data dalam penyelididkan kualitatif. Jurnal Penyelidikan. Mersing, Johor. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim.
Jaja Suteja et all. (2021) Revitalisasi Pendidikan Seks dalam Upaya Pencegahan Kekerasan Seksual Anak. Professional, Empathy and Islamic Journal. Vol.4, No. 2, hlm. 115-136.
Jeffrey P. Moran. Sex Education dibuka pada 11 November 2022. http://www.faqs.org/childhood/Re-So/Sex-Education.html
Luluk Ifadah. (2022). Penguat Edukasi Seksual Dini pada Kurikulum Pendidikan Islam Terintegrasi Sains. Prosiding The Annual Conference on Islamic Religious Education. Temanggung Jawa Tengah, Indonesia, Institut Islam Nahddlatul Ulama.
Lexy J. Moleong (1989). Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung, Indonesia: PT Remaja Rosdakarya.
Masturah Kamaruddin et all, (2011). Tahap Kesediaan Pengajaran Pendidikan Seksualiti Guru Pelatih Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal penyelidikan dedikasi. h. 128-137.
M. Khaliq Shalha. (2015). Konsepsi Pendidikan Seks Untuk Anak dalam Pandangan Abd Allah Nasih 'Ulwan. Jurnal Pascasarjana. Vol. 10, No. 1.
Noor Hisham Md Nawi. (2011). Konsepsualisasi Semuala Kurikulum Pendidikan Islam. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Prame Liamputtong. (2014) Kaedah Penyelidikan Kualitatif. Serdang, Selangor: Universiti Pertahanan Malaysia.
Suhaila Ihwani et all, (2017). Pengajaran Elemen Pendidikan Seks dalam Pendidikan Islam. Jurnal Penyelidikan. h, 1-9.
Seth Sulaiman & Cheong Peck Chuan. (2011). Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan Seks di Sekolah: Satu Tinjauan di Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakuti Pendidikan. Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
SIECUS. (2019) National Teacher Preparation Standards for Sexuality Education.
Siti Amaliati. (2020) Konsep Tarbiyatul Aulad Fi Al-Islam Abdullah Nashih Ulwan dan Relevansinya dengan Pendidikan Islam untuk "kidz Jaman Now". Jurnal Pendidikan dan Perkembangan Anak. Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah Raden Santri, Gresik.
Talhah Ajmain. (2019) Pendidikan Anak-anak Menurut Abdullah Nasih Ulwan. Seminar Kebangsaan Keluarga Sejahtera. Johor, Universiti Teknologi Malaysia.
Vinh T. Nguyen et all. (2022) Factors Influencing Elementary Teachers' Readiness in Delivering Sex Education amidst Covid-19 pandemic. International Journal of Learning, Teaching and Education Research, Vol. 21, No. 2, pp. 320-341.
Wardah Hanifah Ramadhani. Bagaimana Mula Munculnya Pendidikan Seksual? (2021). dibuka pada 21 November 2022. https://ibtimes.id/bagaimana-asalmula- munculnya-pendidikan-seksual/
Yusuf Madani (2003). Pendidikan Seks untuk anak dalaam Islam: Panduan bagi orang tua, ulama, guru dan kalangan lainnya. Jakarta, Indonesia: Pustaka Zahra
Zarina Eshak et all, (2020) Analisis Masalah dan Jenis Kemahiran Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak Prasekolah dari Sudut Pandangan Guru dan Ibubapa. Jurnal Pendidikan Antarabangsa, Psikologi dan Kaunseling, h, 152-162. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |