UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerapan pengajaran berasaskan elemen multimedia
dalam teks Sulalatus Salatin. Multimedia merupakan segala bahan PdP yang mengabungkan
unsur-unsur teks, grafik, animasi, imej, suara dan video seperti CD-ROM, permainan komputer
dan sebagainya bagi membolehkan pengalaman sebenar terhadap tajuk yang diajar atau
dipelajari. Tujuan penggunaan multimedia adalah sebagai alat komunikasi yang boleh
merangsang pelbagai deria. Objektif kajian ini ialah i) Mengenal pasti penerapan pengajaran
berasaskan multimedia dalam teks Sulalatus Salatin bagi Tingkatan 6. ii) Menganalisis tahap
keberkesanan dalam mengaplikasikan pengajaran berasaskan multimedia bagi teks Sulalatus
Salatin sebagai bahan bantu mengajar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah
kuantitatif. Kaedah kualitatif yang digunakan ialah kaedah kepustakaan. Kaedah kepustakaan
ini digunakan untuk rujukan bagi membuat item soal selidik dan untuk melengkapkan kajian
seperti menyelitkan kajian lepas, teori dan sebagainya. Kaedah kuantitatif yang digunakan ialah
soal selidik. Soal selidik ini digunakan untuk kedua-dua objektif kajian yang mempunyai 15
item di mana objektif 1 mempunyai 10 item dan objektif 2 pula mempunyai 5 item. Soal selidik
ini memfokuskan kepada 38 orang pelajar tingkatan 6 dan 4 orang guru Kesusasteraan Melayu
Komunikatif. Dapatan kajian mendapati bahawa ada responden yang tidak setuju, tidak pasti,
setuju dan sangat setuju dengan item yang diberi. Dapatan kajian bagi objektif 1 menunjukkan
ada dapatan yang paling tinggi dan paling rendah berdasarkan item yang telah diutarakan dalam
soal selidik. Hasil dapatan objektif 2 juga menunjukkan ada item yang mempunyai hasil
dapatan yang paling tinggi dan paling rendah. Oleh itu, penerapan pengajaran berasaskan
multimedia ini menunjukkan bahawa multimedia ini penting untuk mengaplikasikan
pengajaran teks Sulalatus Salatin bagi menggantikan teknik analisis pembacaan yang
menyukarkan pelajar untuk memahami peristiwa yang terdapat dalam teks ini. Secara
keseluruhannya kajian ini menunjukkan guru perlu mengubah teknik pengajaran yang boleh
digunakan untuk sesi PdP supaya dapat menarik minat pelajar dengan penggunaan bahan bantu
mengajar yang menarik. |
References |
Abd Rahman, Y. & Abdullah, W. M. R. (2001). Mengukur Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Menjalankan Tugas Pentadbiran Dan Pengajaran. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Adenan Ayob. (2011). Multimedia dalam pengajaran bahasa Melayu.Selangor: Emeritus Publications
A.Halim Ali. (2019). Intisari Teori Sastera Barat dan Malaysia. Selangor: NHA Excell Resources.
Ahmad Hatip & Windi Setiawan. (2021). Teori Kognitif Bruner Dalam Pembelajaran Matematik. Jurnal Pendidikan Matematik. Vol. 5(2). 87-88.
A. Samad Ahmad. (2008). Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Badudu & Zain. (1996). Kamus Umum Bahasa Indonesia. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan
Balkis Samera Lot Ulu. (2020). Multimedia dalam Sastera. Diakses daripada https://www.scribd.com/presentation/451464437/Multimedia-Dalam-Sastera#
Ismail Bin Basiron. (2012). Kesan Kaedah Pengajaran Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran Seni Visual. Tesis Ijazah. Universiti Tun Hussein Onn, Johor, Malaysia.
Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2005. Multimedia Konsep dan Praktis. Batu Caves:Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.
Jenry Saiparudin. (2017). Peranan Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Diakses daripada https://www.slideshare.net/JenrySaiparudin/peranan-multimedia-dalampengajaran-dan-pembelajaran
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Pertama (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Majlis Peperiksaan Malaysia. (2012). Kesusasteraan Melayu Komunikatif (Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh). Selangor: Majlis Peperiksaan Malaysia.
Mohammad Mokhtar Abu Hassan, (2022). Pendekatan Pengurusan :Penerapan terhadap Karya Sastera. Selangor: MK e-Solutions Sdn. Bhd.
Nordin Mamat & Rosmidah Asong. (2014). Penggunaan CD multimedia interaktif dalam meningkatkan kefahaman bahasa Inggeris dan mengubah tingkah laku pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan,Vol.3(1), 79-99.
Norkhairani Abdul Rawi. 2004. Pembangunan perisian kursus multimedia untuk belajar membaca: satu pendekatan hibrid (HALR). Tesis Sarjana, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan MalaysiaNur Aisyah Mohammad Nor, Zamri Mahmood & Affendi Ahmad. (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Perisian Multimedia Dalam Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 2(1). 1-16
Penerbit UTHM. (2021). Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Diakses daripada https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/6569/4182
Rochanda Wiradintana. (2018). Revolusi Kognitif Melalui Penerapan Pembelajaran Teori Bruner Dalam Menyempurnakan Pendekatan Perilaku (Behavioural Approach). Jurnal Kajian Pendidikan Ekonomi dan Ilmu Ekonomi. Vol. 2(1). 2549-2284.
Rozina Jamaludin (2004). Asas-Asas Multimedia Dalam Pendidikan. Siri Pengajian Dan Pendidikan. Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributiors Sdn. Bhd.
Suwarnee Mohd Solah. (2006). Persepsi terhadap kesediaan dan tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah bandar dan luar bandar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Weebly. (2021). Konsep Multimedia. Diakses daripada http://multimediababempat.weebly.com/41-konsep-multimedia.html
Zamri Mahmood & Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi Guru Tentang Penggunaan Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Journal of Language Studies. Vol. 11(3). 163-177 |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |