UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Bahan bantu mengajar banyak memberi manfaat kepada guru bagi membantu dan
merangsang tumpuan murid untuk belajar. Kajian ini menfokuskan teknik pengajaran
berdasarkan penggunaan gamifikasi Darab-Silang dan Jubin dalam topik kembangan
dua ungkapan algebra. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan pencapaian
murid tingkatan dua termasuk kajian perbandingan jantina dan bangsa dalam
pengajaran dan pemudahcara yang melibatkan penggunaan gamifikasi Darab-Silang
dan Jubin dalam topik kembangan dua ungkapan algebra. Reka bentuk kajian yang
digunakan ialah pendekatan kuantitatif. Pra-eksperimen digunakan untuk membuat
perbandingan antara kedua-dua gamifikasi berdasarkan pencapaian murid. Sampel bagi
kajian ini ialah 70 orang murid tingkatan dua, terdiri daripada 35 orang murid lelaki
dan 35 orang murid perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Katholik di Daerah
Tanjong Malim, Perak, Malaysia. Di samping itu, mereka juga terdiri daripada 35 orang
murid Cina dan 35 orang murid India. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
adalah ujian pencapaian, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan
menggunakan statistik inferensi bagi menguji hipotesis kajian dan membuat
kesimpulan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara
pembelajaran yang melibatkan penggunaan gamifikasi Darab-Silang dan Jubin dalam
topik kembangan dua ungkapan algebra berdasarkan pencapaian murid tingkatan dua.
Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian murid tingkatan
dua merentas jantina dan bangsa terhadap penggunaan gamifikasi Darab-Silang dan
Jubin dalam topik kembangan dua ungkapan algebra. Berdasarkan kajian ini,
gamifikasi Darab-Silang merupakan bahan bantu mengajar yang terbaik dipilih oleh
guru untuk mengajar topik kembangan dua ungkapan algebra. |
References |
Alio, B. C., Iyoke, J. O. & Keven, C. A. (2019). Effects of Algebraic Equation Game On Secondary School Students’ Achievement in Algebra in Nsukka Education Zone, Enugu State, Nigeria. Abacus (Mathematics Education Series), 44(1), 136-143. Athirah Zainal Abidin, Nor Mashitah Mohd Radzi, Hamsa Hameed Ahmed & Putri Afzan Maria Zulkifli. (2021). Kesahan Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-Kanak (IPSK) menggunakan Model Miller. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 118-131. Azia Sulong, Abu Bakar Ibrahim & Ashardi Abas. (2021). Keberkesanan Pendekatan Kelas Berbalik Berasaskan Gamifikasi Terhadap Tahap Penglibatan Dalam Kalangan Pelajar Pra-Universiti. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Azita Ali & Lutfiah Natrah Abbas Azrina Mohmad Sabiri. (2021). Keberkesanan Pembelajaran Gamifikasi dalam Pencapaian Pelajar bagi Topik Nombor Kompleks. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 108-122. Brase, C. H. & Brase, C. P. (2018). Understandable Statistics: Concepts and Methods (Edisi Kedua Belas). United States: Cengage Learning. Chan, L.Y., Sharifah Osman, Dian Kurniati, Edi Sunjayanto Masykuri, Jeya Amantha Kumar & Chuzairy Hanri. (2020). Difficulties that Students Face when Learning Algebraic Problem-Solving. Universal Journal of Educational Research, 8(11), 5405-5413. Chia, H. M. & Zhang, Q. (2021). Malaysian Secondary School Students’ Values In Mathematics Learning: A Preliminary Analysis. Proceedings of the 44th Conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education, 2, 145-152. Chua, Y. P. (2020). Mastering Research Methods. Malaysia: McGraw-Hill Education. Deringöl, Y. (2018). Mathematics attitudes and academic self-concepts of gifted and talented students. Acta Didactica Napocensia, 11(2), 79-88. Diba, D & Prabawanto, S. (2019). The analysis of students’ answers in solving ratio and proportion problems. Journal of Physics: Conference Series, 1157, 1-7. Faridah Anum Abdul Wahid, Abdul Halim Husain & Zahiah Haris. (2021). Elemen Kreativiti dalam PAK-21: Teori dan Faktor Mempengaruhinya. International Journal of Creative Industries, 3(8), 13-36. Fraenkel, J. R., & Wallen, N.E. (1996). How to Design and Evaluate Research. USA: Mc.Graw-Hill Inc. Garzón, J., & Bautista, J. (2018). Virtual algebra tiles: a pedagogical tool to teach and learn algebra through geometry. Journal of Computer Assisted Learning, 34(6), 876–883. Hanif Naufal. (2021). Model Pembelajaran Konstruktivisme Pada Matematika Untuk Meningkatkan Kemampuan Kognitif Siswa di Era Merdeka Belajar. Seminar Nasional Pendidikan Matematika, 2(1), 143-151. Harris Shah Abd Hamid & Muhamad Karimi Sulaiman. (2018). Analisis Statistik dengan JASP: Buku Panduan Pelajar. Diperoleh daripada https://static.jasp- stats.org/Statistical%20Analysis%20in%20JASP%20-%20A%20Students%20 Guide%20v1.0%20Bahasa%20Melayu%20pre-release.pdf. Hart, S., & Ganley, C. M. (2018). The nature of Math anxiety in adults: Prevalence and correlates. Hasni Shamsuddin, Jazimah Shamsuddin, Azwan Hairi Rabas, Nurul Nor Shahda Abd Talib, Nurul Syazwani Ismail & Ahmand Zamri Khairani. (2021). The Effect of Gender and Ethnicity on Selected Topics in Mathematics among Secondary School Students. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11(1), 1-8. Joshi, T. R. (2019). Investigating Students’ Mathematical Difficulties in Quadratic Equations at Grade IX (Tesis Sarjana). Diperoleh daripada https://elibrary.tucl.edu.np/bitstream/123456789/1724/2/thesis.pdf. Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/293097747_Kesahan_dan_Kebolehpercayaan_dalam_Kajian_Kualitatif. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/muat- turun/penerbitan-dan-jurnal/1818-pelan-pembangunan-pendidikan-2013- 2025/file. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/images/kpm/KPM/UKK/2018/06%20Jun/Panduan% 20SKPMG2.pdf. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Laporan Kebangsaan TIMSS 2019. Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/rujukan-akademik/3918-buku-laporan-timss-2019/file. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Statistik Bilangan Sekolah, Murid & Guru. Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/en/statistik-menu/statistik- bilangan-sekolah-murid-guru. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2022). Visi dan Misi. Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/index.php?id=1&lang=my. Khairulazuad Husain. (2018). Kebimbangan Matematik Dengan Pencapaian Matematik Dan Faktor Demografi Dalam Kalangan Pelajar Matrikulasi. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 14, 81-111. Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 608. Lau, B. F. & Lim, H. L. (2019). Effects of the metaphor in algebra learning among students in lower secondary. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 5(2), 51-70. Lily Hanefarezan Asbulah, Maimun Aqsha Lubis, Ashinida Aladdin & Mus’ab Sahrim. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Strategi Pembelajaran Kolokasi Bahasa Arab: Analisis Menggunakan Model Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(3), 131-140. Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman & Khairul Anuar Bahrin. (2019). Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Guru-Guru Sekolah Rendah. Jurnal IPDA, 26(1), 13-24. Mejía-Rodríguez, A.M., Luyten, H. & Meelissen, M.R.M. (2021). Gender Differences in Mathematics Self-concept Across the World: an Exploration of Student and Parent Data of TIMSS 2015. International Journal of Science and Mathematics Education volume, 9, 1229–1250. Mier, H. I. V., Schleepen, T. M. J., & Berg, F. C. G. V. (2019). Gender Differences Regarding the Impact of Math Anxiety on Arithmetic Performance in Secondand Fourth Graders. Frontiers in Psychology, 1-13. Mohamad Johdi Salleh. (2022). Falsafah Pendidikan Kebangsaan Paradigma J.E.R.I.S.A.H Membina Insan Sejahtera Bertaqwa: Perspektif Kepimpinan Pendidikan Dan Guru-Guru. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 197-215. Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nahdatul Hazmi. (2019). Tugas guru dalam proses pembelajaran. Journal of Education and Instruction, 2(1), 56-65. Noor Azimah Abdul Ghani. (2019). Pembangunan Set Lengkap ASK (Algebra Story Kit) Membantu PdP Dalam Matematik. Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), 4(3), 57-68. Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Diperoleh daripada http://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-09.pdf. Norazlin Mohd Rusdin, Siti Rahaimah Ali & Muhamad Faiz Mahamad Zain. (2021). Kebolehgunaan Modul Pedagogi Pembelajaran Aktif Berasaskan Kemahiran 4k bagi Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14(2), 65-77. Norfaizah Md Kamary & Mahizer Hamzah. (2019). Kesediaan guru matematik daerah Kuala Langat dalam melaksanakan pembelajaran abad ke 21. Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan, 110-130. Nur Nazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9, 18-28. Nur Zila Muhamad Jubri, Effandi Zakaria & Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore. (2020). Penggunaan teknik jubin algebra dalam penguasaan kemahiran pendaraban ungkapan algebra bagi pelajar tingkatan 2. Jurnal Dunia Pendidikan, 1(3), 74-88. Nurhadi. (2020). Teori Kognitivisme Serta Aplikasinya Dalam Pembelajaran. Jurnal Edukasi dan Sains, 2(1), 77-95. Nurfatimah Sugrah. (2019). Implementasi Teori Belajar Konstruktivisme Dalam Pembelajaran Sains. Humanika, Kajian Ilmiah Mata Kuliah Umum, 19(2), 121-138. Nurul Atiqah Nizam & Roslinda Rosli. (2021). Efikasi Kendiri dan Pengetahuan dalam Topik Pecahan bagi Murid Tahun Empat. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11(1), 77-87. Ong, C. Y., Syahrul N. Junaini, Ahmad A. Kamal dan Laili F. Md Ibharim. (2020). 1 Slash 100%: Gamification of Mathematics With Hybrid QR-Based Card Game. Indonesian Journal of Electrical Engineering and Computer Science, 20(3), 1453-1459. Rahimah Wahid. (2020). Keberkesanan pembelajaran berasaskan permainan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Journal of Education and Social Sciences, 16(1), 9-13. Riadi, A., Atini, N. L. & Ferita, R. A. (2019). Thinking skills of junior high school students related to gender. International Journal of Trends in Mathematics Education Research, 2(3),112-115. Ridho Agung Juwantara. (2019). Analisis Teori Perkembangan Kognitif Piaget pada Tahap Anak Usia Operasional Konkret 7-12 Tahun dalam Pembelajaran Matematika. Al-Adzka: Jurnal Ilmiah Pendidikan Guru Madrasah Ibtidaiyah, 9(1), 27-34. Rosyafinaz Mohamat, Bambang Sumintono & Harris Shah Abd Hamid. (2022). Analisis Kesahan Kandungan Instrumen Kompetensi Guru untuk Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Menggunakan Model Rasch Pelbagai Faset. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47(1), 1-14. Rowen Tingang Musa, Nor Suriya Abd Karim, Nur Hamiza Adenan, Rawdah Adawiyah Tarmizi, Noor Wahida Md Junus & Vicky Ezekiel Anak Kelong. (2021). Tahap Kesediaan Guru Pelatih Matematik UPSI dalam MelaksanakannPAK21. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14, 82-91. Sarimah Baco & Mohd. Zaki Ishak. (2021). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Ungkapan Algebra Tingkatan Dua. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 127-137. Shahir Omar. (2019). Sukatan pelajaran terlalu padat kekang pengajaran alaf ke-21. Astro Awani. Diperoleh daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sukatan-pelajaran-terlalu-padat-kekang-pengajaran-alaf-ke21-207845. Sim, H. C. & Siti Mistima Maat. (2022). Sorotan Literatur Bersistematik: Faktor Yang Mempengaruhi Kebimbangan Matematik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(9), 1-20. Siti Noridah Ali, Nur Liyana Khalid Khan & Ahmad Taufiq Wafi Abdul Ghani. (2018). Abad 21: Trend pembelajaran dan pengajaran politeknik & kolej komuniti Malaysia. Diperoleh daripada https://www.cidos.edu.my/template/pdf/Trend_PdP_Politeknik_dan_Kolej%2 0Komuniti_16Okt2018.pdf. Siti Rohani Jasni, Suhaila Zailani & Hakim Zainal. (2019). Pendekatan Gamifikasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Journal of Fatwa Management and Research, 358-367. Sylviana Mantihal & Siti Mistima Maat. (2020). Pengaruh Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) terhadap minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik: Satu tijauan sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 82-91. Tonui, G. K., Ongeti, K. & Ayiro, L. (2022). Threshold Concepts in Solving Quadratic Equations Using Factorization Method. International Journal of Recent Research in Physics and Chemical Sciences (IJRRPCS), 8(2), 26-34. Voon, S. H. & Amran, M. S. (2021). Pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme Dalam Pembelajaran Matematik. Sains Insani, 6(2), 73-82. Wong, W. S. & Kamisah Osman. (2018). Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pendidikan STEM dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21. Journal of Social Sciences and Humanities, 3(1), 121-135. Yossita Wisman. (2020). Teori Belajar Kognitif Dan Implementasi Dalam Proses Pembelajaran. Jurnal Ilmiah Kanderang Tingang, 11(1), 209-215. Zahrotul Badi’ah. (2021). Implikasi Teori Belajar Kognitif J. Piaget dalam Pembelajaran Bahasa Arab dengan Metode Audiolongual. Attractive: Innovative Education Journal, 3(1), 76-90. Zulkifly Md Alwayi, Rahimah Embong & Huda Afiqah Hashim. (2020). Perancangan Pengajaran Guru dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan: Satu Kajian Rintis. Asian Journal of Civilizational Studies (AJOCS), 3(1), 11-18.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |