UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) merupakan satu bentuk pentaksiran yang berkesan memberi maklum balas kepada guru tentang kekuatan dan kelemahan murid. PBD mula diadaptasikan dalam pentaksiran Pendidikan Seni Visual (PSV) untuk mengesan pencapaian dan prestasi murid dalam aspek menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari sama ada dari segi kognitif, afektif dan psikomotor seiring dengan objektif mata pelajaran PSV secara menyeluruh dan berkesan. Namun, sejak budaya peperiksaan tradisional telah berakar umbi dalam sistem pendidikan Malaysia, perubahan kurikulum dalam aspek pentaksiran yang menenkankan aspek profil, pencapaian, perkembangan dan penglibatan murid-murid dalam proses pembelajaran telah mencabar kepercayaan para guru khususnya mata pelajaran PSV dikategorikan sebagai mata pelajaran elektif dan tidak mempunyai satu sistem rubrik dan pentaksiran sempurna untuk menilai perkembangan serta prestasi murid-murid. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan dengan faktor yang dikaji dalam aspek pelaksanaan, kesediaan guru, bentuk-bentuk pengujian dan strategi pelaksanaan PBD dalam PSV melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian kes ini melibatkan responden sembilan orang guru mengajar PSV dan tiga orang pentadbir dari tiga buah sekolah yang berbeza lokasi di Hilir Perak. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru masih kurang bersedia dalam pelaksanaan PBD PSV yang selama ini sebagai mata pelajaran elektif dan tidak dititikberatkan. Kesimpulannya, isu guru kurang bersedia dalam pelaksanaan PBD khususnya guru bukan opsyen PSV merupakan cabaran dalam pelaksanaan PBD PSV di sekolah tidak dilaksanakan dengan sistematik dan konsisten. Justeru itu, kerjasama daripada semua pihak penting menyempurnakan cabaran dalam pengadaptasian sistem pentaksiran baharu dan autentik untuk mata pelajaran PSV. |
References |
Abdul Said Ambotang., & Shanti Gobalakrishnan. (2017). Tahap Integriti dan Kesediaan Guru dengan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. International Journal of Education, Psychology Counseling, 2 (4), 1-22. Abdul Zubir Abd Ghani. (2007). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di kalangan guru tingkatan 3. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Abdullah, S. (2018). The emerging alternative practices in Malaysian art (1990s–2015). Art & the Public Sphere, 7(1), 25-41. Anderson, C., & Palm, T. (2018). Reasons for teachers’ successful development of a formative assessment practice through professional development–a motivation perspective. Assessment in Education: Principles, Policy & Practice, 25(6), 576-597. Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Begum, M., & Farooqui, S. (2008). School Based Assessment: Will it Really Change the Education Scenario in Bangladesh? International Education Studies, Vol. 1(No.2), 45–53. Berry, R. (2008). School-Based Assessment in Hong Kong: Policies, Issues, and Practice. Paper presented at the IAEA Annual Conference. Cambridge, UK. Chan, Y. F., Gurnam Kaur Sidhu., & Md Rizal Md Yunus. (2009). School-Based Assessment Enhancing knowledge and best practices. UPENA. Chang, D. W., Morsidi Sirat., & Dzulkifli Abdul Razak. (2018). Education in Malaysia towards a developed nation. ISEAS Yusof Ishak Institute. Chew, F. P., & Muhamad, N. (2017). Readiness of implementation of school-based assessment among the Malay language teachers in national schools. Advanced Science Letters, 23(3), 2169-2173. Dźwigoł, H., & Barosz, P. (2020). Observation as a Research Method in Social Science. Zeszyty Naukowe. Organizacja i Zarządzanie/Politechnika Śląska, (148 Contemporary management), 141-149. Fakhri Abdul Khalil., & Mohd Isha Awang. (2016). Isu kesediaan guru dalam amalan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. EDUCATUM-Journal of Social Science, 2(1): 1-7. Ghosh, S., Bowles, M., Ranmuthugala, D., & Brooks, B. (2017). Improving the validity and reliability of authentic assessment in seafarer education and training: a conceptual and practical framework to enhance resulting assessment outcomes. WMU Journal of Maritime Affairs, 16(3), 455-472. Graham, M. (2019). Assessment in the visual arts: Challenges and possibilities. Arts Education Policy Review, 120(3), 175-183. Hayes, D., Christie, P., Mills, M., & Lingard, B. (2020). Teachers and schooling making a difference: Productive pedagogies, assessment and performance. Routledge. Heale, R., & Twycross, A. (2018). What is a case study?. Iqbal, M. (2017). Effect of Continuous Assessment Techniques on Students' Performance at Elementary Level. Bulletin of Education and Research, 39(1), 91-100. Jankowski, N. A., Timmer, J. D., Kinzie, J., & Kuh, G. D. (2018). Assessment that matters: Trending toward practices that document authentic student learning. National Institute for Learning Outcomes Assessment. Juliana George Jette., & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2020). Hubungan Kemenjadian Murid Dalam Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Guru: Penilaian Pentadbir Sekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 171-179. Kalai Selvan, A. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran Dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal, 3(1), 152-161. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Koh, J. H. L., Chai, C. S., & Lim, W. Y. (2017). Teacher professional development for TPACK-21CL: Effects on teacher ICT integration and student outcomes. Journal of Educational Computing Research, 55(2), 172-196. Koh, K. H. (2017). Authentic assessment. In Oxford research encyclopedia of education. Lee, H. Y., & Mohd Zahuri Khairani. (2018). Pelaksanaan PBS guru-guru PSV Hilir Perak dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan estetik. KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 6, 1-10. Lewin, L., & Shoemaker, B. J. (2011). Great performances: Creating classroom-based assessment tasks. ASCD. Madjapuni, M. N., & Harun, J. (2019). Kemahiran Berfikir Kritis melalui Permainan Digital Dalam Persekitaran Pembelajaran Konstruktivisme Sosial. International Journal of Education, 4(28), 73-83. Metz, M. (2018). Pedagogical content knowledge for teaching critical language awareness: The importance of valuing student knowledge. Urban Education, 0042085918756714. Mohamad Azhar Mat Ali., & Shahrir Jamaludin. (2007). Amalan pentaksiran untuk pembelajaran di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, 27(1). Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Musa, R., Ramli, M., Mohd Khairuddin, N., & Abindinhazir, Z. (2019). Eksplorasi lakaran bertema kenderaan serta kesan terhadap kreativiti kanak-kanak. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 7, 72-80. Retrieved from http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2708 Othman, J. (2019). Reform In Assessment: Teachers’Beliefs and Practices. Journal of Teaching English for Specific and Academic Purposes, 501-512. Pellegrino, J. W. (2017). Teaching, learning and assessing 21st century skills. Ramli, M. F., & Musa, R. (2020). An exploration of thematic sketch through visual arts activities towards the preschool children. Southeast Asia Early Childhood Journal, 9(2), 132-143. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/SAECJ/article/view/3920 Reynolds, H. L., & Kearns, K. D. (2017). A planning tool for incorporating backward design, active learning, and authentic assessment in the college classroom. College Teaching, 65(1), 17-27. Saedah Siraj., Muhammad Faisal A. Ghami., & Khatijah P. Konyalan. (2009). Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah (PKBS) pada masa depan bagi mata pelajaran Sejarah: Satu Kajian Delphi. Jurnal Pendidikan, 29(2). Sukawati, N. N., Savitri, O. I., Taftania, S., & Ratnasari, Y. T. (2019). Teacher’s Personalities, Performances, and Professionalism: A Descriptive Study. In the 4th International Conference on Education and Management (COEMA 2019). Atlantis Press. Tan, A. M. (2010). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia: Kesediaan guru, isu, dan panduan pelaksanaan. Selangor: Gerak Budaya Enterprise. Tan, Y. J., & Kenayathulla, H. B. (2020). Pentaksiran Bilik Darjah dan prestasi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Hulu Langat, Selangor. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3), 70-90. Vandeyar, S. (2017). The teacher as an agent of meaningful educational change. Educational Sciences: Theory & Practice, 17(2). Wong, J., Baars, M., de Koning, B. B., van der Zee, T., Davis, D., Khalil, M., & Paas, F. (2019). Educational theories and learning analytics: From data to knowledge. In Utilizing learning analytics to support study success (pp. 3-25). Springer, Cham. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |