UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Persembahan Kuntau merupakan sebuah kesenian rakyat masyarakat Iban di rumah panjang. Kuntau adalah seni membela diri daripada serangan musuh yang hanya dilakukan oleh kaum lelaki. Kebiasaannya kaum lelaki yang membawa Kuntau dipanggil sebagai bujang berani. Namun, setelah berlakunya perubahan zaman, persembahan Kuntau telah dipentaskan sebagai sebuah hiburan semasa hari perayaan iaitu Hari Gawai Dayak. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan perubahan fungsi yang melibatkan pandangan masyarakat Iban di Kampung Bayur, Balai Ringin, Sarawak. Selain itu, kajian ini untuk mengetahui seni persembahan Kuntau dari aspek persembahan pentas. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk kualititatif yang melibatkan kaedah temu bual dan rakaman video. Pengkaji telah membuat temu bual beberapa responden yang berpengaruh dikenali sebagai Guro Kuntau, tokoh budayawan dan ahli akademik. Dapatan kajian mendapati bahawa persembahan Kuntau telah berlaku perubahan yang melibatkan aspek bentuk dari segi fizikal yang memerlukan kekuatan tubuh pemain untuk melakukan pergerakan. Selain itu, muzik taboh ajat digunakan dalam tempoh yang cepat. Pengkaji mendapati pengajaran Kuntau pada masa kini bersifat struktur yang tidak melibatkan ritual. Penciptaan baharu dibentuk dengan gaya pementasan yang mempunyai pola persembahan. Hal ini telah memperlihatkan persembahan Kuntau masih diamalkan sebagai satu hiburan pada masyarakat Iban meskipun telah berlaku perubahan sehingga kini. |
References |
Anya Peterson Royce. (1977). The Anthropology of Dance. Canada: Indiana University Press Bloomington and London. Denny Eko Wibowo., & Widyanarto. (2021). Penerokaan Rekaan Hasil Kreatif Tari Seri Inai berdasarkan Tari Inai dari Panggak Laut, Daik Lingga sebagai Sumber Penciptaan Tari. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 9 (1), 1-15. Ghazali Darusalam., & Sufean Hussin. (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Gregory Kiyai. (2019). Ritual Adat Kematian dalam Masyarakat Iban di Sarawak: Artifak Iringan Tukang Sabak. Jurnal Borneo Arkhailogia. 4 (1), 99-116. Gregory Kiyai (2019). Tukang Sabak dalam budaya dan upacara NyabakMasyarakat Iban di Sarawak: Satu Penelitian awal. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 7, 120-125. Geogory Kiyai, Noria Tugang., & Olivia Seer. (2020). Ngajat Iban: Satu penelitian budaya. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 8 (2), 70-83. Geogory Kiyai., & Noria Tugang. (2020). Artifak Budaya Masyarakat Iban: Warisan Dan Pusaka. Jurnal Kinabalu. 26 (1), 59-71. Haslinda Md. Nazri. (2018). Aspek Sosial dan Kebudayaan Masyarakat Iban di Sarawak. Idealogy. 3(2), 79-90. Harry Fandinus., Imam Ghozali., & Asfar Muniir. (2019). Pola Tabuhan Tebah Gendang Dayak Iban Sebaruk Di Kecamatan Sekayam Kabupaten Sanggau. Jurnal Pendidikan Dan Pembelajaran Khatulistiwa. 8 (9), 1-10. Hanizah Jukim., Azlin Iryani Mohd Noor., & Abdul Aziz Zalay@ZaliTaylor. (2020). Keberkesanan Adaptasi Konsep Identiti Budaya Dalam Mereka Bentuk Landskapdi Kawasan Sekolah. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 8 (2), 52-69. Mabong. (2016). Kuntau Iban Patut Dikemansang Nyadi Lumba Enggau Main Moden. Utusan Borneo (Sarawak). 2 Februari 2016. Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2018). Pemuliharaan Warisan Budaya Melalui Perundangan Warisan Dan Agensi Pelaksana Di Malaysia. Jurnal Melayu. 17 (2), 143-159. Nalong Anak Buda., & Johnny Chuat. (2009). Iban pegai Rajah Brooke. Published by Pegari Iban Production. Nalong Anak Buda., & Johnny Chuat. (2007). Gerempung Jerita Tuai Iban. Published by Pegari Iban Production. Pringle, R. (2010). Rajah and rebels: The iban of sarawak under brooke rule 1841-1941. Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak. Richards, A. (1980). An iban-english dictionary. New York: Oxford University Press. Vinson., & Sutlive, J. (2001). The Encyclopedia of Iban Studies: Iban History, Society and Culture. The Tun Jugah Foundation: The Borneo Research Council.INC. Vinson., & Sutlive, J. (1994). Handy reference dictionary of iban and english. Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn Berhad. Wright, L., Morrison, H., & Wong, K. F. (1972). Vanishing world: The ibans of borneo. Madison Avenue; NY: John Waterhill.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |