UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QH301 Biology
Main Author :Suzilawati Shamsudin
Title :Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran biologi berteraskan pembelajaran berasaskan masalah berperancahan (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan penggunaan modul pembelajaran berasaskan masalah berperancahan (PBM-RK) terhadap pencapaian, kemahiran pemikiran kritis (KPK) dan pembelajaran regulasi kendiri (PRK) murid Biologi berprestasi tinggi dan rendah. Pembinaan modul PBM-RK adalah berdasarkan gabungan model Sidek dan Jamaludin serta model 3C3R. Pengintegrasian perancahan PRK dalam modul PBM-RK dilakukan berasaskan penggabungan model maklum balas PRK dan kitaran PRK. Pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen faktorial 3x2 digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 189 orang murid biologi tingkatan 4 daripada enam buah sekolah menengah harian di Daerah Kinta Utara. Modul PBM-RK dibina merangkumi dua tajuk iaitu Ekosistem Dinamik dan Ekosistem Terancam. Pelaksanaan PBM-RK dilakukan melibatkan empat kitaran selama 10 minggu intervensi. Kesan PBM-RK diukur menggunakan instrumen ujian pencapaian biologi, kemahiran pemikiran kritis (MyCT) dan pembelajaran regulasi kendiri (MSLQ-R). Penganalisisan data dijalankan menggunakan ANOVA dua hala, ANCOVA dua hala, MANOVA dan MANCOVA untuk membandingkan kesan pemboleh ubah tidak bersandar terhadap beberapa pemboleh ubah bersandar. Hasil kajian menunjukkan terdapat kesan utama rawatan terhadap pemboleh ubah bersandar pembelajaran regulasi kendiri, pencapaian dan kemahiran pemikiran kritis. Walau bagaimanapun hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan pencapaian pelajar berprestasi tinggi yang mengikuti PBM-RK dengan PBM dan kawalan. Kesimpulan menunjukkan penggunaan modul PBM-RK telah meningkatkan pembelajaran regulasi kendiri, pencapaian dan kemahiran pemikiran kritis pelajar. Implikasinya penggunaan modul PBM-RK dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PBM dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi. Modul ini dikemukakan sebagai alternatif yang boleh digunakan oleh para pendidik ke arah memperkayakan bahan bantu guru dan rujukan tambahan pengajaran dan pembelajaran Biologi
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)