UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Keupayaan untuk memiliki rumah terus menjadi isu utama bukan sahaja bagi setiap individu, malah menjadi agenda penting dalam arus pembangunan negara yang lestari. Pembangunan negara yang pesat telah mengakibatkan proses urbanisasi menerusi penghijrahan masyarakat ke kawasan bandar yang merupakan pusat perkembangan ekonomi negara. Hal ini telah mengakibatkan permintaan yang tinggi terhadap pemilikan rumah di kawasan bandar terutamanya dalam kalangan masyarakat berpendapatan sederhana dan negeri Pulau Pinang tidak terkecuali. Penulisan ini membincangkan mengenai faktor multidimensi yang menjadi cabaran masyarakat bandar berpendapatan sederhana di Pulau Pinang untuk memiliki rumah. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif melalui kaedah temu bual bersemuka dan maklumat yang diperolehi telah mencapai tahap ketepuan sehingga 15 informan yang melibatkan penduduk bandar berpendapatan sederhana. Pulau Pinang dipilih kerana kadar kepadatan penduduk dan urbanisasi antara yang tertinggi di Malaysia. Data yang diperoleh melalui temu bual mendalam dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan secara tematik bagi memperoleh dapatan yang bertepatan dengan objektif kajian. Hasil kajian ini mendapati 6 faktor multidimensi yang menjadi cabaran masyarakat bandar berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah iaitu dimensi ekonomi, sosial, geografi, fizikal, infrastruktur dan dasar perumahan. Implikasi utama kajian ini ialah penegasan terhadap kepentingan menganalisis faktor yang menjadi cabaran untuk memiliki rumah dari perspektif multidimensi agar dasar dan strategi perumahan yang dirancang menjadi lebih efektif dan konklusif demi kesejahteraan masyarakat
|
References |
Abdul Rahman, E. (2018). Pembangunan dan kesejahteraan: agenda kemanusiaan abad ke-21. UKM Press. Cheah, S. L., Stefanie, J. A., & Ho, S. W. (2017). Affordable housing : challenges and the way forward. BNM Quarterly Bulletin (4th Quarter). https://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2017/Q4/p3ba1.pdf Creswell, J. W. (2014). Research design: qualitative, quantitative & mixed methods approaches (4th ed.). Sage Publications, Inc. Dzul Ashari, A. B., & Hamzah, J. (2017). Kesejahteraan komuniti dalam skop perumahan mampu milik mampan. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 13(2), 97–114. Ernawati, M. K., Kong, S. L., & Nor’Aini, Y. (2020). The low-middle income housing challenges in Malaysia. Planning Malaysia: Journal of Malaysian Institute of Planners, 18(1), 102–117. Fang, Y. (2005). Residential satisfaction conceptual framework revisited – a case study on redeveloped neighbourhoods in inner city Beijing. Ph.D Thesis. University of Colorado, USA. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2012). Corak dan trend migrasi di Malaysia. Statistik Rasmi Malaysia. https://www.dosm.gov.my/v1/ Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). Poket stats negeri Pulau Pinang. Statistik Rasmi Malaysia. https://www.dosm.gov.my/v1/ Junaidi, A. B., Siti Nor Isma’, M. R., & Rosniza Aznie, C. R. (2020). Faktor mempengaruhi pemilikan rumah dalam kalangan isi rumah berpendapatan sederhana. Akademika, 90(Isu Khas 1/ Special Issue), 115–127. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. (2018). Kajian separuh penggal: Rancangan Malaysia kesebelas 2016-2020: keutamaan dan penekanan baharu. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Nooriah, Y. (2019). Faktor penyumbang kepada tekanan perumahan di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana rendah di Pulau Pinang. Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities, 26(1), 143–171. Noor Sharipah, S. S. (2011). The different scenarios of housing problem in Malaysia. Penerbit UTHM. Nor Malina, M., & Azrina, H. (2012). Pemilikan rumah dalam kalangan masyarakat bandar berpendapatan sederhana dan rendah di Malaysia. Sosiohumanika, 5(2), 269–284. Nor Malina, M., Mohamad Shaharudin, S., Khoo, S. L., Parthiban, S. G., & Zahri, M. (2017). Kemampuan memiliki rumah dalam kalangan keluarga bandar di Malaysia. Geografi, 5(2), 69–77. Norizan, R., Dani, S., & Mazlan, I. (2016). Kemampuan memiliki rumah : satu analisa dari sudut sosioekonomi isi rumah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1(1), 10–16. Patton, M. Q. (2015). Qualitative evaluation and research methods (4th ed.). Sage Publications. Penang Development Corporation. (2017). Affordable housing scheme. http://www.pdc.gov.my/index.php/en/core-areas/property/affordable-housing-scheme Penang Institute. (2016). Buku data asas sosio-ekonomi negeri Pulau Pinang. Pejabat SUK Negeri Pulau Pinang. Rosliana, M., Zaimah, R., & Sarmila, M. S. (2020). Kemampuan pemilikan rumah dalam kalangan M40 di Malaysia. Akademika, 90(Isu Khas 1/ Special Issue), 63–74. Rosylin, M. Y., Shazida Jan, M. K., Fauziah, M. Y., & Nurul Huda, A. M. (2019). Bridging the supply and demand gap for affordable home ownership in Malaysia: the roles of government and financial institutions. Planning Malaysia: Journal Of Malaysian Institute of Planners, 7(1), 160–175. Rowley, S., & Ong, R. (2012). Housing affordability, housing stress and household wellbeing in Australia. AHURI Final Report No. 192. Australian Housing and Urban Research Institute. Shadiya, M. S. B., Fauziah, R., & Aini Suzana, A. (2016). Affordable housing policy: issues and challenges among middle-income groups. International Journal of Social Science and Humanity, 6(6), 433–436. Shuid, S. (2016). The housing provision system in Malaysia. Habitat International, 54, 210–223. Slevitch, L. (2011). Qualitative and quantitative methodologies compared: ontological and epistemological perspectives. Journal of Quality Assurance in Hospitality and Tourism, 12(1), 73–81. Suraya, I., Intan Nadia, J., & Puteri Marjan, M. M. (2015). Making housing affordable. Khazanah Research Institute. Unit Perancang Ekonomi. (2015). Rancangan Malaysia kesebelas 2016-2020: pertumbuhan berpaksikan rakyat. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. United Nation. (2015). Transforming our world: the 2030 agenda for sustainable development. New York: UN. United Nations Economic and Commission for Asia and the Pacific. (2015). Statistical yearbook for Asia and the Pacific. UN-ESCAP. Yasin Abdalla, E. E., & Narimah, S. (2012). Political economy and urban poverty in the developing countries: lessons learned from Sudan and Malaysia. Journal of Geography and Geology, 4(1), 212–223. Zafirah, A. S. Z., Wan Nor Azriyati, W. A. A., Noor Rosly, H., & Tedong, P. A. (2014). Affordable housing schemes: overcoming homeownership problems. Open House International, 39(4), 5–13.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |