UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Radio pernah menjadi media maklumat, pendidikan dan hiburan yang berpengaruh dan popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia sekitar tahun 1921 hingga 1984. Namun, pengkomersialan dan pendigitalan industri radio yang berlaku sekitar tahun 1984 dan 1996 telah mengubah peranannya. Ramai sarjana komunikasi mendakwa bahawa radio sebagai media komunikasi dan maklumat yang hampir mati. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerimaan dan peranan radio dalam kalangan wanita di Semporna, Sabah. Soal selidik berstruktur digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dari 294 responden wanita yang telah dipilih secara rawak untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Data yang dikumpulkan kemudian dianalisis menggunakan ujian khi-kuasa dua, analisis faktor dan ujian Kruskal-Wallis dengan pembetulan Bonferroni. Seramai 58.5% responden menyatakan bahawa mereka masih mendengar radio dan ianya berkait dengan pemilikan set radio. Program berkaitan hiburan merupakan program utama yang didengar oleh responden. Analisis faktor mendapati bahawa program radio yang didengar oleh responden dapat dikategorikan kepada empat iaitu program untuk wanita, program untuk bersantai, program untuk maklumat dan motivasi serta program untuk hiburan. Hasil kajian menunjukkan bahawa radio masih boleh diterima dalam kalangan wanita dan ia mungkin disebabkan oleh adanya pelbagai jenis peranti yang dapat digunakan untuk mengakses radio. Peranan radio dalam era digital juga didapati telah berubah dengan tumpuan lebih kepada untuk tujuan hiburan. Walau bagaimanapun, radio masih memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dan pendidikan kepada masyarakat dengan kandungan radio yang dirancang berdasarkan garis panduan Jabatan Penyiaran Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat membantu industri radio negara pada masa hadapan dalam membangunkan program khusus untuk wanita. |
References |
Ab Halim, T., & Zarin, I. (2004). Pengaruh media massa terhadap pegangan nilai akhlak remaja: kajian ke atas fakir miskin di kawasan luar bandar. Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004) (pp. 1-9). Kedah: Universiti Utara Malaysia. Adhikarya, R. (1977). Broadcasting in Peninsular Malaysia. London: Routledge & Keagan Paul. Ala-Fossi, M. (2010). Future scenarios for the radio industry. In Digital Radio in Europe: Technology, industries & culture. Bristol: Intellect. Anderson, N. J. (2012). Radio broadcasting's digital dilemma. Convergence: The International Journal of Research into New Media Technologies, 19(2), 177-199. doi:10.1177/1354856512451015. Asiah, S. (1996). Pengaruh persekitaran politik & sosiobudaya dalam perkembangan penyiaran radio di Malaysia dari tahun 1920-1959. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Berger, G. (2010). Challenges and perspectives of digital migration for African media. South Africa: The Panos Institute West Africa. Bit Digital. (2002). La radio digital en Espana. Technologia DAB. Darussalam, A. (2005). Penyiaran Malaysia: Dalam era perang. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn Bhd. GfK. (2020). Radio audience measurement 2. Malaysia: GfK. Halbert, J. C. (2015). A case study of HD radio diffusion in the United States. Florida: University of Miami. Intan, I. S. (2018). Digital disruption: making radio modern. In New media in disruption era: a challenge for communication research. media and multiculturalism (pp. 113- 122). Palembang: Aspikom dan Buku Litera. Intan, I. S. (2020). Analisis implikasi perkembangan industri radio dari era penyiaran konvensional ke era penyiaran digital: 1996-2016. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Intan, I. S., & Juliana, A. (2020). Peranan, kandungan & penyampaian radio dalam arus pendigitalan di Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo, 54-64. Jamiah, M., Salasiah, H., Fazilah, I., & Nurul Nabila, M. (2019). Kerelevanan siaran radio terhadap remaja Generasi Z di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 123-142. Jennings, M. (2017). Ujamaa. Oxford Research Encyclopedias: African History. Krause, A. E. (2020). The role and impact of radio listening practices in older adults' everyday live. Front. Psychol, 1-11. McLeish, R. (2005). Radio production. United States of America: CRC Press. Mohd Dally, D., Rahmahtunnissah, S., Md Rozalafri, J., Nursyamimi, H., & Faizatul, M. S. (2012). Kajian penerimaan pendengar terhadap siaran radio Malaysia Negeri FM. Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Mohd Hamdan, A., & Mahat, J. (2017). Bukan sekadar muzik. Kajian radio kampus KK FM. Jurnal Komunikasi Borneo, 313-339. Nielsen. (2015, 12 June). Malaysian radio listenership remain high. Retrieved from Nielsen: http://www.nielsen.com/my/en/press-room/2015/malaysians-radio-listenership-remainhigh.html. Nielsen. (2018). Media landscape 2017-snapshot: An overview of malaysian consumers & their media consumption behavior. United States: Nielsen. Ofcom. (2013). Attitudes towards local radio: A summary of the findings of a quantitative survey of local radio listeners. Britain: Ofcom. Ofcom. (2017). The UK communications market: Radio and audio. Britain: Ofcom. Rahman, U., & Altaf, K. U. (2017). Role of FM Radio in education: A case study of FM Radio in Peshawar. Journal of Social Sciences and Humanity Studies, 9-16. Ribka, A., Md Salleh, H., Bolong, J., Mohd Nizam, O., Lepun, P., & Kamarudin, S. (2020). Frequency of radio consumption among the rural community in Sarawak. International Journal of Social Science Research, 2(3), 66-76. Retrieved from http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr/article/view/10791. Saiful, A. N. (2001). Siaran radio sebagai sumber maklumat di kalangan masyarakat Melayu di Lembah Pantai. Selangor: Universiti Putra Malaysia. Skoog, K., & Badenoch, A. (2020). Women and radio: Sounding out new paths in women's history. Women's History Review, 29(2),177-182. Starkey, G. (2008). The quiet revolution: DAB and the switchover to digital radio in the United Kingdom. Revista Zer, 13(25), 163-178. Statista. (2019). U.S. Radio Industry - Statistics & Facts. United States of America: Statista. Syivero, P., & Ubong, I. (2016). Pembangunan Bandar Kecil di Sabah: Isu dan Cabaran. GEOGRAFI, 4(2), 65 - 82. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/GEOG/article/view/1936. Taber, K. (2018). The use of Cronbach’s Alpha when developing and reporting research instruments in Science Education. Research in Science Education (48), 1273–1296. doi:https://doi.org/10.1007/s11165-016-9602-2. Tacchi, J. (2000). The need for radio theory in the digital age. International Journal of Cultural Studies, 3(2), 289–298. https://doi.org/10.1177/136787790000300217. Verma, A., Sharma, A., & Khan, F. (2020). An evaluative study on the role of Radio 7 for promoting women empowerment in Jaipur. Journal of Critical Review, 78-86. Weaver, H., & Cooley, T. (1953). Competition in the Broadcasting of Ideas and Entertainment. Shall Radio Take over Television? University of Pennsylvania Law Review, 101(6), 721-739. doi:10.2307/3310151.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |