UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kemerdekaan Malaysia dicapai melalui permuafakatan politik pelbagai kaum. Perjuangan, pengorbanan dan sumbangan tokoh-tokoh terdahulu berhasil membentuk sebuah negara merdeka pada 31 Ogos 1957. Merujuk kepada sumber dan dokumen sejarah, artikel ini dihasilkan untuk memberikan peringatan kepada masyarakat agar mempelajari, memahami dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah yang pernah dilalui oleh Malaysia. Dengan bermatlamatkan perpaduan dan keharmonian, hubungan antara kaum dapat dipupuk dan sentiasa terpelihara demi negara Malaysia merdeka. Kegagalan memahami sejarah silam menyebabkan sesebuah negara bangsa itu akan kembali terjerumus dalam kancah perbalahan dan persengketaan kaum yang bukan menguntungkan negara malah akan merugikan negara. Implikasinya, runtuhnya sebuah negara merdeka yang dibina bersama. Oleh itu, aspek kehidupan sama ada ekonomi, politik dan juga sosial perlu dipupuk ke arah menjayakan Rukun Negara dengan cara menghayati sejarah silam demi membina Malaysia baharu.
|
References |
Carr, E. H. (1965). What is history? Middlesex, England: Pelican Book. Gawronski, D. V. (1975). History meaning and method, Philippine: Scott Foresmen and Company. Ibnu Khaldun. (1962). Filsafah Islam tentang sejarah. Charles Issawi (terj.). Jakarta: Tintamas. Institut Tadbiran Awam Negara. (1991). Malaysia kita. Kuala Lumpur: INTAN. Ishak, S. (2005). Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Shah Alam: KARISMA Publications. Ishak, S. (2009). Malaysia 1945-2000. Kuala Lumpur. Utusan Publications. Ishak, S., Adnan, J., & Nabir, H. A. (2014). Sejarah dalam arus kesedaran. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010. Putrajaya: KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kertas Putih Kerajaan. (1969, 9 Oktober). Tragedi 13 Mei: Satu Laporan. Kuala Lumpur: Majlis Gerakan Negara (MEGERAN). Kia Soong, K. (2007). May 13: Declassified documents on the Malaysian riots of 1969. Petaling Jaya: SUARAM Komunikasi. Mahathir, M. (1982). Malay dilemma. Singapura: Times Books. Mohd. Rumaizuddin, G. (2001). Tema-tema besar pemikiran Muhamad Al Ghazali. Diperolehi dari https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/6012/3726. Mohd. Taib, O. (1988). Kebudayaan Melayu dalam beberapa persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad, Y. A. (2019). Hayatush Shahabah: Kisah kehidupan para sahabat Rasulullah. Jakarta: Qisthi Press. Nik Anuar Nik Mahmud. (2006, 31 Disember). Sejarah Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. [Temu bual] Rais Yatim. (2009, 7 Februari). Orang Melayu. Berita Harian. “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. (2009, 3 September). Mstar. Diperolehi dari https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/04/03/najib-satu-malaysia-rakyat-didahulukanpencapaian-diutamakan. Resolusi Persidangan. (2001). Agenda Melayu dan perpaduan kebangsaan. Resolusi Persidangan pada 21-22 April 2001 di Hotel Federal, Kuala Lumpur. Shaharuddin, B. (2016). Masyarakat Madani dan politik, ABIM & Proses Demokrasi. Shah Alam: Institut Darul Ehsan. Shaharuddin, B., & Mohammad Syazwanuddin, S. (2017). Islam, demokrasi dam politik bangkangan di Malaysia. Shah Alam: Institut Darul Ehsan. Tuan Guru Haji Abdullah Fahim, (2009, 7 Februari). Amanat Tuan Guru Haji Abdullah Fahim semperna hari kemerdekaan Persekutuan 31 Ogos 1957. Berita Harian. Tun Abdullah Ahmad Badawi. (2006). Pembangunan Modal Insan. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Zulhilmi, P., & Rohani, A. G. (2003). Pendidikan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |