UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :N Fine Arts
Main Author :Salbiah Kindoyop
Additional Authors :Nurul Aisyah Othman
Title :Amalan dan kepercayaan tradisi pemakaian Sunduk masyarakat Dusun Tindal di Sabah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Amalan adalah sesuatu yang dilakukan sebagai suatu kebiasaan dan kepercayaan pula adalah keyakinan yang membenarkan sesuatu, iman dan iktikad mengenai sesuatu (Kamus Dewan, 2005). Amalan dan kepercayaan masyarakat Dusun Tindal terhadap pemakaian sunduk atau surunduk merupakan suatu kebiasaan dan keyakinan mereka terhadap amalan yang telah diwarisi daripada nenek moyang. Sunduk adalah salah satu bahagian yang terdapat dalam pakaian tradisional wanita masyarakat Dusun Tindal di Kota Belud, Sabah. Sunduk dipakai untuk menutup bahagian kepala dan sebagai pelindung daripada cahaya matahari. Dalam majlis perkahwinan, pengantin wanita juga akan memakai sunduk sebagai penambah seri dalam kecantikannya. Selain itu, sunduk juga digunakan oleh para Bobolian (pengamal ritual) ketika mengadakan upacara ritual.Menurut kepercayaan masyarakat Dusun Tindal, pemakaian sunduk dalam kalangan wanita bukan sahaja dapat menjaga kulit wajah tetapi dipercayai mempunyai roh yang memudahkan bobolian untuk berhubung dengan kuasa ghaib. Kajian melalui kaedah kerja lapangan dan penelitian ini akan mendokumentsikan amalan dan kepercayaan penggunaan sunduk dalam kehidupan masyarakat Dusun Tindal.

References

Benedict Topin. 1996. Sharing on Kadazandusun Culture. Sabah: KDCA.

Irene Benggon-Charutuks. 1992. Cultures, Customs and Traditionas of Sabah. Kota Kinabalu: Sabah Tourism Promotion Corporation.

Ismail Hj Ibrahim, Jane Wong Kon Ling. 2002. Warisan Seni Etnik Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Mohd. Razalee bin Goroh @ Symin bin Goroh.1982. Titian adat istiadat kaum Dusun/Kadazan, Kota Belud. Kota Kinabalu: Sabah State Museum.REPEAT AUTHOR

Mohd. Razalee bin Goroh @ Symin bin Goroh.1986. Panduan adat-istiadat suku Dusun/Kadazan, Kota Belud. Kota Kinabalu: Muzium dan Arkib Negeri Sabah.

Rita Lasimbang. 1997. An Introducation to the Traditional Costum of Sabah. Kota Kinabalu Sabah: Natural History Publicition.

Saidatul Nornis Hj Mahali. 1999. Bahasa dan Alam Pemikiran Masyarakat Bajau. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.