UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Risiko berhadapan dengan bahaya banjir semakin meningkat seiring dengan pertambahan jumlah populasi penduduk di kawasan dataran banjir dari semasa ke semasa. Namun demikian, demi meneruskan kelangsungan hidup, masyarakat dataran banjir khususnya di Daerah Beaufort melakukan strategi adaptasi dengan harapan untuk membentuk daya tahan (resilience) ketika berhadapan dengan bencana tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi adaptasi yang diaplikasikan oleh penduduk di dataran banjir Beaufort dan menilai keberkesanan strategi adaptasi tersebut dalam mengurangkan risiko kerugian akibat banjir. Oleh hal demikian, seramai 30 orang penduduk Kg. Bekalau telah dijadikan sampel kajian untuk menjawab borang soal selidik yang telah disediakan. Data mentah yang diperoleh melalui edaran borang soal selidik seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis tabulasi silang dan frekuensi. Analisis kajian ini mendapati terdapat beberapa jenis strategi adaptasi yang diaplikasikan oleh Penduduk Kg. Bekalau dalam menghadapi bahaya banjir seperti membina rumah berkolong (100%), memiliki sampan (93%), membina loteng (20%) dan bendul pintu (3.3%). Pembinaan rumah berkolong setinggi tiga hingga 12 kaki antaranya mampu mengurangkan risiko kerugian ekonomi. Buktinya, semasa tragedi banjir terbesar berlaku lebih separuh (63.3%) daripada jumlah keseluruhan responden hanya mengalami kerugian ekonomi pada tahap ringan. Selebihnya lagi (36.6%) tidak mengalami sebarang bentuk kerugian ekonomi. Pemilikan sampan pula mampu meningkatkan ketersampaian penduduk ke kawasan lain semasa banjir. Lebih separuh (53.3%) daripada jumlah responden didapati tidak mengalami masalah terkandas keluar rumah walaupun kedalaman banjir mencecah dua meter. Hasil kajian ini amat penting sebagai sumber maklumat sokongan kepada pihak pemegang taruh dalam memperkasakan pengurusan bencana banjir khususnya di kawasan dataran banjir. |
References |
Adi Jafar. (2013). Kesan Pembangunan terhadap kejadian banjir di lembangan Sg. Menggatal (Tesis Sarjana). Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Adi Jafar, Mohammad Tahir Mapa & Nordin Sakke. (2014). Pengurusan mitigasi banjir: kajian perbandingan kaedah mitigasi di lembangan Sungai Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. 12th International Borneo Research Council Conference (BRC), UMS, 5-7 Ogos 2014. Arifa’illah Syaiful Huda (2015). Bentuk-bentuk adaptasi masyarakat dalam menghadapi banjir (studi kasus di Desa Pelangwot Kecamatan Laren Lamongan) (Doctoral thesis, Universitas Negeri Malang). Bailey, Kenneth D (1987). Methods of social research (3rd ed). Free Press; London: Collier Macmillan, New York Babbie, E. R. (2015). The basics of social research. Nelson Education. Badan Perencanaan Pembangunan Nasional (BAPPENAS). (2007). Laporan Perkiraan Kerusakan dan Kerugian Pasca Bencana Banjir Awal Februari 2007 di Wilayah JABODETABEK (Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang, dan Bekasi). Di akses daripada https://www.bappenas.go.id/ pada 30 Febuari 2020. Cançado, V., Brasil, L., Nascimento, N., & Guerra, A. (2008). Flood risk assessment in an urban area: Measuring hazard and vulnerability. In 11th International conference on urban drainage, Edinburgh, Scotland, UK (pp. 1-10). Cardona, O. D. (2003). The need for rethinking the concepts of vulnerability and risk from a holistic perspective: a necessary review and criticism of effective risk assessment. Mapping Vulnerability: Disasters, Development and People. London: Earthscan Publishers. Chan Ngai Weng. (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana Air di Malaysia: Isu, Pengurusan dan Cabaran (Penerbit USM). Penerbit USM. Choy, E. A., Ahmad, H., & Jusoh, H. (2013). Impak Pembangunan Industri Petroleum Terhadap Kesejahteraan Hidup Penduduk Setempat di Paka, Terengganu (Impact of Petroleum Industries Development on Local Community Well-Being in Paka, Terengganu). Akademika, 83(1). Djati Mardiatno, Muh Aris Marfai, Kusuma Rahmawati, Riski Tanjung, Riswan S. Sianturi & Yosi S. Mutiarni. (2012). Penilaian Multirisiko Banjir dan Rob di Kecamatan Pekalongan Utara. Universitas Gadjah Mada. Eldawaty Madran & Felix Tongkul. (2011). Pengaruh Morfologi ke Atas Kejadian Banjir di Kawasan Pekan Beaufort, Sabah. National Proceeding Geosciences Conference 2011. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.135-136. Google Earth. (2016). Kampung Bekalau, Beaufort. 5° 21’ 02.65”N 115° 45’ 50.92” E. Eye alt 2.19 km. DigitalGlobe 2018. Diakses pada 26 November 2018 dari http://www.earth.google.com. Hai-Min, L., Sun, W. J., & Shen, S. L. (2018). Flood risk assessment in metro systems of mega-cities using a GIS-based modelling approach. SC OF THE TOT ENVIR, 626, 1012-1025. Haliza Abdul Rahman. (2007). Suatu Tinjauan Terhadap Permasalahan Banjir Kilat di Lembah Klang, 8-9 September 2007, Dibentangkan di Persidangan Geografi 2007, anjuran UPSI. Haryati, S., Sharifah M. S. M., & Nurasyikin, M. (2011). Kajian Kesanggupan Pemilik Rumah Untuk Mendapatkan Perlindungan Daripada Banjir. Kajian Dibentangkan Di Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang Dan Alam Sekitar. Pulau Pinang : Penerbitan USM. Heijmans, A. (2004). From vulnerability to empowerment. Mapping vulnerability: Disasters, development and people, 115-127. ISDR, 2004, Living with risk. A global review of disaster reduction initiatives. Diakses pada 10 Julai 2018 dari www.unisdr.org. Janice Lynn Ayog, Felix Tongkul, Abdul Karim Mirasa, Rodeano Roslee & Salinah Dullah. (2017). Flood Risk Assessment on Selected Critical Infrastructure in Kota Marudu Town, Sabah, Malaysia. MATEC Web of Conferences, 103, 040109, (2017) DOI:10.1051. Komi, K., Amisigo, B., A & Diekkruger, B. (2016). Integrated Flood Risk Assessment of Rural Communities in the Oti River Basin, West Africa. www.mdpi.com/Journal/Hydrology 2016, 3, 42; doi:10.3390/hydrology3040042. Kreibich, H., & Thieken, A. H. (2009). Coping with floods in the city of Dresden, Germany. Natural Hazards, 51(3), 423. Kothari, C. R. (2004). Research methodology: Methods and techniques. New Age International. Liu, J., Hertel, T. W., Diffenbaugh, N. S., Delgado, M. S., & Ashfaq, M. (2015). Future property damage from flooding: sensitivities to economy and climate change. Climatic change, 132(4), 741-749. Lim Kit Siang. 2015. Mesyuarat Kabinet Mengecewakan, Tak Bincang Isu Pokok Tangani Masalah Banjir. ROKETKINI.COM. Diakses daripada https://www.roketkini.com/2015/01/08/mesyuarat-kabinet-mengecewakan-tak-bincang-isu-pokok-tangani-masalah-banjir/. Loucks, D. P., & Stedinger, J. R. (2006). Thoughts on the economics of floodplain development in the US. In Extreme hydrological events: New concepts for security (pp. 3-19). Springer, Dordrecht. Mardiatno, D., Marfai, M. A., Rahmawati, K., Tanjung, R., Sianturi, R. S., & Mutiarni, Y. S. (2012). Penilaian Multirisiko Banjir dan Rob di Kecamatan Pekalongan Utara. Universitas Gadjah Mada. Marschiavelli, M. I. C. (2008). Vulnerability assessment and coping mechanism related to floods in urban areas: a community-based case study in Kampung Melayu, Indonesia. ITC. Mitchell, T., & Harris, K. (2012). Resilience: A risk management approach. ODI background note, 1-7. Moran, E. F. (1982). Human Adaptability An Introduction to Ecological Anthropology, Boulder, Colorado. Noorazuan Md Hashim, Sulong Muhamad, Kadaruddin Aiyub & Norhayati Yahya. (2011). Pembangunan tanah hutan dan fenomena banjir kilat: Kes Sungai Lembing, Pahang. Jurnal E-Bangi, 6(2), 155-169. Peraturan Pemerintah Republik Indonesia (PPRI). Nomor 21 Tahun 2008 Tentang Penyelenggaraan Penanggulangan Bencana. Porio, E. (2011). Vulnerability, adaptation, and resilience to floods and climate change-related risks among marginal, riverine communities in Metro Manila. Asian Journal of Social Science, 39(4), 425-445. Rabalao, R. T. (2010). The social, psychological and economic impact of flooding in Ga-Motla and Ga-Moeka communities of Moretele district in North West Province, South Africa. University of Free State. Rahman Karno. (2018). Data Populasi Penduduk Kg. Bekalau Tahun 2016. JKKK Kg.Bekalau. Russo, B., Gómez, M., & Macchione, F. (2013). Pedestrian hazard criteria for flooded urban areas. Natural hazards, Springer, 69(1), 251-265. Sadequr Rahman Bhuiyan & Abdullah Al Baky. (2014). Digital elevation based flood hazard and vulnerability study at various return periods in Sirajganj Sadar Upazila, Bangladesh. International Journal of Disaster Risk Reduction 10 (2014) 48–58. Sarina Yusoff & Rahimah Abdul Aziz. (2014). Bencana alam dan impak banjir besar 2014 terhadap komuniti tempatan di Hulu Dungun, Terengganu: satu perspektif sosiologi bencana (Tesis Sarjana). Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Sitti. (2014, 24 Disember 2014). Beaufort dilanda banjir. Utusan Online. Taber, K. S. (2018). The use of Cronbach’s alpha when developing and reporting research instruments in science education. Research in science education, 48(6), 1273-1296.Temrin, S. N. A., & Awang, A. (2017). Bencana Banjir dan Tahap Pengetahuan Penduduk Terhadap Pengurusan Banjir di Serian Sarawak. Malaysian Journal of Society and Space, 13(4), 22-36. Twigg, J. (2004). Disaster risk reduction: mitigation and preparedness in development and emergency programming. Overseas Development Institute (ODI). Zhang, D., Zhou, L., & Nunamaker Jr, J. F. (2002). A knowledge management framework for the support of decision making in humanitarian assistance/disaster relief. Knowledge of Information System, 4(3), 370-385. Zhang, Q., Gu, X., Singh, V. P., Liu, L., & Kong, D. (2016). Flood-induced agricultural loss across China and impacts from climate indices. Global and Planetary Change, 139, 31-43.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |