UPSI Digital Repository (UDRep)

Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku seksual dalam kalangan pelajar sekolah menengah

AVAILABLE Thesis 2566 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku seksual dalam kalangan pelajar sekolah menengah
Type
Thesis
Main Author
Paranjothi Yanok Pakianathan
Subject
HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku seksual dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan dan kajian kes. Data dikumpul melalui soal selidik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Seramai 397 responden telah menjawab soal selidik. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa faktor yang mempengaruhi salah laku seksual dalam kalangan pelajar sekolah menengah ialah keluarga (Min = 2.780, SP = 0.572), pengalaman seksual, (Min = 2.555, SP = 0.412), rakan sebaya (Min = 2.588, SP = 0.436), media letronik (Min = 1.560, SP = 0.451), dan masyarakat (Min = 1.836, SP = 0.519). Kajian kes ke atas seorang pelajar lelaki dan empat pelajar perempuan yang bertujuan untuk meneroka dan memahami lebih mendalam lagi faktor-faktor yang telah dikenal pasti dalam kajian tinjauan soal selidik. Melalui data kajian kes, satu deskripsi dan perbincangan yang lebih terperinci tentang faktor-faktor seperti keluarga, pengalaman seksual pelajar, masyarakat, rakan sebaya, media lektronik, persekitaran pengajaran dan pembelajaran di sekolah telah dipersembahkan. Konsep seksualiti pelajar juga telah dapat diteroka melalui kajian kes yang dijalankan. Profil pelajar yang pernah terlibat dalam salah laku seksual juga telah dibentuk.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.