UPSI Digital Repository (UDRep)

Penggunaan perwakilan melalui “Laci Darab” untuk membantu murid tahun dua memahami konsep dan fakta asas darab

AVAILABLE Article 809 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information
Title
Penggunaan perwakilan melalui “Laci Darab” untuk membantu murid tahun dua memahami konsep dan fakta asas darab
Type
Article
Main Author
Abdul Talib Mohamed Hashim
Additional Authors
  • Santhirasegaran Armugam
  • Siti Raihamah Ali
Subject
L Education (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2021
Degree Type
Not related
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian tindakan ini memberi fokus kepada masalah pemahaman konsep dan mendapatkan fakta asas darab dengan betul oleh murid-murid tahun dua. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana penggunaan perwakilan melalui “laci darab” membantu murid tahun dua memahami konsep dan fakta asas darab. Murid-murid tidak memahami konsep bilangan kumpulan dan ahli setiap kumpulan dengan betul semasa membuat soalan yang melibatkan konsep darab. Pengkaji telah menggunakan pelbagai perwakilan melalui “laci darab” untuk membantu murid tahun dua memahami konsep dan fakta asas darab dengan betul. Selain itu, pengkaji telah mengkaji aspek-aspek kaedah ini yang membantu murid memahami konsep dan fakta asas darab. Peserta kajian ini terdiri daripada 60 orang murid tahun dua dari dua buah sekolah di daerah Bagan Datuk, Perak. Dalam kajian ini, pengkaji telah melaksanakan kaedah penggunaan perwakilan melalui “laci darab” selama enam minggu. Data kajian ini dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Data telah dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan menunjukkan kaedah penggunaan perwakilan melalui “laci darab” dapat meningkatkan pemahaman konsep dan mendapatkan fakta asas darab bagi murid-murid tahun dua ini. Terdapat dua aspek penggunaan perwakilan melalui “laci darab” yang membantu meningkatkan pemahaman konsep dan mendapatkan fakta asas darab murid-murid. Pertama ia membantu murid melihat kumpulan dan ahli dalam kumpulan lebih jelas secara konkrit. Kedua, ia membantu murid membuat perkaitan antara perwakilan konkrit dengan fakta asas darab serta mengingatinya.

References

Aida, Ibrahim. (2006). Meningkatkan kemahiran murid mencongak fakta asas darab melalui pendekatan permainan domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor.

Bruner, J. S. (1966). Toward a theory of instruction (Vol. 59). Harvard University Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah Semakan Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Nik Aziz Nik Pa. (1992). Agenda tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Skemp, R. (1997). Psychology of learning mathematics. London: Lawrence Erlbaum Association.

Sweetz, F.j., & Liew, S.T. (1983). Pengajaran matematik di sekolah menengah Malaysia. Selangor: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.

 


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.