UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti dan menganalisis karya ilustrasi yang dihasilkan oleh Abdullah Ariff. Kaedah kualitatif dengan pendekatan historikal dan eksplorasi telah digunakan dalam kajian ini. Data dianalisis secara induktif menggunakan teori semiotik. Hasil daripada kajian ini mendapati karya ilustrasi berkenaan telah diterbitkan dalam pelbagai bentuk media cetak dari tahun 1932 sehingga tahun 1959. Dapatan kajian menunjukkan bahawa karya ilustrasi berkenaan berupaya menghuraikan makna, tema dan persoalan yang cuba digarap oleh ilustratur, bersesuaian dengan pelbagai situasi dan khalayak pada zaman berkenaan. Karya ilustrasi wajar diberi lebih perhatian di dalam penyelidikan sejarah seni di Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |